Isnin, 26 Mac 2012

3 Juta Pendeposit Tabung Haji Masih Tidak Menamakan Waris

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Segala pujian ke hadrat Allah S.W.T. Rabb sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh keluarga baginda.

Agak lama tidak menulis (menaip) di blog ini kerana agak sibuk dengan urusan harian.

Topik yang agak menarik dalam artikel di http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=654858 hari ni. Secara tak langsung menunjukkan betapa masyarakat di negara kita, terutamanya masih tidak faham akan kepentingan merancang pusaka.

Rata-rata masih beranggapan bahawa sangat mudah untuk mendapat pusaka selepas kematian pemiliknya. Mereka sangka cuma bawa surat mati, sign kat mana2 skit, dah boleh dapat pusaka si mati. Dah tu ambik terus tanpa memikirkan adakah hak2 si mati serta hak waris2 lain sudah ditunaikan. Walhal banyak urusan dokumentasi dan urusan undang2 yang perlu diselesaikan.

Hatta, pendeposit yang telah menamakan warisnya sebagai penama pun, MESTI memberitahu waris tersebut bahawa wang dari Akaun Tabung Haji yang dipusakainya mesti dibahagikan mengikut undang2 pembahagian harta pusaka Islam sebelum boleh digunakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000, menyatakan:

“PENAMA dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan kesatuan kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat. Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan.”

Pada hemat saya, perkara ini terjadi disebabkan kurangnya pengetahun masyarakat kita berkenaan Perancangan Harta Pusaka Islam. Oleh yang demikian amat kritikal bagi pihak-pihak yang berkaitan untuk menyebarkan atau menyediakan peluang menyebarkan maklumat berkenaan Perancangan Harta Pusaka Islam kepada masyarakat Islam di negara kita.

Dalam masa yang sama, para pegawai di LUTH, KWSP, para wakil Takaful dan sebagainya perlulah memantapkan pengetahuan tentang asas pembahagian harta pusaka Islam agar masyarakat sedar akan kepentingan merancang pembahagian pusaka.... Wallahu a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan