Jumaat, 24 Oktober 2014

INFO PUSAKA: ‘BERHIJRAHLAH’ sebelum anda ‘DIHIJRAHKAN’…


 
Lima soalan yang kita semua dah biasa dengar:

Siapa Tuhan kamu?

Siapa Nabi kamu?

Apa Agama kamu?

Apa Ikutan kamu?

Siapa Saudara kamu?


Kebanyakan dari kita dapat menjawap kelima-lima soalan itu SEMASA HIDUP kerana anugerah Iman yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita.

Tapi di dalam kubur, kemampuan roh menjawap soalan itu tidak bergantung kepada iman semata-mata, bahkan KEKUATAN IMAN dan KUALITI AMAL kita semasa hidup dahulu yang bakal membantu kita menjawap soalan-soalan tersebut.

~ Bagaimana nak menjawap soalan pertama jika semasa hidup di dunia menjadi 'hamba' duit dan harta?

~ Bagaimana nak menjawap soalan kedua jika semasa hidup di dunia, idola yang paling dihormati adalah artis, jutawan, hartawan dan tokoh-tokoh terkenal?

~ Bagaimana nak menjawap soalan ketiga jika semasa hidup di dunia, tidak berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya?

~ Bagaimana nak menjawap soalan keempat jika semasa hidup di dunia, lebih takut kepada undang2 yang dicipta manusia tapi memandang remeh undang2 yang dicipta yang Maha Bijaksana?

~ Bagaimana nak menjawap soalan kelima jika semasa hidup di dunia, membangunkan ekonomi dengan kafir lebih diutamakan daripada membangunkan ekonomi sesama muslim?

Masih ramai di antara kita yang dalam sedar atau tidak masih lagi terjebak dengan muamalat riba… Rumah dibeli dengan pinjaman riba, perlindungan kewangan berlandaaskan riba, kereta/motor yang dibawa ke tempat kerja terlibat pinjaman riba, barang kemas (emas/perak) di tangan diperolehi dengan pertukaran riba. Kenapa tidak berhijrah ke muamalat jual beli yang tiada riba…?

Masih ramai orang-orang tua/ibubapa yang menerima wang pencen atau wang bulanan dari anak-anak, para pekerja menerima wang gaji, para peniaga membuka akaun perniagaan dan ‘over-draft’ masih lagi melalui akaun bank konvensional berasaskan riba. Kenapa tidak berhijrah ke akaun yang berlandaskan syarak…?

Masih ramai antara kita yang ‘mencuri’ masa sewaktu bekerja - membuat pendapatan tambahan, ‘MLM’, jual kain, kuih raya dan lain-lain. Kenapa tidak dilakukan selepas waktu bekerja…?

Masih ramai di antara kita yang berniaga tetapi menipu timbangan, mendapat untung dari sumber shubhah dan meragukan, masih terdapat unsur gharar dan maisir. Kenapa tidak berhijrah ke cara berniaga yang lebih telus, berterus-terang dan jujur…?

Masih sangat ramai pula yang saling membenci, hasad dengki, kurang adab dan akhlak dalam mencari rezeki. Kenapa tidak berhijrah kepada bersikap saling membantu, belas kasihan dan berusaha maju bersama-sama…?

Masih ramai yang mempertikai hukum riba, hukum faraid dan hukum jenayah yang telah disyariatkan oleh Allah subhanahuwataala di dalam al-Quran. Kenapa minda tidak berhijrah dari jahil kepada yakin dengan kebijaksanaan-Nya…?

Masih ramai yang lebih mengutamakan berniaga/bekerja dengan bukan Islam berbanding dengan sesama Islam dengan alasan mereka boleh memberi lebih ‘keuntungan’/’pendapatan’/’manfaat’. Kenapa tidak berhijrah ‘mendahulukan’ produk/perkhidmatan yang disediakan oleh orang Islam supaya syarikat-syarikat orang Islam juga mampu bersaing dengan bukan Islam bahkan semoga lebih baik lagi…?

Berhijrahlah sekarang… dari bermuamalat dari sumber dan kaedah yang HARAM dan SHUBHAH, kepada muamalat HALAL dan BERKAT…

…SEBELUM ANDA ‘DIHIJRAHKAN’!!!







Fikir-fikirkanlah... dengan IMAN & AKAL...

Muhasabah diri... tingkatkan taqwa.

Perbaiki KEKUATAN IMAN dan KUALITI AMAL kita.



Isnin, 13 Oktober 2014

Info Pusaka: Wakaf IKHLAS





Firman Allah s.w.t.:

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”

Al-Munafiqun (10)

Suatu ketika dulu kami memulakan pemberian HIBAH BERSYARAT kepada para waris peserta dengan melalui Borang Cadangan Hibah, di mana peserta memberi arahan kepada pihak syarikat sebagai Pemegang Amanah, menyerahkan sebahagian atau semua WANG PAMPASAN takaful kepada waris atau pihak-pihak tertentu (biasanya badan-badan amal jariyah) sekiranya beliau ditimpa musibah kematian.
 
Pada masa ini, kesemua pengendali takaful dibenarkan memberi perkhidmatan tersebut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013)
 
Kini kami merintis satu lagi perkhidmatan sebagai ikhtiar 'perlindungan selepas kematian' yang dinamakan Wakaf IKHLAS.
 
Dengan perkhidmatan ini, para peserta berpeluang membuat amal jariyah dengan mewakafkan sebahagian dari pampasannya pada kadar tertentu, sebagai sebahagian dari bekalan selepas kematian.

Semoga dengan khidmat ini, memberi satu lagi kelebihan kepada para peserta di samping khidmat perlindungan kewangan dan harta serta penggantian pendapatan yang ditawarkan selama ini.
 
 Rebutlah peluang membuat pelaburan akhirat sebelum malaikat maut menjemput kita.


Sila hubungi 019 - 472 6752 untuk maklumat lanjut bagaimana Merancang Pusaka Islam dengan Takaful IKHLAS
 

Rabu, 1 Oktober 2014

INFO PUSAKA: HARGA BARANG NAIK… JANGAN SAMPAI IMAN TURUN.





Malam Khamis…

2 Oktober 2014…

12:01 pagi…

 

Berita kenaikan harga petrol RON95 sebanyak RM0.20 seliter menjadi perbincangan hangat lagi!!! Berita yang sama pernah kita dengar dulu. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Setiap kali akan ada orang yang merungut. Sangat sedikit yang memuji.

Dari satu sudut, ada pihak mengatakan kenaikan ini adalah baik kerana subsidi yang dikurangkan dapat digunakan untuk kebajikan rakyat.

Dikatakan banyak infrastruktur dapat disediakan, banyak pembangunan dapat dimajukan, lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat diberi bantuan dan penyeludupan petrol dapat dikurangkan.

Namun dari sudut yang lain pula, ada yang pihak mempertikai alasan tersebut.

Kata mereka, apa guna infrastruktur yang banyak tetapi mutu pembinaan sangat teruk, cepat rosak dan terpaksa menggunakan kos baikpulih yang banyak.

Kata mereka, pembangunan material yang dimajukan tidak seimbang dengan pembangunan rohani.

Kata mereka, bantuan yang diberikan adalah umpama ‘ikan’ dan bukannya ‘pancing’.

Kata mereka, kurangkan rasuah, lebihkan penguatkuasaan dan bukannya menaikkan harga bahanapi…

 
Apa pun kata mereka, sama ada menyokong atau tidak, ia tetap akan naik. Kalau tidak sekarang, suatu hari nanti akan naik juga dan pastinya kenaikan bahanapi itu akan turut memberi kesan kepada harga barangan keperluan harian.

 
Dalam pada itu, ada yang akan turun…

Kengkawan kata, hujan turun, subsidi turun, nilai wang turun, jumlah kereta atas jalan turun (ramai yg naik public transport kut) dan macam-macam lagi.
 

Sememangnya dalam kegawatan sebegini, kita perlulah lebih berusaha meningkatkan pendapatan masing-masing. Namun apa yang merisaukan, bila dah masing-masing ‘terlalu’ risau kenaikan harga barang, ‘terlalu’ risau pendapatan yang berkurang, ‘terlalu’ risau tak mampu bayar bil telefon, bil letrik, astro dan lain-lain, maka makin ramailah yang akan terjebak dengan ‘fitnah dunia’.

Apabila semakin ramai yang berlumba-lumba mengejar duit, maka semakin menurun/berkuranglah yang mengejar pahala dan syurga.

Apabila semakin ramai yang sibuk di pejabat atau premis perniagaan, maka semakin menurun/berkuranglah yang akan berjemaah ataupun mendengar kuliah di masjid.

Apabila semakin ramai yang mencongak-congak belanjawan harian, maka semakin menurun/kuranglah yang mengira untuk bersedekah dan menderma.

Apabila semakin ramai yang sibuk bersama pelanggan, majikan dan pekerja, maka semakin menurun/kuranglah masa mereka bersama anak-anak, bersama jiran tetangga dan ibubapa.

Apabila semakin ramai yang terjebak dengan emosi dan nafsu, maka semakin menurun/kuranglah kawalan iman dan akal mereka.
 

Benarlah firman Allah s.w.t di dalam al-Quran (Surah At-Takathur: 1-2):

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1)
Sehingga kamu masuk kubur. (2)

 
Janganlah disebabkan kenaikan kos sara hidup ini… menurunkan tahap keimanan kita sehingga kita lupa batas-batas syara’.
 

Oleh yang demikian, janganlah sampai keresahan dan kerisauan kita mencari penyelesaian masalah kehidupan di dunia, melupakan kita tentang suatu kehidupan yang lebih lama dan kekal… iaitu kehidupan selepas KEMATIAN!