Selasa, 21 Ogos 2018

*Info PUSAKA: Urus Pusaka Tak Susah, Tapi Tak Semudah Yang Disangka*


 

 

السلام عليكمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 
 
Kita biasa merancang. Boleh dikatakan setiap hari kita.Merancang perjalanan ke tempat kerja, ke rumah kenduri.
Merancang pelaburan sewaktu persaraan, merancang pendidikan utk masa depan anak2 dan lain2.
Namun agak kurang di kalangan kita yang MERANCANG PUSAKA. 
Mungkin disebabkan pola pemikiran kita yang mengaitkan harta tidak bawa ke mati, maka amalan merancang pusaka tidak menjadi keutamaan, bahkan dianggap tidak penting.


Tapi sebenarnya kita sedia maklum, masalah pusaka banyak berlaku di kalangan masyarakat kita. Bahkan sama ada sedar atau tidak, suka atau tidak, ianya berlaku di kalangan keluarga kita.
Mengurus tadbir harta pusaka tidaklah susah, tapi tidaklah semudah seperti yang disangka.


 
Banyak kerenah birokrasi yang terpaksa ditempuh, bergantung kpd jumlah pusaka yg ditinggalkan. 
Banyak juga wang yang diperlukan untuk mengurus pusaka, juga bergantung kpd jumlah harta yang ditinggalkan.
Tak kurang juga kerenah, perangai, emosi dan sikap waris2 yang terpaksa ditangani. Tak termasuk kerenah 'penasihat2' pihak ketiga yang 'nampak pandai' tetapi sebenarnya 'tidak bijak' dalam menguruskan pusaka, disebabkan kurangnya ilmu berkenaan hal tersebut.
 
 
 
Sepertimana pentingnya merancang kehidupan sekarang, sebenarnya *LEBIH PENTING MERANCANG KEHIDUPAN SELEPAS MATI*, salah satu daripadanya ialah *mengelakkan waris2 terbeban dgn kerenah pengurusan/pentadbiran membahagi harta pusaka*.
 
Penat lelah kita mengumpul harta, tentunya untuk manfaat waris2 ataupun individu2 tertentu yang kita sayangi.
*ADAKAH ANDA MAHU HARTA YANG ANDA 'TINGGALKAN' MENJADI BEBAN KEPADA PASANGAN, IBUBAPA DAN ANAK-ANAK ANDA?*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan