Jumaat, 24 Oktober 2014

INFO PUSAKA: ‘BERHIJRAHLAH’ sebelum anda ‘DIHIJRAHKAN’…


 
Lima soalan yang kita semua dah biasa dengar:

Siapa Tuhan kamu?

Siapa Nabi kamu?

Apa Agama kamu?

Apa Ikutan kamu?

Siapa Saudara kamu?


Kebanyakan dari kita dapat menjawap kelima-lima soalan itu SEMASA HIDUP kerana anugerah Iman yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita.

Tapi di dalam kubur, kemampuan roh menjawap soalan itu tidak bergantung kepada iman semata-mata, bahkan KEKUATAN IMAN dan KUALITI AMAL kita semasa hidup dahulu yang bakal membantu kita menjawap soalan-soalan tersebut.

~ Bagaimana nak menjawap soalan pertama jika semasa hidup di dunia menjadi 'hamba' duit dan harta?

~ Bagaimana nak menjawap soalan kedua jika semasa hidup di dunia, idola yang paling dihormati adalah artis, jutawan, hartawan dan tokoh-tokoh terkenal?

~ Bagaimana nak menjawap soalan ketiga jika semasa hidup di dunia, tidak berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya?

~ Bagaimana nak menjawap soalan keempat jika semasa hidup di dunia, lebih takut kepada undang2 yang dicipta manusia tapi memandang remeh undang2 yang dicipta yang Maha Bijaksana?

~ Bagaimana nak menjawap soalan kelima jika semasa hidup di dunia, membangunkan ekonomi dengan kafir lebih diutamakan daripada membangunkan ekonomi sesama muslim?

Masih ramai di antara kita yang dalam sedar atau tidak masih lagi terjebak dengan muamalat riba… Rumah dibeli dengan pinjaman riba, perlindungan kewangan berlandaaskan riba, kereta/motor yang dibawa ke tempat kerja terlibat pinjaman riba, barang kemas (emas/perak) di tangan diperolehi dengan pertukaran riba. Kenapa tidak berhijrah ke muamalat jual beli yang tiada riba…?

Masih ramai orang-orang tua/ibubapa yang menerima wang pencen atau wang bulanan dari anak-anak, para pekerja menerima wang gaji, para peniaga membuka akaun perniagaan dan ‘over-draft’ masih lagi melalui akaun bank konvensional berasaskan riba. Kenapa tidak berhijrah ke akaun yang berlandaskan syarak…?

Masih ramai antara kita yang ‘mencuri’ masa sewaktu bekerja - membuat pendapatan tambahan, ‘MLM’, jual kain, kuih raya dan lain-lain. Kenapa tidak dilakukan selepas waktu bekerja…?

Masih ramai di antara kita yang berniaga tetapi menipu timbangan, mendapat untung dari sumber shubhah dan meragukan, masih terdapat unsur gharar dan maisir. Kenapa tidak berhijrah ke cara berniaga yang lebih telus, berterus-terang dan jujur…?

Masih sangat ramai pula yang saling membenci, hasad dengki, kurang adab dan akhlak dalam mencari rezeki. Kenapa tidak berhijrah kepada bersikap saling membantu, belas kasihan dan berusaha maju bersama-sama…?

Masih ramai yang mempertikai hukum riba, hukum faraid dan hukum jenayah yang telah disyariatkan oleh Allah subhanahuwataala di dalam al-Quran. Kenapa minda tidak berhijrah dari jahil kepada yakin dengan kebijaksanaan-Nya…?

Masih ramai yang lebih mengutamakan berniaga/bekerja dengan bukan Islam berbanding dengan sesama Islam dengan alasan mereka boleh memberi lebih ‘keuntungan’/’pendapatan’/’manfaat’. Kenapa tidak berhijrah ‘mendahulukan’ produk/perkhidmatan yang disediakan oleh orang Islam supaya syarikat-syarikat orang Islam juga mampu bersaing dengan bukan Islam bahkan semoga lebih baik lagi…?

Berhijrahlah sekarang… dari bermuamalat dari sumber dan kaedah yang HARAM dan SHUBHAH, kepada muamalat HALAL dan BERKAT…

…SEBELUM ANDA ‘DIHIJRAHKAN’!!!







Fikir-fikirkanlah... dengan IMAN & AKAL...

Muhasabah diri... tingkatkan taqwa.

Perbaiki KEKUATAN IMAN dan KUALITI AMAL kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan