Isnin, 28 April 2014

INFO PUSAKA: AKIBAT KEJAHILAN TENTANG FARAID…
















Akibat kejahilan tentang faraid, ada si ibu yang sanggup membayar ribuan ringgit kepada peguam semata-semata ingin menafikan hak faraid anak menantunya…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada si abang sanggup memalsukan dokumen-dokumen tertentu semata-mata inginkan kuasa ke atas pusaka yang ditinggalkan orang tuanya…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada pihak-pihak tertentu yang sanggup bersekongkol dengan waris-waris yang tamak demi mendapat sedikit habuan dunia…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada anak-anak yang sanggup menderhaka orang tuanya kerana mendapat bahagian yang sedikit…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada adik-beradik yang berbunuh-bunuhan kerana berebut harta…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada anak-anak kecil yang terbiar dan gelap masa depannya disebabkan ketamakan bapa-bapa dan ibu-ibu saudara mereka…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada ibu tunggal yang bermati-matian mencari rezeki untuk diri dan anak-anaknya tanpa menyedari beliau sedang berbuat dosa ‘memakan’ hak anak-anaknya…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada saudara baru yang mungkin kembali semula kepada agama asalnya semata-mata hak pusaka mereka dinafikan…

Akibat kejahilan tentang faraid, ada si anak menyaman si ibu ratusan ribu ringgit…

Akibat kejahilan tentang faraid, andainya ada waris anda melakukan perkara-perkara di atas dengan harta yang anda tinggalkan… ANDA BAKAL MENANGGUNG AZAB DI ‘SANA’ NANTI!!!
 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah separuh dari ilmu, ia akan dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”
– Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi

 

PM saya atau dapatkan perkongsian maklumat berkenaan faraid di http://blog.pintarpusaka.com/p/faraid.html

 

Ahad, 6 April 2014

INFO PUSAKA: MUNGKINKAH ADA SESUATU YANG PERLU DIPERBETULKAN?


Kita biasa dengar kata-kata begini… Eksekutif Perlindungan Kewangan A:
“Tuan… Tuan mengambil pelan takaful/insurans BUKAN KERANA tuan akan meninggal dunia, tetapi untuk waris-waris tuan yang masih hidup meneruskan kehidupan!!!”

Pernahkah anda dengar kata-kata begini… Perancang Pusaka B:
“Tuan… Tuan menyertai pelan takaful BUKAN SEKADAR IKHTIAR untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan, tetapi juga IKHTIAR untuk tuan MEMULAKAN kehidupan yang baru di ‘sana’ nanti…”

Dikisahkan bahawa…
Hani Maula ‘Utsman berkata, “Utsman bin ‘Affan apabila berdiri di sisi kuburan, beliau menangis sampai basah janggutnya, lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau mengingat syurga dan neraka tidak menangis, namun untuk ini anda menangis?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda,

إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ قَالَ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَّا وَالْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ.

 “Sesungguhnya alam kubur adalah awal persinggahan ke akhirat, jika selamat darinya maka kehidupan yang seterusnya akan lebih mudah, dan jika tidak selamat (di dalam kuburnya) maka kehidupan yang seterusnya akan lebih berat siksaannya.”. Rasulullah S.A.W. juga bersabda: “Tidak pernah aku melihat pemandangan yang amat mengerikan kecuali (azab) kubur lebih mengerikan darinya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kalau diformulakan tawaran Eksekutif Perlindungan Kewangan A, 0 + 1 = 1.

Kalau diformulakan tawaran Perancang Pusaka B, 1 + 1 = 2.

MUNGKINKAH ADA SESUATU YANG PERLU DIPERBETULKAN?