Isnin, 17 September 2012

RANCANGLAH HARTA PUSAKA ANDA



Ramai di kalangan masyarakat kita yang masih mempunyai sikap yang agak negatif apabila membincangkan isu pembahagian harta pusaka.

Apabila seseorang anak cuba mengajak ahli keluarga untuk membincangkan perkara tersebut, maka akan ada di kalangan ahli keluarga yang lain yang membantah atas alasan kepentingan dan emosi semata-mata.

Sememangnya isu berkaitan harta pusaka sangat sensitif di kalangan masyarakat di negara kita terutama masyarakat Melayu Islam, sedangkan harta pusaka yang bakal ditinggalkan kepada waris-waris, sangat-sangat perlu dirancang sebelum pemilik harta meninggal dunia.

Ini kerana, sangat banyak masalah yang bakal timbul sekiranya harta pusaka tidak dirancang. Bukan sahaja kepada para waris, bahkan juga kepada si mati.

Waris-waris akan dibebankan dengan proses perundangan yang kompleks, pentadbiran pusaka yang rumit, perselisihan dan pertelingkahan keluarga, pembahagian yang tidak mengikut syarak, tuntutan pihak-pihak ketiga, generasi waris-waris yang berlapis-lapis dan sebagainya.

Kepada si mati, pastinya dia akan diazab di alam barzakh disebabkan kecuaiannya tidak belajar dan tidak mengajar waris-warisnya tentang kepentingan pembahagian faraid, sehinggakan tanpa disedari waris-warisnya memakan hak orang lain. Lebih-lebih lagi hak anak-anak yatim yang mana ia merupakan salah satu dari dosa besar.

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: “ dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah DOSA YANG BESAR.” – Surah An-Nisa’ (ayat 2)

Seandainya merancang pembahagian harta pusaka itu tidak penting, maka tiadalah kaedah-kaedah perancangan pusaka seperti wasiat, hibah, amanah, takaful dan sebagainya.

Wasiat misalnya, umat Islam amat-amatlah digalakkan untuk menyediakannya.

Firman Allah S.W.T: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.” – Surah al-Baqarah (ayat 180)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.” – Sahih Bukhari (Vol. IV p.1)

Apakah ada saranan yanglebih penting dari saranan dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.?

Hampir semua daripada anda ada mempunyai rumah, kereta, barang berharga, wang simpanan, ASB & Unit Amanah, Takaful atau insurans, KWSP dan lain-lain, termasuk HUTANG. Semua yang saya sebutkan tadi bakal menjadi pusaka anda.
Sudi-sudilah menghubungi saya di talian 019-472 6752 untuk mengadakan perbincangan dan khidmat nasihat berkenaan perancangan pusaka anda. Sila e-melkan sebarang kemusykilan ke muzafar@pintarpusaka.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan