Sabtu, 27 Mei 2017

Hibah Takaful


Info PUSAKA : SOALAN PUSAKA MELALUI WHATSAPP



*Soalan:*
Assalamualaikum, Encik Muzafar.
Saya N, ada beberapa soalan mengenai harta sepencarian.
Ibu saya baru sahaja meninggal. Baru2 ini, bapa saya meminta barangan kemas ibu saya dibahagikan dua;  satu bahagian untuk bapa yakni sebagai harta sepencarian, satu bahagian untuk difaraidkan.
Persoalan saya, jika antara barangan kemas itu merupakan pemberian nenek kepada ibu saya (semasa ibu masih hidup), barang kemas itu termasuk juga sebagai harta sepencarian atau harta pusaka?
Jika Tuan tidak keberatan, saya mohon Tuan jelaskan kepada saya.

*Jawapan:*
Waalaikumussalam...
Barang kemas yg dpt dr nenek tak dikira harta spncarian...
Kena tolak dulu, baki baru bhg 2... 
Kalau anak2 muafakat nak serah sebahagian dr brg kemas tu sbg harta sepencarian, itu yg terbaik. Kalau tak, ayah kena buat tuntutan kat mahkamah syariah...

*Soalan:*
Maksudnya, kami kene tolak dahulu barang kemas dari nenek kepada ibu, baru bahagi dua untuk harta sepencarian?
Adakah tidak salah juga jika kami terus bahagi dua tanpa ambil kira pemberian nenek?

*Jawapan:*
Ya kena tolak dulu, krn yg dpt dr nenek bukan harta sepencarian. Yg tu jd pusaka kena faraid.
Cmni...
Tolak dulu yg nenek bg, baki bhg 2.
Yg dpt dr nenek, kirakan nilai faraid yg anak2 dpt. Bila anak2 dah tau hak masing2, lps tu kalau nak serah bhgn masing2 kpd ayah, baru dikira urusan faraid selesai... kalau bg terus, seolah2 tak selesai bab faraid kan?
Cth nilai brg kemas rm3,000.
Nilai dr nenek rm1,000.
So yg dibhg 2 ialah yg rm2,000.
Yg rm1,000 dr nenek kirakan nilai faraid masing2, supaya tau hak masing2. So kalau ada anak2 rasa ok lah yg dpt tu pakat serah kat ayah maka ok la. Yg mana tak setuju ambil la hak faraid dia.
So faraid pun tertunai, ayah boleh dpt lebih, pembahagian pun ikut syarak, silaturrahim terjaga. Kan byk kebaikannya tu, arwah mak dpt pahala jgk kan kalau semuanya elok...?
Wallahu a'lam...



::::::::::::::::::::::::::
Nak tau sikit sebanyak ttg Pusaka Islam?
Boleh wssp/calling2/sms 0194726752
Atau sudi2lah singgah di http://blog.pintarpusaka.com