Khamis, 15 Jun 2017

Info PUSAKA: Harta Pusaka - Akibat Waris Buat Tak Kesah


*Perkongsian dr seorang sahabat peguam syarie*...
==========================================

Diingatkan semasa perbicaraan harta pusaka waris2 perlu hadir semasa perbicaraan dan ketahui bahagian yg diperolehi. Ini penting jika melibatkan waris yg ramai dan berlapis.
Jika ada pemohon harta pusaka yg tidak dedahkan atau mengelak untuk dedahkan maklumat terperinci, anda perlu selidik sendiri.

Jika ianya melibatkan hak mak ayah kita (sbg ahli waris), anak2 perlu pro aktif ambil tahu...ambil tahu ye, jgn cari gaduh tak tentu pasal. Kalau tak betul...suarakan.
Kenapa nak ambil tahu bahagian mak ayah?

Esok nanti bahagian mak ayah ni lah, anda akan jadi pewarisnya (selepas dia org meninggal dunia)

Kenapa saya timbulkan hal ni?

Ada kes dimana perintah pembahagian harta pusaka telah diperolehi bertahun2 lamanya,  lepas tu baru waris2 nak ambil tahu, sebab? nak buat rumah....nak submit pelan perlukan geran.....sedar2 pembahagian tak betul sedangkan nama2 bahagian waris2 telah dimasukkan dalam geran. Sekarang dah peringkat cucu cicit dah.

Boleh tak kami nak rombak balik perintah yg dulu, sebab kami tak puas hati, bhg mak kami dikira silap?

Perintah pembahagian harta pusaka hanya boleh dirayu dalam masa 14 hari sahaja jika anda tidak berpuas hati cara pembahagian.

Perlanjutan tempoh rayuan boleh dibuat, tapi mestilah mempunyai sebab yg kuat dan perlu dibuat segera....

AKIBATnya...

1. Bila dah masuk nama waris dah tak boleh undur..tempoh dah luput utk rayuan....

2. Kesilapan pemohon (yg berniat menipu) itu akan dia tanggung sehinggalah hari pengadilan.

3.  Kalau menyesal pun (bg pemohon yg menipu) dah tak guna...nasi dah menjadi bubur
.
4. Nak minta maaf mcm mana yg menipu dan yg ditipu pun telah meninggal dunia...akibatnya memberi kesan kpd waris sekarang...

Minta Allah perlihara kita dari terjebak dalam hal sebegini....


Semoga bermanfaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan