Rabu, 8 Januari 2014

INFO PUSAKA: RIBA

Tahun lepas sewaktu sedang menunggu giliran di sebuah bank yang terkenal, saya duduk di sebelah seorang pakcik. Dari buku akaun yang dipegangnya saya andaikan dia ke situ bertujuan untuk mengeluarkan duit pencennya. Lalu saya beranikan diri bertanya:

“Assalamualaikum pakcik, ambik duit pencen ka?”

“Ya.”

“Masih dok pakai buku tu ka dari dulu? Awat tak guna kad?”

“Dah biasa pakai buku…”

“Pakcik dok pakai buku kuning akaun lama tu, tak mau tukaq akaun baru ka, yang syariah punya?”

“Takpa lah, susah la nak tukaq-tukaq ni.”

“Bukan apa pakcik, akaun lama tu ada riba, pakcik boleh buka akaun Al-Wadiah yg tadak riba.”

“Saya dah lama guna buku ni, depa bank tak kata apa pun. Susah la nak kena pi buat macam-macam…”

“Kena usahakan lari dari riba ni. Takkan selama-lamanya nak redha dengan dosa riba kan?”

“Pakcik dah tua la, tak reti la nak buat semua tu.”

“Mintak tolong anak2. Boleh tanya pegawai bank camna nak…” (Nombor pakcik tu dipanggil, tak sempat nak cerita habis)

Selesai urusan di kaunter tu, pakcik tu terus keluar.


Peringatan kepada diri dan sahabat:

1. Perasan tak ramainya orang Islam di negara kita yang sangat tak ambik kisah bab riba, bab harta anak yatim, bab faraid dan yang sewaktu dengannya.

2. Perasan tak ramainya makcik2 dan pakcik2 di negara kita yang sudah dipenghujung usia tapi tanpa mereka sedar mereka sedang bergelumang dengan dosa riba.

3. Perasan tak sangat susah orang yang dah terjebak dengan riba (loan, insurans, akaun bank, beli emas dll) untuk keluar dari perangkapnya, dan mereka memberi pelbagai alasan untuk meng’harus’kan tindakan mereka tu.

4. Perasan tak pakcik tu kata “Depa bank tak kata apa-apa pun…”

5. Perasan tak kita… kemungkinan tanpa kita sedari kita terlibat dengan muamalat riba!!!

Rancang Pusaka anda… Takaful, Wasiat, Hibah dan Pemegang Amanah - 019-4726752

Tiada ulasan:

Catat Ulasan