Selasa, 23 Jun 2015

INFO PUSAKA: MELENGKAPI PERANCANGAN PUSAKA ANDA


Anda tentu selalu mendengar ungkapan ini dari wakil-wakil takaful/insurans yang anda temui:
“Tuan menyertai takaful/insurans bukan untuk tuan yang akan meninggal dunia tetapi untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan…”

Sekadar pendapat peribadi, kenyataan tersebut ada benarnya, namun dari sudut keimanan, semacam ada kekurangannya.
 
Ia seolah-olah menggambarkan apabila anda meninggal dunia, maka tiada apa yang bermakna melainkan orang-orang yang anda ‘tinggalkan’ yang masih hidup di dunia.
 
Sedangkan, anda bakal memulakan suatu kehidupan baru yang lebih lama dan kekal dimulakan dengan kehidupan di alam barzakh.

Adakah kehidupan selepas mati yang bakal anda lalui nanti tidak penting?
 
Adakah kehidupan mereka yang masih hidup lebih penting lagi, sedangkan mereka juga PASTI akan menyusul kea lam barzakh suatu hari nanti?

Bukankah kehidupan selepas mati adalah lebih penting?

Saya lebih suka menyatakan begini:
“Tuan, tuan menyertai takaful BUKAN SEKADAR salah satu ikhtiar untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan, BAHKAN JUGA sebagai salah satu ikhtiar untuk tuan memulakan kahidupan di alam barzakh nanti…”
 
 
Yang mana satu pilihan anda?

Satu pangkah satu betul atau dua-dua betul?


Dalam proses merancang kewangan (financial planning), takaful atau insurans adalah suatu konsep melindungi harta (wealth protection) apabila pemilik harta tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Secara amnya orang ramai menyertai pelan takaful disebabkan beliau inginkan HARTANYA DILINDUNGI (cth: bil hospital dibayar oleh pihak ketiga atau menuntut kembali kerugian yang ditanggungnya) ataupun PENDAPATANNYA DIGANTI dalam suatu tempoh tertentu (cth: pampasan akan dibayar sekiranya pemilik sijil ditimpa musibah kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh – TPD).

Saya pasti apabila seorang wakil takaful menawarkan khidmat takaful dari syarikatnya, anda pasti akan bertanya berapakah nilai pampasan yang bakal anda perolehi, apakah perlindungan yang disediakan serta lain-lain soalan berkaitan manfaat di dunia sahaja.

Pernahkah anda bertanya soalan begini:
“Semasa saya terbaring di katil hospital, kewangan saya dilindungi… nanti semasa saya TERBARING DI LIANG LAHAD adakah pahala saya dilindungi?”

Ataupun soalan begini:
“Selepas saya meninggal dunia, isteri saya, anak-anak atau waris yang lain akan mendapat pampasan takaful beserta sebarang nilai tunai yang terkumpul dengannya… apa yang SAYA dapat di ‘dalam sana’?”

Bukankah sangat baik sekiranya pelan takaful yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjadi ikhtiar dalam memberi manfaat semasa peserta hidup dan juga sebagai salah satu ikhtiar untuk waris-warisnya meneruskan kehidupan, bahkan pelan takaful yang disertainya mampu menyediakan ikhtiar untuk peserta itu ‘hidup sejahtera di alam barzakh’ nanti.
 

Atas usaha ke arah itulah, suatu ketika dahulu Takaful IKHLAS Berhad merintis kaedah perancangan pusaka melalui BORANG CADANGAN HIBAH.

Usaha ini kemudiannya diikuti oleh beberapa syarikat pengendali takaful yang lain dan akhirnya khidmat pemberian HIBAH kepada waris ini dimasukkan ke dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, dan perkhidmatan ini disediakan oleh semua syarikat pengendali takaful keluarga di Malaysia.

 


Takaful IKHLAS Berhad mengorak selangkah lagi sebagai pelengkap perancangan pusaka anda dengan menyediakan perkhidmatan WAKAF IKHLAS.

Ia merupakan perkhidmatan pilihan kepada para peserta yang berhajat untuk membuat pelaburan akhirat melalui pampasan takaful yang bakal diperolehinya sekiranya dia ditimpa musibah kematian.

Dengan khidmat WAKAF IKHLAS, peserta boleh mewakafkan (dalam bentuk serahan mutlak – ‘absolute assignment) sehingga 30% daripada pampasan kematiannya kepada perbadanan wakaf yang bekerjasama dengan Takaful IKHLAS Berhad. Buat masa ini, Takaful IKHLAS menjalin kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor dalam merealisasikan usaha ini. Di masa-masa akan datang, akan ada kerjasama dengan perbadanan wakaf negeri-negeri lain di seluruh negara.

Dengan berwakaf, wang tersebut boleh dikumpul dan digunakan untuk tujuan amal jariah (seperti membeli tanah atau bangunan untuk dijadikan sekolah agama ataupun pusat tahfiz dan sebagainya). Ia pastinya akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t.

Inilah suatu inovasi dalam takaful yang diperkenalkan oleh Takaful IKHLAS Berhad dalam meluaskan manfaat kepada para pesertanya, bukan sahaja untuk kebaikan di dunia bahkan mudah-mudahan ianya menjadi bekalan di alam barzakh hinggalah ke akhirat nanti.

 

Sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang WAKAF IKHLAS ini, silalah hubungi saya di talian 019-472 6752 atau e-melkan sebarang pertanyaan mengenai Perancangan Pusaka dengan Takaful ke e-mel: pintarpusaka@gmail.com

Ahad, 14 Jun 2015

Takaful IKHLAS Sekali Lagi Dianugerah Pengendali Takaful Terbaik

TAKAFUL IKHLAS BERHAD TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ DARIPADA GLOBAL BANKING & FINANCE REVIEW BUAT KALI KEDUA

25 May 2015
Kuala Lumpur, 25 Mei 2015 – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang  usianya mencecah 13 tahun, mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.
“Kami amat berbesar hati  menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini  membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif. Anugerah ini dapat  mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap kami.”, kata Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad.
“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia telah diiktiraf sebagai satu "jenama" dinamik dan terbaik yang dikenali ramai”, jelas Ab Latiff.
''Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful IKHLAS untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Ab Latiff.
“Anugerah ini menguatkan lagi azam dan komitmen Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan. Kami sentiasa menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami”, ujar Ab Latiff.
“Takaful IKHLAS sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara ini khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Ab Latiff lagi.
Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh  200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam komuniti kewangan global. Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global. Ia melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.
Mengenai Takaful Ikhlas Berhad
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.
Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.


(Artikel dipetik dari laman web Takaful IKHLAS Berhad)




MNRB is top takaful operator again
26 May 2015
Takaful Ikhlas Berhad's unit, MNRB Holdings Berhad, has bagged the Best Takaful Operator Malaysia 2015 Award for the second time from Global Banking & Finance Review. Its president and chief executive
officer Ab Latiff Abu Bakar said tie award proves that Takaful IKHLAS products are comparable, with those of leading and active takaful providers in the country.
He said Takaful IKHLAS has strengthened its foothold in the Islamic financial protection services front over the last 13 years, which emphasises mutual cooperation and responsibility among its members.
"The award also boosts our customers' confidence in us. Our reputation in the Malaysian market has been recognised as a dynamic and bestknown brand," Ab Latiff said in a statement yesterday.
"I am certain that this award will motivate more than 400 staff and 5,000 agents of Takaful IKHLAS to provide better services to our customers," he added. Ab Latiff said the accolade enhances Takaful Ikhlas' determination and commitment to providing the best services to fulfil its customers' requirements as well as continuously offering innovative products to build reputation.
He added that Takaful IKHLAS continues to design various business plans to support its main role and responsibility in spreading Islamic business transactions, locally and globally.
Global Banking & Finance Review is an online portal in more than 200 different countries, while the awards are to recognise companies of all sizes that are prominent in particular areas of expertise and excellence within the financial world. The awards reflect the innovation, achievement, strategy, progressive and inspirational changes taking place within the financial sector.
Takaful IKHLAS has 13 regional offices in Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Malacca, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya and Negri Sembilan. It has more than two million
registered certificate policyholders and over 5,000 agents.

Khamis, 11 Jun 2015

As-Salihin Trustee Berhad Mengembangkan Sayapnya

As-Salihin Trustee Berhad telah membuka cawangannya di wilayah utara bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Islam di utara tanahair tentang pentingnya merancang pusaka.


Kepada yang berminat mendapatkan maklumat atau penjelasan tentang bagaimana merancang harta pusaka yang berlandaskan syara' (Wasiat, Hibah, Pemegang Amanah, Wakaf & Harta Sepencarian), sila hubungi saya di talian 019-472 6752 atau jemputlah bertandang ke pejabat kami di No 32A, Jalan Todak 2, Bandar Sunway 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang, atau boleh juga menghubungi talian 04-390 9595 atau e-mel ke northen@as-salihin.com



BERITA BAIK KEPADA YANG BERMINAT MENJADI...
PERANCANG PUSAKA ISLAM