Selasa, 23 Jun 2015

INFO PUSAKA: MELENGKAPI PERANCANGAN PUSAKA ANDA


Anda tentu selalu mendengar ungkapan ini dari wakil-wakil takaful/insurans yang anda temui:
“Tuan menyertai takaful/insurans bukan untuk tuan yang akan meninggal dunia tetapi untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan…”

Sekadar pendapat peribadi, kenyataan tersebut ada benarnya, namun dari sudut keimanan, semacam ada kekurangannya.
 
Ia seolah-olah menggambarkan apabila anda meninggal dunia, maka tiada apa yang bermakna melainkan orang-orang yang anda ‘tinggalkan’ yang masih hidup di dunia.
 
Sedangkan, anda bakal memulakan suatu kehidupan baru yang lebih lama dan kekal dimulakan dengan kehidupan di alam barzakh.

Adakah kehidupan selepas mati yang bakal anda lalui nanti tidak penting?
 
Adakah kehidupan mereka yang masih hidup lebih penting lagi, sedangkan mereka juga PASTI akan menyusul kea lam barzakh suatu hari nanti?

Bukankah kehidupan selepas mati adalah lebih penting?

Saya lebih suka menyatakan begini:
“Tuan, tuan menyertai takaful BUKAN SEKADAR salah satu ikhtiar untuk waris-waris tuan meneruskan kehidupan, BAHKAN JUGA sebagai salah satu ikhtiar untuk tuan memulakan kahidupan di alam barzakh nanti…”
 
 
Yang mana satu pilihan anda?

Satu pangkah satu betul atau dua-dua betul?


Dalam proses merancang kewangan (financial planning), takaful atau insurans adalah suatu konsep melindungi harta (wealth protection) apabila pemilik harta tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Secara amnya orang ramai menyertai pelan takaful disebabkan beliau inginkan HARTANYA DILINDUNGI (cth: bil hospital dibayar oleh pihak ketiga atau menuntut kembali kerugian yang ditanggungnya) ataupun PENDAPATANNYA DIGANTI dalam suatu tempoh tertentu (cth: pampasan akan dibayar sekiranya pemilik sijil ditimpa musibah kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh – TPD).

Saya pasti apabila seorang wakil takaful menawarkan khidmat takaful dari syarikatnya, anda pasti akan bertanya berapakah nilai pampasan yang bakal anda perolehi, apakah perlindungan yang disediakan serta lain-lain soalan berkaitan manfaat di dunia sahaja.

Pernahkah anda bertanya soalan begini:
“Semasa saya terbaring di katil hospital, kewangan saya dilindungi… nanti semasa saya TERBARING DI LIANG LAHAD adakah pahala saya dilindungi?”

Ataupun soalan begini:
“Selepas saya meninggal dunia, isteri saya, anak-anak atau waris yang lain akan mendapat pampasan takaful beserta sebarang nilai tunai yang terkumpul dengannya… apa yang SAYA dapat di ‘dalam sana’?”

Bukankah sangat baik sekiranya pelan takaful yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjadi ikhtiar dalam memberi manfaat semasa peserta hidup dan juga sebagai salah satu ikhtiar untuk waris-warisnya meneruskan kehidupan, bahkan pelan takaful yang disertainya mampu menyediakan ikhtiar untuk peserta itu ‘hidup sejahtera di alam barzakh’ nanti.
 

Atas usaha ke arah itulah, suatu ketika dahulu Takaful IKHLAS Berhad merintis kaedah perancangan pusaka melalui BORANG CADANGAN HIBAH.

Usaha ini kemudiannya diikuti oleh beberapa syarikat pengendali takaful yang lain dan akhirnya khidmat pemberian HIBAH kepada waris ini dimasukkan ke dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, dan perkhidmatan ini disediakan oleh semua syarikat pengendali takaful keluarga di Malaysia.

 


Takaful IKHLAS Berhad mengorak selangkah lagi sebagai pelengkap perancangan pusaka anda dengan menyediakan perkhidmatan WAKAF IKHLAS.

Ia merupakan perkhidmatan pilihan kepada para peserta yang berhajat untuk membuat pelaburan akhirat melalui pampasan takaful yang bakal diperolehinya sekiranya dia ditimpa musibah kematian.

Dengan khidmat WAKAF IKHLAS, peserta boleh mewakafkan (dalam bentuk serahan mutlak – ‘absolute assignment) sehingga 30% daripada pampasan kematiannya kepada perbadanan wakaf yang bekerjasama dengan Takaful IKHLAS Berhad. Buat masa ini, Takaful IKHLAS menjalin kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor dalam merealisasikan usaha ini. Di masa-masa akan datang, akan ada kerjasama dengan perbadanan wakaf negeri-negeri lain di seluruh negara.

Dengan berwakaf, wang tersebut boleh dikumpul dan digunakan untuk tujuan amal jariah (seperti membeli tanah atau bangunan untuk dijadikan sekolah agama ataupun pusat tahfiz dan sebagainya). Ia pastinya akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t.

Inilah suatu inovasi dalam takaful yang diperkenalkan oleh Takaful IKHLAS Berhad dalam meluaskan manfaat kepada para pesertanya, bukan sahaja untuk kebaikan di dunia bahkan mudah-mudahan ianya menjadi bekalan di alam barzakh hinggalah ke akhirat nanti.

 

Sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang WAKAF IKHLAS ini, silalah hubungi saya di talian 019-472 6752 atau e-melkan sebarang pertanyaan mengenai Perancangan Pusaka dengan Takaful ke e-mel: pintarpusaka@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan