Tahun lepas sewaktu sedang menunggu
giliran di sebuah bank yang terkenal, saya duduk di sebelah seorang pakcik.
Dari buku akaun yang dipegangnya saya andaikan dia ke situ bertujuan untuk
mengeluarkan duit pencennya. Lalu saya beranikan diri bertanya:
“Assalamualaikum pakcik, ambik duit pencen
ka?”
“Ya.”
“Masih dok pakai buku tu ka dari dulu?
Awat tak guna kad?”
“Dah biasa pakai buku…”
“Pakcik dok pakai buku kuning akaun lama tu,
tak mau tukaq akaun baru ka, yang syariah punya?”
“Takpa lah, susah la nak tukaq-tukaq ni.”
“Bukan apa pakcik, akaun lama tu ada riba,
pakcik boleh buka akaun Al-Wadiah yg tadak riba.”
“Saya dah lama guna buku ni, depa bank tak
kata apa pun. Susah la nak kena pi buat macam-macam…”
“Kena usahakan lari dari riba ni. Takkan selama-lamanya
nak redha dengan dosa riba kan?”
“Pakcik dah tua la, tak reti la nak buat
semua tu.”
“Mintak tolong anak2. Boleh tanya pegawai
bank camna nak…” (Nombor pakcik tu dipanggil, tak sempat nak cerita habis)
Selesai urusan di kaunter tu, pakcik tu terus
keluar.
Peringatan kepada diri dan sahabat:
1. Perasan
tak ramainya orang Islam di negara kita yang sangat tak ambik kisah bab riba,
bab harta anak yatim, bab faraid dan yang sewaktu dengannya.
2. Perasan
tak ramainya makcik2 dan pakcik2 di negara kita yang sudah dipenghujung usia tapi
tanpa mereka sedar mereka sedang bergelumang dengan dosa riba.
3. Perasan
tak sangat susah orang yang dah terjebak dengan riba (loan, insurans, akaun
bank, beli emas dll) untuk keluar dari perangkapnya, dan mereka memberi
pelbagai alasan untuk meng’harus’kan tindakan mereka tu.
4. Perasan
tak pakcik tu kata “Depa bank tak kata apa-apa pun…”
5. Perasan
tak kita… kemungkinan tanpa kita sedari kita terlibat dengan muamalat riba!!!
Rancang Pusaka anda… Takaful, Wasiat, Hibah
dan Pemegang Amanah - 019-4726752