Sabtu, 26 Mei 2018

RUGI LA MASUK TAKAFUL... Episod 2




Info PUSAKA: Lagi bab rugi masuk Takaful...


Ada yang kata:
"Rugi masuk takaful pasal dah lama bayar tapi tak pernah claim pun..."

Aku kata: 
"Tuan betul... Ramai yang ambik takaful memang rugi belaka!!!"

Penanya:
"Ehhh... encik promote takaful, apasal encik pulak kata rugi?..."

Aku:
"Ye la tuan... ramai yang bagitau kat tuan, takaful tu protection, protection, protection! Financial protection... perlindungan kewangan!
Jadi masa tuan sign borang takaful tu, yang bermain di fikiran tuan ialah nak jimat DUIT! Nak claim DUIT! Nak tinggal kat keluarga, DUIT! Nak ada tabungan tambahan, pun DUIT!... DUIT! DUIT!DUIT!”
Kemudian.. ramai yang kata... kena ingat keluarga... kesian depa, andainya tuan meninggaldunia keluarga tiada sumber pendapatan. Jadi duit takaful ni la yang akan MENJAMIN masa depan isteri dan anak-anak tuan... maka tuan pun teringat KELUARGA...!!!”

Penanya:
"Ehhh... Salah ke teringat keluarga? Kan ke bagus, kita ingat kat masa depan depa?"

Aku:
"Saya tak kata tak bagus. Memang wajib kita merancang masa depan keluarga yang kita sayangi andainya kita meninggal dunia nanti. Tapi tetap rugi! Melainkan...”

Penanya: (muka confuse)
"TETAP RUGI... Melainkan apa encik?"

Aku:
"Bukan apa tuan... saya teringat firman Allah s.w.t dalam al-Quran:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Surah al-Munafiqun: 9)

Yang saya maksudkan 'RUGI' tu ialah begini...

Masa tuan sign borang Takaful tu ada tak teringat: YA ALLAH, ENGKAULAH YANG MAHA PELINDUNG, MAHA MENGETAHUI. AKU SIGN BORANG NI KERANA INI HANYALAH IKHTIAR AKU UNTUK MASA DEPAN KELUARGA AKU KERANA ENGKAU YA ALLAH!

Masa tuan sign borang Takaful tu ada tak teringat: YA ALLAH, ENGKAULAH YANG MAHA PELINDUNG, MAHA MENGETAHUI. AKU SIGN BORANG NI KERANA INI SEBAGAI USAHA AKU DALAM MENDOKONG MUAMALAT ISLAM HANYA KERANA ENGKAU YA ALLAH!

Ada tak tuan teringat apa yang saya katakan tadi, masa tuan sign boring takaful?”

Penanya: (senyum simpul)
"Err... takde la plak."

Aku:

"Kan? Ramai yang sign borang takaful hanya teringat DUIT dan KELUARGA ja dalam otak mereka. Mereka terlupa (bukan sengaja) tentang Allah lah sebenarnya yang maha melindungi.

Ada yang ingat 100% ada medical card kira boleh masuk hospital pree, boleh jimat duit... tengok-tengok Allah takdirkan tak boleh masuk pasal masa isi borang, tak declare penyakit... Amacam?
 
Ada yang ingat boleh claim kalau ada pembedahan, tengok-tengok Allah takdirkan tak dapat pasal penyakit tu tak cover...

Ada yang ingat boleh tinggal duit kat keluarga, tengok-tengok hutang kita lebih dari jumlah pampasan. Allah takdirkan semua pampasan buat bayar hutang ja. Satu sen pun tak dapat kat anak bini...amacam?

Mula la nak salahkan orang lain.

Kalaupun semua claim dapat, masuk hospital tak jadi masalah, pampasan dapat kat anak bini... persoalannya... TUAN DAPAT APA DI ALAM BARZAKH SANA? Pernah tanya tak soalan ni?

Cuba kalau masa mula-mula sign borang tu dah ingat kat Allah siap-siap...

Tak mustahil Allah bantu kita membuat perancangan yang terbaik kan?

Tak mustahil Allah bantu ringankan beban keluarga kita?

Tak mustahil Allah bantu mudahkan urusan kita kan?

Tak mustahil, kalau kita dah niat siap-siap kerana Allah, maka setiap kali tuan buat sumbangan dikira ibadah dan pahalanya akan disimpan sebagai bekalan selepas mati?

Kan ke ada beza antara kerana nak jimat duit dengan kerana Allah?
 
Apatah lagi kalau kita rancang siap-siap... SEBAHAGIAN DARI WANG PAMPASAN KITA NANTI, KITA WAKAFKAN UNTUK KEBAIKAN AGAMA ALLAH... SEKARANG DAPAT PAHALA, SELEPAS KITA MENINGGAL DUNIA NANTI PUN DAPAT PAHALA JUGAK, SAMPAI KIAMAT... kan?

Kan? Kan? Kan?

 

Tak kira dalam takaful ke, dalam pelaburan ke, dalam bekerja ke, berniaga ke, hatta dalam merancang pusaka sekalipun... Betulkan niat...

 

ISTIQAMAH DALAM IBADAH


Isnin, 21 Mei 2018

Salam 5 Ramadhan : Tarbiyah Puasa... SABAR


Salah satu tarbiyah puasa adalah SABAR. 

Sabar dalam ruang lingkup yang luas. 

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. 

Puasa juga seharusnya, mendidik kita bersabar dengan ujian marah, malas, senang, susah, gembira, duka.

Sabar juga dengan fitnah mata, fitnah telinga, fitnah lidah, fitnah harta dan segala macam fitnah lain.

Sabar juga dalam istiqamah melakukan kebaikan dan ketaatan semata-mata kepada Allah subhanallahu wa ta'ala.

Bersabarlah... Allah bersama-sama orang yang sabar.

Jumaat, 18 Mei 2018

Salam 2 Ramadhan 1439H : APAKAH KITA SOMBONG...???




Mudahnya menjadi 'sombong' disebabkan kecuaian kita.

Kita selalu lupa Allah s.w.t., sedangkan Allah s.w.t. tidak pernah melupakan kita. 
Banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita. Setiap saat, setiap masa. Sehingga kita lupa, nikmat itu juga adalah ujian. 
Ramai yang diuji dengan kesusahan dan berjaya mengatasi kesusahan tersebut.
Namun terlalu ramai yang tewas dengan ujian kesenangan. Lupa bahawa setiap rezeki, masa, harta dan keluarga yang dimiliki, bukanlah milik kita pada hakikatnya, bahkan segala-galanya milik Allah s.w.t. 
Angkara cuai dan lupa, kita engkar untuk membahagikan harta pusaka peninggalan si mati mengikut hukum syarak (faraid).
Angkara cuai dan lupa, kita engkar melunaskan hutang piutang si mati.
Angkara cuai dan lupa, kita ambil hak-hak waris yang lain, bahkan tanpa rasa bersalah mengambil hak anak-anak yatim.
Rajin-rajinlah mencari ilmu...

Mungkin selama ini kita 'sombong' tapi kita tidak sedar kita 'sombong'... Sama-samalah kita muhasabah diri dan segeralah bertaubat.

Khamis, 17 Mei 2018

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK



Alhamdulillah... doa kita sejak Rejab lagi semoga diizinkan untuk bertemu Ramadhan telah dimakbulkan Allah swt.

Rebutlah segala peluang dan kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita ini, untuk menggandakan amalan baik sepanjang hari. Pastinya setiap amalan baik yang kita lakukan itu akan diganjari oleh Allah swt dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Bulan yang mulia ini juga adalah bulan terbaik untuk merancang masa depan, bukan sekadar masa depan di dunia bahkan lebih penting lagi ialah masa depan di akhirat.

Banyakkan bersedekah, menolong orang, memberi makan, memberi salam, sambung silaturrahim dan pelbagai amal baik yang dituntut agama.

Semoga Ramadhan kali ini, Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa.

Amiinnn ya Rabbal ‘alamin.



Isnin, 1 Januari 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018



Info PUSAKA: Beberapa pesanan daripada Allah s.w.t. di dalam al-Quran tentang TAHUN.


“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu TAHUN, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.” 
– surah al-Baqarah (96)

“Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap TAHUN, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? 
– surah at-Tauba (126)

“Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu TAHUN dari yang kamu hitung. 
– surah al-Hajj (47)

Semoga menjadi peringatan dan semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita sepanjang tahun 2018 ini dan tahun-tahun seterusnya…


SELAMAT TAHUN BARU 2018