Rabu, 22 Julai 2015

Info Pusaka: BAIK BURUK PILIHAN KITA, NAK LOW YAT ATAU 'HIGH' YAT...


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa hitam di malam Ramadhan yg sepatutnya diisi dengan menambahkan ibadah kepada Allah.
Walaupun pihak yang berwajib sudah menjalankan siasatan dan memberikan hasilnya, namun bagi sesetengah orang, peristiwa itu terlalu tragis untuk dilupakan begitu sahaja.

Apa yang nak saya ketengahkan bukanlah isu curi atau jual fon klon, tapi pilihan yang dibuat...

Dalam satu tazkirah Ramadhan yang sy hadiri, ustaz yg memberi tazkirah menghurai salah satu firman Allah s.w.t. dalam surah Ash-Shams: 8 - 10
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan);
Dan sesungguhnya hampalah orang-orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat)."

Kita punya pilihan untuk buat yang maksiat atau yang taqwa.

Kadang2 terfikir jugak, kita marah bila sesuatu bangsa tu jual fon klon dgn harga fon ori...
Camna dgn yang jual karipap kembong di pasar Ramadhan tp intinya sikit yang banyak angin je, tak menipu ke tu?
Camna pulak jual barang yg semalam tak habis pnya, panaskan balik, jual hari ni dgn harga yg sama, tak menipu ke tu?
Yg tempah baju raya, janji boleh siap sebelum raya, alih2 dah nak masuk Zulkaedah baru siap. Tak tipu ke namanya tu?

Adakah bangsa yang itu sahaja yang menjual telefon klon dengan harga ori? Tiadakah bangsa kita yang turut buat perkara yang sama? Siap online lagi... tak menipukah namanya tu?

Tu tak masuk skim-skim cepat kaya yang banyak memutuskan silaturrahim dan persahabatan?

Apapun Allah memang mengilhamkan di dalam hati semua manusia dengan nafsu dan akal. Tak kira apa bangsa dan warna kulit pun. Manusia itulah yang perlu bijak membuat pilihan...
Malanglah bagi kita yang Allah kurniakan iman, tidak pandai memilih antara yang baik dengan yang maksiat...


*Catatan ini tidak memihak kepada mana-mana kaum atau kumpulan. Ia hanyalah peringatan terbuka kepada semua orang yang sudi berfikir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan