Khamis, 8 Jun 2017

PULANGKANLAH BALIK...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Info PUSAKA: Pulangkan balik...!!!

Salam 13 Ramadhan...

Satu hari Mat John nak pergi kerja, tp try start motor tak boleh hidup plak. Banyak kali cuba tak boleh jgk.

Dia try start kereta, laaa buat psl tak boleh start jugak. Apa malang nasib Mat John hari tu.
Jirannya Mat Rambo kasihan melihat keadaan sahabatnya itu, menawarkan salah satu motornya utk dipinjamkan kpd Mat John supaya boleh ke tmpt kerja hari itu.
Mat John mengucapkan terima kasih lalu terus ke tmpt kerja.

Semasa singgah di sebuah stesen minyak utk mengisi petrol, Mat John merasa sakit dada lalu rebah secara tiba2. Org ramai menghantarnya ke hospital. Takdirnya Mat John telah meninggaldunia krn serangan sakit jantung.

Dipendekkan cerita, setelah mengetahui berita itu semua ahli keluarganya berkumpul dihospital. Mat Rambo pun turut dtg menziarahi arwah jirannya itu.

Mat Rambo lalu memberitahu keluarga arwah bahawa dia meminjamkan motorsikalnya kpd Mat John krn motor Mat John rosak dan berhasrat utk mengambil motornya semula.
Semua waris Mat John marah kpd Mat Rambo...

"Eh... masa dia mati, motor tu arwah bawak. Jadi motor tu arwah punya la, kenapa engkau nak ambik pulak!!! Sekarang ni kira kami pnya la pasal kami anak2 arwah!!"
...
...
...
...

Macam tak logik kan cerita kat atas kan?
Takkan keluarga waris2 Mat John sampai begitu jahil nak ambik hak Mat Rambo pulak...?
TAPI ITU YG BERLAKU DLM MASYARAKAT KITA SEKARANG!!!

Harta yg kita miliki semua milik Allah subhanahu wa ta'ala...

Tapi bila seseorang meninggaldunia, kenapa masih ramai yg berebut seolah harta2 peninggalannya milik arwah utk diagih sesuka hati oleh waris2?

Kenapa masih ramai yg tak teringat utk pulangkan balik kpd Tuanpunya yg asal dan agih ikut peraturan yang telah ditetapkanNya?

Kenapa ramai yg sanggup mengabaikan FARAID sedangkan itu peraturan Pemilik alam ini?
Pulangkan balik. Takda apa yg ada pada kita ni milik kita... semua pinjaman...



Ibnu Akmal
13 Ramadhan 1438H
8 Jun 2017M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan