Ahad, 24 Ogos 2014

Motivasi IKHLAS

 

 Tiada motivator terbilang yang kami jemput...

Tiada jutawan tersohor yang kami undang...
Tiada insan berjaya yang menerima bermacam-macam anugerah yang kami panggil...

Cukup sekadar sorang ustaz yang mampu menggetar hati, menyentuh jiwa tentang keusahawanan dan dakwah sebagai penyambung perjuangan baginda Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan kekuatan Islam melalui ekonomi yang berlandasakan syara' dan didokongi oleh syarikat yang fikrahnya ke arah Islam.

Pengisian ilmu oleh Ust Ahmad Husam Sheikh Baderudin di Program Keusahawanan Takaful IKHLAS di Sunway Hotel, Seberang Jaya, 23 Ogos 2014.
 


Sabtu, 16 Ogos 2014

INFO PUSAKA: PANDUAN MEMILIH SYARIKAT TAKAFUL YANG TERBAIK.

Saya pernah ditanya soalan begini…:

“Ada banyak syarikat pengendali takaful di Malaysia, masing-masing mengatakan merekalah yang terbaik. Boleh encik berikan panduan untuk memilih yang mana satu yang terbaik?”

Jawapan saya:

“Tujuan utama menyertai Pelan Perlindungan Takaful adalah IKHTIAR untuk ‘Mencipta Harta Pusaka’ yang akan kita pusakakan kepada waris-waris untuk mereka meneruskan kehidupan.sekiranya kita ditimpa musibah kematian. Maka, kita kena pastikan harta yang nak kita pusakakan itu bebas dari unsur-unsur seperti gharar, judi dan riba.”

“Ada 12 syarikat pengendali takaful di negara kita. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak ada yang sempurna.”

“Ada yang kata terbaik kerana dapat bermacam-macam anugerah. Ada yang diiktiraf terbaik kerana mencatat jualan yang tertinggi. Ada yang mengiktiraf terbaik kerana logo dan nama syarikat telah dikenali ramai. Ada yang iktiraf terbaik kerana mempunyai dana yang sangat banyak. Ada yang iktiraf terbaik kerana syarikatnya telah bertapak di seluruh dunia sejak beberapa dekad yang lalu… Ada jugak yang kata terbaik kerana produk mereka murah dan mampu dimiliki oleh semua orang.”

“Jadi takrifan TERBAIK adalah bergantung kepada objektif KEHENDAK dan KEPERLUAN pelanggan tu sendiri.”

“Tuan/puan pilihlah mana-mana yang PALING MENEPATI keperluan tuan/puan SELAMA MANA IANYA TIDAK MELANGGAR BATAS-BATAS SYARAK, itulah yang terbaik untuk tuan/puan.”

“Cuma pada saya secara PERIBADI, nak menentukan yang terbaik, saya jadikan hadis Rasulullah S.A.W. sebagai panduan saya…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” – Riwayat Bukhari & Muslim.

“Jadi bila dikaitkan dengan syarikat takaful yang terbaik… Tuan/puan boleh buat pilihan samada untuk menyertai pelan takaful dari syarikat yang paling kukuh dana kewangannya, atau yang telah ‘establish’ ‘keturunannya’, atau yang telah terkenal logo dan nama syarikatnya. Saya… saya pilih syarikat yang PADA PANDANGAN SAYA yang paling menonjol FIKRAH ISLAMnya, mudah-mudahan akan diringankan soalan tentang harta saya semasa mengadap Allah di akhirat nanti… Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.:”

"Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada hari Kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara:
tentang umurnya untuk apa dihabiskan;
tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan;
tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan;
tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.” - (Hadis Riwayat Tirmizi dan Darami)

“Itu panduan yang saya gunakan secara PERIBADI dalam memilih syarikat takaful terbaik. Tuan/puan boleh gunakan kaedah yang sama, atau mungkin tuan/puan ada kaedah yang lain yang lebih baik untuk dijadikan panduan… wallahua’lam.”