Sabtu, 4 Januari 2014

KWSP & FARAID



Baru-baru ni saya pergi ke pejabat KWSP. Saja nak ambik maklumat sikit tentang PENAMAAN di KWSP. Lepas nombor dipanggil saya jumpa dengan pegawai yang bertugas.

Saya: “Puan, kalau saya letak nama 4-5 orang sebagai penama boleh ka?”
Pegawai: “Boleh.”
Saya: “Masing-masing dapat bahagian ikut peratusan masing-masing ka?”
Pegawai: “Ya cik.”
Saya: “Bukan kita orang Islam kena ikut faraid ka?”
Pegawai: “Tak perlu ikut faraid, ikut peratusan yg encik tulis dalam brang penama tu la.”
Saya: “Bukan apa puan, saya dengaq satu taklimat ada orang kata duit KWSP kena difaraidkan.”
Pegawai: (Muka berubah sikit) “Yang kena faraid tu kalau tak letak penama, maka perlu dapatkan surat faraid dari pejabat agama. Kalau dah letak penama, tak perlu faraid…” (Nada suara dah berubah sikit).
Saya: “Bukan apa puan kalau silap bab faraid takut waris termakan hak orang lain, berdosa tu.”
Pegawai: (Nada macam nak marah je) “Saya tau… tapi memang kalau dah tulis penama tak payah ikut faraid.”
Saya: “Ok terima kasih puan. Cuma rasanya ada baiknya puan cari balik kepastian betul ke tak payah buat faraid bila dah tulis penama.”
Pegawai: “Ya lah…”

Pengajaran:
Pegawai KWSP sebaiknya ambil tahu juga asas faraid, rajin-rajin tengok website KWSP & tahu betul-betul bab penamaan. Bukan sekadar suruh ahli tulis penama semata-mata untuk memudahkan urusan penyelesaian kepada waris ahli ja. Bayangkan kalau waris si mati makan harta faraid (harta ibubapa & harta anak2 si mati yg dikira anak yatim), bukankah sebahagian daripada dosa tu dapat kepada pegawai tu juga kerana memberi maklumat salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan