Rabu, 23 September 2015

Terjemahan Khutbah Terakhir Baginda Rasulullah s.a.w.



Ambillah kata-kata hikmah dari khutbah terakhir baginda Rasulullah s.a.w. Ia seolah-olah nasihat yang meliputi seluruh kehidupan manusia.

Semoga sama-samalah kita dilindungi oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

Ahad, 30 Ogos 2015

Info PUSAKA: MERDEKA vs BERSIH!!!




MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

BERSIH!

BERSIH!

BERSIH!

Sejak dua menjak ni, antara topik yang agak hangat di media sosial adalah BERSIH dan MERDEKA. Dua perkataan yang baik dan positif, yang sememangnya disukai oleh semua orang.

Sabar… apa yang nak saya sembangkan bukanlah ada apa-apa kaitan dengan isu yang sedang hangat sekarang ni. Apa yang mereka perjuangkan terpulang kepada niat masing-masing, yang mana hanya Allah subhanahu wa ta’ala saja yang mengetahui (kerana kadang-kadang manusia tu sendiri tidak pasti apa niat mereka). Saya tidak berpihak pada mana-mana pihak.

Pengertian BERSIH dan MERDEKA itu luas, dan kadang-kala menjadi subjektif kepada sebilangan orang.

Fokus saya hanyalah pada HARTA yang tuan-tuan dan puan-puan cari dan kumpulkan.

Perkataan MUAMALAT itu bunyinya sangat suci, sangat baik dan sangat positif. Tapi setiap muamalat yang kita lakukan, belum tentu BERSIH dan MERDEKA.

Kadang kala disebabkan kedangkalan ilmu, kita rasakan yang HARAM itu HALAL manakala yang HALAL itu HARAM.

Kadang kala kerana kecetekan pengetahuan, kita rasakan sesuatu muamalat kita itu HARUS sedangkan ianya SYUBHAH.

Kadang kala disebabkan kekurangan maklumat, kita rasakan sesuatu perkara itu BETUL sedangkan ianya SALAH.

Malaysia negara MERDEKA, rakyatnya tidak dihalang mencari kekayaan. Namun ramai yang HATInya masih lagi DIJAJAH oleh cara fikir dan tindakan yang salah.

Masih ramai yang berkata; “Ahhh buat loan dengan Islamic Finance lagi teruk. Mahal. Menyusahkan. Cekik darah. Baik aku ambik yang konvensional, murah sikit. Nak buat macam mana… yang tu je aku mampu, rezeki aku dah banyak tu je…”

Seolah dalam erti kata lain “Riba pun riba lah, janji aku boleh hidup selesa di dunia. Untuk akhirat, pandai-pandailah aku buat amal ibadat…”. Adakah dia lupa, rezekinya itu Allah yang bagi, hukum haram riba tu Allah yang tetapkan. Hebat sangatkah amal ibadatnya sehinggakan dapat mengatasi kemurkaan Allah.

Kadang kala kita juga terdengar; “Kita kena ‘bagi sikit’ juga kat mereka ni… kalau tak, payah kita nak dapat projek.”

Bukankah kata-kata seperti itu suatu syirik yang dituturkannya tanpa dia sedari, seolah-olah rezeki itu datangnya dari makhluk? Lupakah dia pada rukun iman yang keenam iaitu ‘beriman kepada qada dan qadar?

Ataupun kita biasa dengar; “Alahhh, tak payah ikut faraid. TAK ADIL. Korang ikut cakap aku ni, baru betul. Korang apa tau, aku dulu makan garam dari korang…”

Na’uzubillah… Lupakah dia, Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Macam mana suatu peraturan yang Allah dah tetapkan dikatakan tidak adil, mengaku pulak sesuatu yang dibuatnya lebih baik dari peraturan Allah.

Muhasabah diri… adakah HATI kita benar-benar MERDEKA?

Ramai yang merasakan sumber pendapatan mereka BERSIH SUCI, namun JIWA mereka KOTOR kerana mereka mencari kekayaan itu dengan tidak BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG (sama ada syara’ atau sivil).

Ada yang menjaja skim-skim yang MENJAMIN KEUNTUNGAN yang berlipatganda dalam masa yang sangat singkat. Ada yang menjual produk-produk yang TIDAK MENDAPAT PENGESAHAN pihak berwajib. Ada juga mereka yang menyediakan KHIDMAT YANG BAIK, tapi dengan cara yang salah (tipu tandatangan, tidak mendedahkan kekurangan serta memberi maklumat salah tentang khidmat yang disediakannya).

Ada yang bermuamalat dengan tidak disertakan ADAB & AKHLAK yang betul. Memburuk-burukkan pesaing, memaksa pelanggan membeli produk atau mengambil khidmat yang mereka sediakan, menyembunyikan fakta serta memberikan maklumat salah secara sengaja. Semua ini dilakukan kerana inginkan keuntungan material semata-mata, sehingga terlupa bahawa perbuatannya boleh menjadikan rezeki yang diperolehinya merubah menjadi rezeki yang meragukan.

Kepada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan petikan-petikan Hadis, pastikan tahu apa yang diambil. Jangan gunakan sumber-sumber tanpa ilmu yang betul, semata-mata untuk mengaburi bakal pelanggan. Janganlah diambil ‘setompok-setompok’ yang dirasakan boleh ‘melariskan’ perniagaan  sahaja. Kongsikanlah sekadar ilmu yang ada, jangan ditokok tambah dan jangan sekali-kali mentafsirnya mengikut logik akal semata-mata. BERDAKWAH ITU BAIK, TAPI BERDAKWAH TANPA ILMU ADALAH SANGAT BAHAYA!!!

Yang paling menyedihkan, bila suatu muamalat yang dilakukan itu adalah muamalat yang TIDAK PATUH SYARI’AH. Mempromosikan muamalat yang tidak jelas proses dan tatacara kerjanya (gharar), terdapat unsur-unsur perjudian (maisir) dan ada amalan riba di dalamnya, akan membawa kepada kejatuhan dan kemusnahan kepada seluruh jamaah. Bila keberkatan hilang, kesucian akan menjadi cacat. Kesan negatifnya sangat luas dan apabila sudah menjadi ‘barah’, ‘mengubatinya’ menjadi seakan-akan mustahil. Maksiat dan dosa yang terhasil daripadanya akan semakin berkembang dan terus membiak sehingga sangat sukar DIBERSIHKAN lagi.

Muhasabah diri… pastikah JIWA kita benar-benar BERSIH?

Sempena Hari Kebangsaan dengan tema #sehatisejiwa tahun 2015 ini, bersama-samalah kita MERDEKAkan HATI dan BERSIHKANlah JIWA.

 

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2015…

 

Muzafar Ghazali
019-472 6752
Perancang Pusaka Islam
As-Salihin Trustee Berhad & Takaful IKHLAS Berhad

 

Khamis, 6 Ogos 2015

Info Pusaka: PERNAHKAH ANDA TERFIKIR?


Ramai di kalangan anda yang berfikir, hati anda akan tenang ketika terbaring di katil hospital kerana kewangannya (bil perubatan) ditanggung oleh pihak lain… PERNAHKAH ANDA TERFIKIR, adakah muamalat yang anda lakukan MAMPU MEMBERI KETENANGAN KETIKA TERBARING DI LIANG LAHAD?
Ramai juga di kalangan anda yang tenang hati kerana merasakan pendapatan anda akan diganti selepas kematian anda agar waris-waris mampu meneruskan kehidupan di dunia… PERNAHKAH ANDA TERFIKIR, apakah ikhtiar untuk ANDA MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU SELEPAS MATI?

Ada juga di kalangan anda yang merancang masa hadapan untuk kehidupan yang selesa selepas bersara dengan pelbagai pelaburan seperti saham, unit amanah, hartanah dan lain-lain… PERNAHKAH ANDA TERFIKIR, banyak manakah anda peruntukkan harta anda untuk PELABURAN AKHIRAT?
ADAKAH NIKMAT HARTA YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T. HANYALAH UNTUK MANFAAT HIDUP DI DUNIA SAHAJA, SEDANGKAN KEHIDUPAN SELEPAS MATI ADALAH LEBIH PANJANG DAN KEKAL SELAMA-LAMANYA…?

BUKANKAH SETIAP AMALAN DI DUNIA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI HADAPAN ALLAH S.W.T DI AKHIRAT NANTI?



Firman Allah S.W.T.:
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(Surah Al-Anbiya’: 35)

 

Memperkenalkan inovasi baru dalam perlindungan Takaful yang merancang:

 PERLINDUNGAN HARTA SEMASA ANDA TERBARING DI KATIL HOSPITAL

+ PENGGANTIAN PENDAPATAN UNTUK WARIS-WARIS MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA

+ PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN PELABURAN YANG BERLANDASKAN SYARAK

+ PERANCANGAN PUSAKA IKHTIAR UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP SELEPAS MATI…

 
Takaful IKHLAS Bhd melangkah ke hadapan lagi dengan menyediakan khidmat WAKAF IKHLAS.
WAKAF IKHLAS adalah suatu program yang membenarkan para peserta Takaful IKHLAS Bhd mewakafkan sehingga 30% manfaat kematiannya kepada mana-mana institusi berdaftar yang diikhtiraf di Malaysia. Ia bertujuan memberi nilai tambah kepada para pesertanya bukan sahaja untuk mendapat manfaat di dunia bahkan juga di akhirat.

Setakat ini Takaful IKHLAS Bhd adalah satu-satunya syarikat pengendali Takaful yang mempelopori perkhidmatan tambahan seperti ini.
Berminat untuk menambah saham akhirat… sila whatsapp/telegram/sms/hubungi talian 019-472 6752 untuk maklumat lanjut.





Selasa, 28 Julai 2015

KONGSI ILMU: Amanat Rasulullah - Empat Jenis Orang Terbaik & Terburuk - Dr. Zaharuddin



Sama ada kaya atau miskin... peluang merebut syurga Allah subhanahuwata'ala tidak pernah tertutup.

Yang perlu adalah niat yang benar-benar baik dan tulus IKHLAS kerana-Nya.

Rabu, 22 Julai 2015

Info Pusaka: BAIK BURUK PILIHAN KITA, NAK LOW YAT ATAU 'HIGH' YAT...


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa hitam di malam Ramadhan yg sepatutnya diisi dengan menambahkan ibadah kepada Allah.
Walaupun pihak yang berwajib sudah menjalankan siasatan dan memberikan hasilnya, namun bagi sesetengah orang, peristiwa itu terlalu tragis untuk dilupakan begitu sahaja.

Apa yang nak saya ketengahkan bukanlah isu curi atau jual fon klon, tapi pilihan yang dibuat...

Dalam satu tazkirah Ramadhan yang sy hadiri, ustaz yg memberi tazkirah menghurai salah satu firman Allah s.w.t. dalam surah Ash-Shams: 8 - 10
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan);
Dan sesungguhnya hampalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat)."

Kita punya pilihan untuk buat yang maksiat atau yang taqwa.

Kadang2 terfikir jugak, kita marah bila sesuatu bangsa tu jual fon klon dgn harga fon ori...
Camna dgn yang jual karipap kembong di pasar Ramadhan tp intinya sikit yang banyak angin je, tak menipu ke tu?
Camna pulak jual barang yg semalam tak habis pnya, panaskan balik, jual hari ni dgn harga yg sama, tak menipu ke tu?
Yg tempah baju raya, janji boleh siap sebelum raya, alih2 dah nak masuk Zulkaedah baru siap. Tak tipu ke namanya tu?

Adakah bangsa yang itu sahaja yang menjual telefon klon dengan harga ori? Tiadakah bangsa kita yang turut buat perkara yang sama? Siap online lagi... tak menipukah namanya tu?

Tu tak masuk skim-skim cepat kaya yang banyak memutuskan silaturrahim dan persahabatan?

Apapun Allah memang mengilhamkan di dalam hati semua manusia dengan nafsu dan akal. Tak kira apa bangsa dan warna kulit pun. Manusia itulah yang perlu bijak membuat pilihan...
Malanglah bagi kita yang Allah kurniakan iman, tidak pandai memilih antara yang baik dengan yang maksiat...


*Catatan ini tidak memihak kepada mana-mana kaum atau kumpulan. Ia hanyalah peringatan terbuka kepada semua orang yang sudi berfikir...

Khamis, 9 Julai 2015

Pulang beraya atau ke mana-mana dengan hati yang tenang dan ceria...

 

Pulang beraya memang menyeronokkan...

Selain dari dapat bertemu ayah bonda dan sanak saudara, tentu ada nostalgia atau kenangan indah yang terpahat di hati dan pastinya sukar dilupakan.

Persediaan balik kampung tentu sahaja pelukan ketelitian.

Kereta/motorsikal sudahkah dihantar ke pusat servis? Minyak enjin, brek, tayar dan lain2 sudahkah diperiksa? Roadtax dan insurans dah renew ke?

Begitu juga dengan keselamatan rumah yang bakal ditinggalkan selama beberapa hari.

Ada tak selak atau kunci pintu/tingkap yang rosak dan belum diganti atau dibaiki? Sistem penggera berfungsi dengan baik tak? Jerejak besi masih kukuh tak? Ye lah kan, balik kampong je, takkan nak bawak segala tv, peti sejuk, sofa, almari 'set-board' sekali. Yang ditinggalkan tu perlu 'dirisaukan' juga.

Ada tak paip yang bocor dan sebagainya? Mana tau takut2, lepas balik beraya nanti, rumah jadi kolam ternakan keli pulak.

Kalau berkesempatan, jangan lupa maklumkan 'ketiadaan anda di rumah' di balai polis berdekatan. In shaa Allah pihak polis akan membuat rondaan di kawasan rumah anda.

Sebagai ikhtiar tambahan yang BIJAKSANA, jangan lupa dapatkan perlindungan takaful KEMALANGAN DIRI sekiranya diri anda dan keluarga ditimpa musibah kemalangan, atau dapatkan perlindungan TAKAFUL KEBAKARAN seandainya rumah anda terkena musibah kebakaran atau kecurian. Pastinya dengan perlindungan takaful, kerugian daripada musibah-musibah tersebut dapat dikurangkan.

Apa pun, berhati-hatilah di jalan raya. Jangan mencipta kenangan buruk pula di Hari Raya tahun ini...



 Hubungi 019-4726752 untuk maklumat lanjut.

**********************************************************************************

Jumaat, 3 Julai 2015

RAMADHAN: Merancang Pusaka, Mencari Taqwa...


Ramadhan datang lagi… Insya Allah selagi tak tiba kiamat, Ramadhan akan tetap datang.

Cuma kita yang mungkin tak akan ada lagi untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. Jangan kan akan datang, esok pun belum tentu…

Walaubagaimanapun, berbanyaklah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. masih lagi mengizinkan kita menyedut oksigen yang dikurniakan olehNya melalui dua lubang hidung dan rongga paru-paru kita (juga yang dikurniakan olehNya) sehingga ke hari ini, hingga ke saat ini.

Dan kita sedang berada di bulan yang sangat diberkati, bulan yang penuh rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t. Bulan di mana Allah s.w.t. memberi peluang kepada kita menjadi orang yang bertaqwa.

Firman Allah s.w.t.:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Surah Al-Baqarah : 183

Untuk mencari taqwa, sebaiknya kita ketahui dulu ciri-ciri orang bertaqwa. Allah s.w.t. telah menyenaraikan ciri-ciri tersebut di dalam Al-Quran contohnya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 2-5:

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)”

Begitu juga di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 177 iaitu:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.”

Dalam konteks mencari taqwa dalam merancang pusaka, eloklah difahamkan kenapa perlu merancang pusaka.

Dengan sedikit ilmu yang Allah s.w.t. kurniakan kepada saya dan demi mudah difahami oleh orang kebanyakan, saya ringkaskan keperluan merancang pusaka kepada dua bahagian, iaitu:

1.      Sebagai ikhtiar meringankan ‘beban’ yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris, yang juga saya bahagikan kepada dua bahagian:

a)    Beban menguruskan pentadbiran pusaka si mati – Waris terpaksa melayan kerenah sistem perundangan yang merumitkan, kerenah waris-waris faraid, kerenah emosi waris-waris yang TIADA hak faraid serta kos/perbelanjaan yang terpaksa dikorbankan.

b)    Beban dosa disebabkan harta yang ditinggalkan si mati – Dosa menzalimi waris lain (memalsu dokumen, menipu, putus silaturrahim dan lain-lain), dosa memakan hak faraid waris yang berhak, dosa memakan hak si mati dan dosa memakan hak anak yatim.

 

2.      Sebagai salah satu ikhtiar untuk memulakan kehidupan di sana, seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w.:

"Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada hari Kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan; tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan; tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.” - Hadis Riwayat Tirmizi dan Darami

Kita wajib mempercayai bahawa kita akan dipertanggungjawabkan tentang harta kita, adakah sumber kita mendapat harta itu dan juga cara kita membelanjakannya, termasuk bagaimana kita mewariskannya kepada waris-waris kita, benar-benar berlandaskan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

INGAT… Merancang pusaka bukanlah sekadar semata-mata ikhtiar untuk membahagiakan waris-waris yang bakal ‘ditinggalkan’.

LEBIH PENTING LAGI... IA SEBAHAGIAN DARI IKHTIAR UNTUK MENGECAPI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DI ALAM SELEPAS KEMATIAN.

Maka bila kita sudah mengimani akan adanya timbangan amal dan perbicaraan di hadapan Allah s.w.t. di akhirat nanti, sewajarnyalah kita berusaha merancang sesuatu iaitu menginfaqkan sebahagian daripada harta kita dengan kaedah-kaedah perancangan Pusaka Islam yang lebih bijaksana seperti:

1.    Membuat WASIAT – iaitu melantik Wasi yang bakal dipertanggungjawabkan untuk mengurus/mentadbir harta pusaka kita selepas meninggal dunia, di samping membuat arahan untuk menginfaqkan sebahagian dari harta pusaka kita (maksima 1/3) ke jalan Allah s.w.t.

2.    Memberi HIBAH – iaitu pertukaran hakmilik secara mutlak kepada waris-waris atau kepada pihak-pihak tertentu terutamanya sekolah-sekolah agama, maahad-maahad tahfiz, masjid-masjid, surau-surau atau yang seumpama dengannya, SEMASA HIDUP.

3.    Melantik PEMEGANG AMANAH – iaitu seseorang atau sesebuah organisasi yang akan menunaikan hasrat dan menguruskan harta yang telah anda amanahkan kepadanya demi kepentingan benefisiari-benefisiari tertentu sama ada para waris atau badan kebajikan.

4.    Membuat WAKAF – sama ada semasa hidup atau diwasiatkan untuk kegunaan awam.

5.    Membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN – iaitu sebagai mengiktiraf sumbangan pasangan rumahtangga masing-masing supaya hak mereka terpelihara.

6.    Menyertai PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL – memastikan syarikat yang dipilih adalah yang terbaik fikrah Islamnya, bukan sekadar sebagai usaha melindungi harta tetapi juga sebagai pelengkap kepada perancangan pusaka anda, mudah-mudahan kita mampu menjawap persoalan “tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.”

Kesemua kaedah di atas adalah IKHTIAR, semoga kita berada di landasan yang betul ke arah taqwa seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 3) di dalam Al-Quran.

Wallahu a’lam…

 

Selasa, 23 Jun 2015

INFO PUSAKA: MELENGKAPI PERANCANGAN PUSAKA ANDA


Anda tentu selalu mendengar ungkapan ini dari wakil-wakil takaful/insurans yang anda temui:
“Tuan menyertai takaful/insurans bukan untuk tuan yang akan meninggal dunia tetapi untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan…”

Sekadar pendapat peribadi, kenyataan tersebut ada benarnya, namun dari sudut keimanan, semacam ada kekurangannya.
 
Ia seolah-olah menggambarkan apabila anda meninggal dunia, maka tiada apa yang bermakna melainkan orang-orang yang anda ‘tinggalkan’ yang masih hidup di dunia.
 
Sedangkan, anda bakal memulakan suatu kehidupan baru yang lebih lama dan kekal dimulakan dengan kehidupan di alam barzakh.

Adakah kehidupan selepas mati yang bakal anda lalui nanti tidak penting?
 
Adakah kehidupan mereka yang masih hidup lebih penting lagi, sedangkan mereka juga PASTI akan menyusul kea lam barzakh suatu hari nanti?

Bukankah kehidupan selepas mati adalah lebih penting?

Saya lebih suka menyatakan begini:
“Tuan, tuan menyertai takaful BUKAN SEKADAR salah satu ikhtiar untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan, BAHKAN JUGA sebagai salah satu ikhtiar untuk tuan memulakan kahidupan di alam barzakh nanti…”
 
 
Yang mana satu pilihan anda?

Satu pangkah satu betul atau dua-dua betul?


Dalam proses merancang kewangan (financial planning), takaful atau insurans adalah suatu konsep melindungi harta (wealth protection) apabila pemilik harta tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Secara amnya orang ramai menyertai pelan takaful disebabkan beliau inginkan HARTANYA DILINDUNGI (cth: bil hospital dibayar oleh pihak ketiga atau menuntut kembali kerugian yang ditanggungnya) ataupun PENDAPATANNYA DIGANTI dalam suatu tempoh tertentu (cth: pampasan akan dibayar sekiranya pemilik sijil ditimpa musibah kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh – TPD).

Saya pasti apabila seorang wakil takaful menawarkan khidmat takaful dari syarikatnya, anda pasti akan bertanya berapakah nilai pampasan yang bakal anda perolehi, apakah perlindungan yang disediakan serta lain-lain soalan berkaitan manfaat di dunia sahaja.

Pernahkah anda bertanya soalan begini:
“Semasa saya terbaring di katil hospital, kewangan saya dilindungi… nanti semasa saya TERBARING DI LIANG LAHAD adakah pahala saya dilindungi?”

Ataupun soalan begini:
“Selepas saya meninggal dunia, isteri saya, anak-anak atau waris yang lain akan mendapat pampasan takaful beserta sebarang nilai tunai yang terkumpul dengannya… apa yang SAYA dapat di ‘dalam sana’?”

Bukankah sangat baik sekiranya pelan takaful yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjadi ikhtiar dalam memberi manfaat semasa peserta hidup dan juga sebagai salah satu ikhtiar untuk waris-warisnya meneruskan kehidupan, bahkan pelan takaful yang disertainya mampu menyediakan ikhtiar untuk peserta itu ‘hidup sejahtera di alam barzakh’ nanti.
 

Atas usaha ke arah itulah, suatu ketika dahulu Takaful IKHLAS Berhad merintis kaedah perancangan pusaka melalui BORANG CADANGAN HIBAH.

Usaha ini kemudiannya diikuti oleh beberapa syarikat pengendali takaful yang lain dan akhirnya khidmat pemberian HIBAH kepada waris ini dimasukkan ke dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, dan perkhidmatan ini disediakan oleh semua syarikat pengendali takaful keluarga di Malaysia.

 


Takaful IKHLAS Berhad mengorak selangkah lagi sebagai pelengkap perancangan pusaka anda dengan menyediakan perkhidmatan WAKAF IKHLAS.

Ia merupakan perkhidmatan pilihan kepada para peserta yang berhajat untuk membuat pelaburan akhirat melalui pampasan takaful yang bakal diperolehinya sekiranya dia ditimpa musibah kematian.

Dengan khidmat WAKAF IKHLAS, peserta boleh mewakafkan (dalam bentuk serahan mutlak – ‘absolute assignment) sehingga 30% daripada pampasan kematiannya kepada perbadanan wakaf yang bekerjasama dengan Takaful IKHLAS Berhad. Buat masa ini, Takaful IKHLAS menjalin kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor dalam merealisasikan usaha ini. Di masa-masa akan datang, akan ada kerjasama dengan perbadanan wakaf negeri-negeri lain di seluruh negara.

Dengan berwakaf, wang tersebut boleh dikumpul dan digunakan untuk tujuan amal jariah (seperti membeli tanah atau bangunan untuk dijadikan sekolah agama ataupun pusat tahfiz dan sebagainya). Ia pastinya akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t.

Inilah suatu inovasi dalam takaful yang diperkenalkan oleh Takaful IKHLAS Berhad dalam meluaskan manfaat kepada para pesertanya, bukan sahaja untuk kebaikan di dunia bahkan mudah-mudahan ianya menjadi bekalan di alam barzakh hinggalah ke akhirat nanti.

 

Sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang WAKAF IKHLAS ini, silalah hubungi saya di talian 019-472 6752 atau e-melkan sebarang pertanyaan mengenai Perancangan Pusaka dengan Takaful ke e-mel: pintarpusaka@gmail.com

Ahad, 14 Jun 2015

Takaful IKHLAS Sekali Lagi Dianugerah Pengendali Takaful Terbaik

TAKAFUL IKHLAS BERHAD TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ DARIPADA GLOBAL BANKING & FINANCE REVIEW BUAT KALI KEDUA

25 May 2015
Kuala Lumpur, 25 Mei 2015 – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang  usianya mencecah 13 tahun, mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.
“Kami amat berbesar hati  menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini  membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif. Anugerah ini dapat  mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap kami.”, kata Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad.
“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia telah diiktiraf sebagai satu "jenama" dinamik dan terbaik yang dikenali ramai”, jelas Ab Latiff.
''Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful IKHLAS untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Ab Latiff.
“Anugerah ini menguatkan lagi azam dan komitmen Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan. Kami sentiasa menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami”, ujar Ab Latiff.
“Takaful IKHLAS sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara ini khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Ab Latiff lagi.
Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh  200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam komuniti kewangan global. Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global. Ia melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.
Mengenai Takaful Ikhlas Berhad
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.
Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.


(Artikel dipetik dari laman web Takaful IKHLAS Berhad)




MNRB is top takaful operator again
26 May 2015
Takaful Ikhlas Berhad's unit, MNRB Holdings Berhad, has bagged the Best Takaful Operator Malaysia 2015 Award for the second time from Global Banking & Finance Review. Its president and chief executive
officer Ab Latiff Abu Bakar said tie award proves that Takaful IKHLAS products are comparable, with those of leading and active takaful providers in the country.
He said Takaful IKHLAS has strengthened its foothold in the Islamic financial protection services front over the last 13 years, which emphasises mutual cooperation and responsibility among its members.
"The award also boosts our customers' confidence in us. Our reputation in the Malaysian market has been recognised as a dynamic and bestknown brand," Ab Latiff said in a statement yesterday.
"I am certain that this award will motivate more than 400 staff and 5,000 agents of Takaful IKHLAS to provide better services to our customers," he added. Ab Latiff said the accolade enhances Takaful Ikhlas' determination and commitment to providing the best services to fulfil its customers' requirements as well as continuously offering innovative products to build reputation.
He added that Takaful IKHLAS continues to design various business plans to support its main role and responsibility in spreading Islamic business transactions, locally and globally.
Global Banking & Finance Review is an online portal in more than 200 different countries, while the awards are to recognise companies of all sizes that are prominent in particular areas of expertise and excellence within the financial world. The awards reflect the innovation, achievement, strategy, progressive and inspirational changes taking place within the financial sector.
Takaful IKHLAS has 13 regional offices in Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Malacca, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya and Negri Sembilan. It has more than two million
registered certificate policyholders and over 5,000 agents.

Khamis, 11 Jun 2015

As-Salihin Trustee Berhad Mengembangkan Sayapnya

As-Salihin Trustee Berhad telah membuka cawangannya di wilayah utara bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Islam di utara tanahair tentang pentingnya merancang pusaka.


Kepada yang berminat mendapatkan maklumat atau penjelasan tentang bagaimana merancang harta pusaka yang berlandaskan syara' (Wasiat, Hibah, Pemegang Amanah, Wakaf & Harta Sepencarian), sila hubungi saya di talian 019-472 6752 atau jemputlah bertandang ke pejabat kami di No 32A, Jalan Todak 2, Bandar Sunway 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang, atau boleh juga menghubungi talian 04-390 9595 atau e-mel ke northen@as-salihin.com



BERITA BAIK KEPADA YANG BERMINAT MENJADI...
PERANCANG PUSAKA ISLAM