Sabtu, 17 Jun 2017

Info PUSAKA: Hak faraid adik beradik...




Sekiranya seorang isteri yg tidak mempunyai anak meninggaldunia, manakala waris yg masih hidup adalah suami, kedua ibubapa & adik beradik. Hak faraid HANYA kpd:

- Suami mndpt 1/2 bahagian dr keseluruhan harta.
- Ibu mendpt 1/6 dr keseluruhan harta.
- Bapa mendapat asabah (mendpt kesemua baki yg tinggal)

Adik beradik TIADA hak langsung krn BAPA MASIH HIDUP.

Namun realitinya apa yg byk berlaku sekarang, berlaku pertelingkahan antara adik beradik arwah dgn ipar mereka disebabkan kejahilan ttg ilmu faraid. Bahkan ada yg sanggup menafikan hak ibubapa semata2 krn tamakkan harta...

Amat malanglah kpd arwah krn harta peninggalannya yg menyebabkan silaturrahim antara warisnya menjadi porak peranda... bukankah lebih baik sekiranya sebahagian dr pusakanya itu diinfaqkan kpd maahad2 tahfiz, masjid surau, sekolah agama dan lain2...


Nasihat saya, rancanglah pusaka sewaktu hidup SEKARANG supaya sebahagian dr harta pusaka anda nnti boleh diinfaqkan & mudahan pertelingkahan keluarga dpt dielakkan...

Khamis, 15 Jun 2017

USTAZ AZHAR IDRUS : SERBA SEDIKIT BAB HUTANG







JOM QIAMULLAIL


Info PUSAKA: Harta Pusaka - Akibat Waris Buat Tak Kesah


*Perkongsian dr seorang sahabat peguam syarie*...
==========================================

Diingatkan semasa perbicaraan harta pusaka waris2 perlu hadir semasa perbicaraan dan ketahui bahagian yg diperolehi. Ini penting jika melibatkan waris yg ramai dan berlapis.
Jika ada pemohon harta pusaka yg tidak dedahkan atau mengelak untuk dedahkan maklumat terperinci, anda perlu selidik sendiri.

Jika ianya melibatkan hak mak ayah kita (sbg ahli waris), anak2 perlu pro aktif ambil tahu...ambil tahu ye, jgn cari gaduh tak tentu pasal. Kalau tak betul...suarakan.
Kenapa nak ambil tahu bahagian mak ayah?

Esok nanti bahagian mak ayah ni lah, anda akan jadi pewarisnya (selepas dia org meninggal dunia)

Kenapa saya timbulkan hal ni?

Ada kes dimana perintah pembahagian harta pusaka telah diperolehi bertahun2 lamanya,  lepas tu baru waris2 nak ambil tahu, sebab? nak buat rumah....nak submit pelan perlukan geran.....sedar2 pembahagian tak betul sedangkan nama2 bahagian waris2 telah dimasukkan dalam geran. Sekarang dah peringkat cucu cicit dah.

Boleh tak kami nak rombak balik perintah yg dulu, sebab kami tak puas hati, bhg mak kami dikira silap?

Perintah pembahagian harta pusaka hanya boleh dirayu dalam masa 14 hari sahaja jika anda tidak berpuas hati cara pembahagian.

Perlanjutan tempoh rayuan boleh dibuat, tapi mestilah mempunyai sebab yg kuat dan perlu dibuat segera....

AKIBATnya...

1. Bila dah masuk nama waris dah tak boleh undur..tempoh dah luput utk rayuan....

2. Kesilapan pemohon (yg berniat menipu) itu akan dia tanggung sehinggalah hari pengadilan.

3.  Kalau menyesal pun (bg pemohon yg menipu) dah tak guna...nasi dah menjadi bubur
.
4. Nak minta maaf mcm mana yg menipu dan yg ditipu pun telah meninggal dunia...akibatnya memberi kesan kpd waris sekarang...

Minta Allah perlihara kita dari terjebak dalam hal sebegini....


Semoga bermanfaat...

Khamis, 8 Jun 2017

PULANGKANLAH BALIK...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Info PUSAKA: Pulangkan balik...!!!

Salam 13 Ramadhan...

Satu hari Mat John nak pergi kerja, tp try start motor tak boleh hidup plak. Banyak kali cuba tak boleh jgk.

Dia try start kereta, laaa buat psl tak boleh start jugak. Apa malang nasib Mat John hari tu.
Jirannya Mat Rambo kasihan melihat keadaan sahabatnya itu, menawarkan salah satu motornya utk dipinjamkan kpd Mat John supaya boleh ke tmpt kerja hari itu.
Mat John mengucapkan terima kasih lalu terus ke tmpt kerja.

Semasa singgah di sebuah stesen minyak utk mengisi petrol, Mat John merasa sakit dada lalu rebah secara tiba2. Org ramai menghantarnya ke hospital. Takdirnya Mat John telah meninggaldunia krn serangan sakit jantung.

Dipendekkan cerita, setelah mengetahui berita itu semua ahli keluarganya berkumpul dihospital. Mat Rambo pun turut dtg menziarahi arwah jirannya itu.

Mat Rambo lalu memberitahu keluarga arwah bahawa dia meminjamkan motorsikalnya kpd Mat John krn motor Mat John rosak dan berhasrat utk mengambil motornya semula.
Semua waris Mat John marah kpd Mat Rambo...

"Eh... masa dia mati, motor tu arwah bawak. Jadi motor tu arwah punya la, kenapa engkau nak ambik pulak!!! Sekarang ni kira kami pnya la pasal kami anak2 arwah!!"
...
...
...
...

Macam tak logik kan cerita kat atas kan?
Takkan keluarga waris2 Mat John sampai begitu jahil nak ambik hak Mat Rambo pulak...?
TAPI ITU YG BERLAKU DLM MASYARAKAT KITA SEKARANG!!!

Harta yg kita miliki semua milik Allah subhanahu wa ta'ala...

Tapi bila seseorang meninggaldunia, kenapa masih ramai yg berebut seolah harta2 peninggalannya milik arwah utk diagih sesuka hati oleh waris2?

Kenapa masih ramai yg tak teringat utk pulangkan balik kpd Tuanpunya yg asal dan agih ikut peraturan yang telah ditetapkanNya?

Kenapa ramai yg sanggup mengabaikan FARAID sedangkan itu peraturan Pemilik alam ini?
Pulangkan balik. Takda apa yg ada pada kita ni milik kita... semua pinjaman...



Ibnu Akmal
13 Ramadhan 1438H
8 Jun 2017M