Sabtu, 26 Mei 2018

RUGI LA MASUK TAKAFUL... Episod 2




Info PUSAKA: Lagi bab rugi masuk Takaful...


Ada yang kata:
"Rugi masuk takaful pasal dah lama bayar tapi tak pernah claim pun..."

Aku kata: 
"Tuan betul... Ramai yang ambik takaful memang rugi belaka!!!"

Penanya:
"Ehhh... encik promote takaful, apasal encik pulak kata rugi?..."

Aku:
"Ye la tuan... ramai yang bagitau kat tuan, takaful tu protection, protection, protection! Financial protection... perlindungan kewangan!
Jadi masa tuan sign borang takaful tu, yang bermain di fikiran tuan ialah nak jimat DUIT! Nak claim DUIT! Nak tinggal kat keluarga, DUIT! Nak ada tabungan tambahan, pun DUIT!... DUIT! DUIT!DUIT!”
Kemudian.. ramai yang kata... kena ingat keluarga... kesian depa, andainya tuan meninggaldunia keluarga tiada sumber pendapatan. Jadi duit takaful ni la yang akan MENJAMIN masa depan isteri dan anak-anak tuan... maka tuan pun teringat KELUARGA...!!!”

Penanya:
"Ehhh... Salah ke teringat keluarga? Kan ke bagus, kita ingat kat masa depan depa?"

Aku:
"Saya tak kata tak bagus. Memang wajib kita merancang masa depan keluarga yang kita sayangi andainya kita meninggal dunia nanti. Tapi tetap rugi! Melainkan...”

Penanya: (muka confuse)
"TETAP RUGI... Melainkan apa encik?"

Aku:
"Bukan apa tuan... saya teringat firman Allah s.w.t dalam al-Quran:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Surah al-Munafiqun: 9)

Yang saya maksudkan 'RUGI' tu ialah begini...

Masa tuan sign borang Takaful tu ada tak teringat: YA ALLAH, ENGKAULAH YANG MAHA PELINDUNG, MAHA MENGETAHUI. AKU SIGN BORANG NI KERANA INI HANYALAH IKHTIAR AKU UNTUK MASA DEPAN KELUARGA AKU KERANA ENGKAU YA ALLAH!

Masa tuan sign borang Takaful tu ada tak teringat: YA ALLAH, ENGKAULAH YANG MAHA PELINDUNG, MAHA MENGETAHUI. AKU SIGN BORANG NI KERANA INI SEBAGAI USAHA AKU DALAM MENDOKONG MUAMALAT ISLAM HANYA KERANA ENGKAU YA ALLAH!

Ada tak tuan teringat apa yang saya katakan tadi, masa tuan sign boring takaful?”

Penanya: (senyum simpul)
"Err... takde la plak."

Aku:

"Kan? Ramai yang sign borang takaful hanya teringat DUIT dan KELUARGA ja dalam otak mereka. Mereka terlupa (bukan sengaja) tentang Allah lah sebenarnya yang maha melindungi.

Ada yang ingat 100% ada medical card kira boleh masuk hospital pree, boleh jimat duit... tengok-tengok Allah takdirkan tak boleh masuk pasal masa isi borang, tak declare penyakit... Amacam?
 
Ada yang ingat boleh claim kalau ada pembedahan, tengok-tengok Allah takdirkan tak dapat pasal penyakit tu tak cover...

Ada yang ingat boleh tinggal duit kat keluarga, tengok-tengok hutang kita lebih dari jumlah pampasan. Allah takdirkan semua pampasan buat bayar hutang ja. Satu sen pun tak dapat kat anak bini...amacam?

Mula la nak salahkan orang lain.

Kalaupun semua claim dapat, masuk hospital tak jadi masalah, pampasan dapat kat anak bini... persoalannya... TUAN DAPAT APA DI ALAM BARZAKH SANA? Pernah tanya tak soalan ni?

Cuba kalau masa mula-mula sign borang tu dah ingat kat Allah siap-siap...

Tak mustahil Allah bantu kita membuat perancangan yang terbaik kan?

Tak mustahil Allah bantu ringankan beban keluarga kita?

Tak mustahil Allah bantu mudahkan urusan kita kan?

Tak mustahil, kalau kita dah niat siap-siap kerana Allah, maka setiap kali tuan buat sumbangan dikira ibadah dan pahalanya akan disimpan sebagai bekalan selepas mati?

Kan ke ada beza antara kerana nak jimat duit dengan kerana Allah?
 
Apatah lagi kalau kita rancang siap-siap... SEBAHAGIAN DARI WANG PAMPASAN KITA NANTI, KITA WAKAFKAN UNTUK KEBAIKAN AGAMA ALLAH... SEKARANG DAPAT PAHALA, SELEPAS KITA MENINGGAL DUNIA NANTI PUN DAPAT PAHALA JUGAK, SAMPAI KIAMAT... kan?

Kan? Kan? Kan?

 

Tak kira dalam takaful ke, dalam pelaburan ke, dalam bekerja ke, berniaga ke, hatta dalam merancang pusaka sekalipun... Betulkan niat...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan