Ahad, 29 Oktober 2017

RUGI SERTAI TAKAFUL?

Ramai yang kata kat aku: 
"Rugi masuk takaful pasal dah lama bayar tapi tak pernah claim pun..."

Aku kata: 
"Laaa... tak claim la untung tuan."

Penanya:
"Untung apanye? Bayar tiap-tiap bulan, tapi tak pernah dapat manfaat pun dari apa yang dibayar..."

Aku:
"Banyak untungnya tuan...

Pertama, itu menunjukkan Allah masih bagi nikmat sihat dan selamat kepada tuan. Untung tak?

Kedua, tuan tak claim. Bermakna pelaburan tuan dalam sumber yang halal masih diteruskan. Untung tak?

Ketiga, tuan tak claim tapi ada orang lain claim. Itu menunjukkan derma tuan dalam 'dana tabarruk' dah mula dimanfaatkan oleh orang yang claim tu. Kan ke dapat pahala? Untung tak?

Keempat. Asbab dari derma tuan tu, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan orang yang claim tu merasa gembira kerana dia boleh menjalani pembedahan atau dirawat di hospital dan sebagainya. Kan ke menggembirakan orang lain tu dapat pahala? Tuan untung lagi kan?

Kelima, asbab dari derma tuan, seorang doktor telah berjaya menjalankan khidmatnya kepada masyarakat. Eh... dapat pahala lagi. Untung lagi kan?

Laaa... banyaknya untung. Seolah rugi seringgit, UNTUNG SEJUTA...

Tak kira lah untuk apa kita guna duit kita. Melabur dalam saham BSKL ke, saham amanah ke, skim cepat kaya ke, sertai takaful ke, beli hartanah ke... kalau fikir untung dunia semata-mata memang tak akan 'untung'.


Tapi kalau fikir 'untung' akhirat... in shaa Allah tak akan rugi..."

Tapi kalau masa sign dulu memang niat tuan nak claim semata-mata... tak teringat nak tolong orang. Memang tak dapat la pahala tu. PATUT LA ALLAH TANAM RASA RUGI...
.
.
.
.
.
Muhasabah diri... Betui tak masa tuan2 sign takaful niat nak claim atau nak masuk hospital pree?
Betulkan niat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan