Jumaat, 10 Januari 2014

INFO PUSAKA: PERINGATAN DIRI (UNTUK DIFIKIRKAN)

Kadang-kadang saya terfikir…

Kita selalu dirisaukan oleh ‘wakil-wakil’, ‘perunding-perunding’ dan ‘perancang-perancang’ tentang tingginya belanja perubatan, tingginya kos sara hidup selepas persaraan, tingginya kos pendidikan… hari ini dan apatah lagi masa depan.

Kita dirisaukan kalau kita meninggal dunia, apa anak isteri nak makan. Belanja harian semakin meningkat.

“Sanggupkah tuan membiarkan anak dan isteri yang anda sayangi menderita setelah ‘ketiadaan’ anda nanti.” katanya.

“Tuan harus memikirkan MASA DEPAN apabila tuan sudah tua nanti. Tuan harus memikrkan MASA DEPAN anak dan isteri tuan sekiranya tuan meninggal dunia nanti…”

YA.. SAYA RISAU. BAHKAN SANGAT RISAU. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PERINGATAN.

Kalau sakit saya terpaksa membayar kos rawatan yang sangat tinggi. Belanja harian meningkat naik, nak hidup sekarang pun dah susah apatah lagi akan datang. Anak-anak nak mendapat pendidikan yang lebih baik pun susah, kerana yuran pengajian bukannya murah. Jangankan yuran pengajian, yuran tuisyen pun tak kurang membebankan.

Maka solusi yang dicadangkan adalah tambahkan pendapatan, ambillah pelan perlindungan, buatlah pelaburan …

Ya, saya sangat setuju dengan solusi tu… Alhamdulillah saya usahakan tambah pendapatan, saya sertai pelan perlindungan, saya ambil pelan pelaburan, semuanya sekadar kemampuan kewangan saya.

Cuma saya teringat dalam hati… SAYA HANYA DIRISAUKAN DENGAN KESUSAHAN DI DUNIA SAJA…

“Aku pulun tambah pendapatan… tapi 97% pendapatan aku untuk URUSAN DUNIA ja…”
“Aku ambik pelan perlindungan… pasal aku takut tak boleh bayar bil hospital kalau aku sakit DI DUNIA...”
“Aku ambik pelan perlindungan… pasal aku tak mau lepas aku mati, anak isteri aku susah DI DUNIA…”
“Aku ambik pelan pelaburan… pasal aku takut bila tua nanti aku tak dapat hidup DI DUNIA dengan selesa…”
 
“Habis apa manfaat dari pendapatan tambahan tu yang AKU DAPAT  setelah aku MATI?”
“Apa manfaat dari pelan perlindungan tu yang AKU DAPAT  setelah aku MATI?”
“Apa manfaat dari pelan pelaburan tu yang AKU DAPAT  setelah aku MATI?”
“Sedangkan kehidupan DI DUNIA ni HANYALAH SEMENTARA DAN TAK AKAN KEKAL manakala kehidupan SELEPAS MATI adalah LEBIH LAMA DAN SELAMA-LAMANYA…”

Bukankah sangat baik jika pendapatan tambahan, pelan perlindungan dan pelan pelaburan yang saya sertai tu BUKAN SAHAJA boleh memanfaatkan hidup saya sekeluarga DI DUNIA, BAHKAN JUGA boleh memanfaatkan hidup saya DI ‘SANA’ selepas mati… Sama-samalah kita FIKIRKAN…



Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada hari Kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan;
tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan; tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.” - (Hadis Riwayat Tirmizi dan Darimi)

Rancang Pusaka anda… Takaful, Wasiat, Hibah & Pemegang Amanah - 0194726752

Tiada ulasan:

Catat Ulasan