Jumaat, 5 April 2019

BATAS-BATAS LUNAK DALAM BERDAKWAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Tahukah kita bahawa Rasulullah pernah bersikap lunak terhadap bangsa Yahudi yang sangat memusuhi baginda serta dakwah baginda? Bukan lunak biasa-biasa. Bukan lunak seperti konsep rahmatan lil a'alamin sahaja. Bahkan lunaknya Nabi terhadap Yahudi sehinggakan Nabi berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya qiblat umat Islam dialih daripada Masjidil Haram di Mekah kepada Masjidil Aqsa di Palestin.
2) Maka atas permintaan kekasih-Nya, Allah S.W.T memperkenankan doa baginda. Bermula saat itu, qiblat umat Islam adalah Masjidil Aqsa di Palestin. Masjidil Aqsa (Jerusalem) adalah tempat suci orang-orang Yahudi dan Kristian. Tujuan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat umat Islam adalah untuk melembutkan hati orang-orang Yahudi supaya menerima ajaran Islam serta mengakui kerasulan baginda.
3) Naratifnya, apabila lunak sebegitu, orang-orang Yahudi dijangka akan rasa mereka dihargai kerana tempat suci mereka menjadi qiblat kepada umat Islam. Harapannya mereka akan berlembut hati mendekati dakwah Nabi dan menerima Islam dengan ikhlas dan rela hati.
4) Namun apa yang dijangka oleh Nabi tidak berlaku. Bukan sahaja orang-orang Yahudi tidak endah sedikit pun dengan qiblat baru umat Islam itu, malah mereka mengejek-ejek pula umat Islam kerana dikatanya umat Islam bodoh menuruti Nabi Muhammad - kerana akhirnya sujud kepada tempat suci orang-orang Yahudi juga.
5) Ditertawa, disindir, dipermainkan oleh Yahudi - membuatkan Nabi kita tidak senang duduk. Dadanya bagaikan sempit. Setiap hari beliau mendongak ke langit, tetnanti-nanti apakah akan turun wahyu untuk membantu baginda menghadapi keluh-kesah tersebut.
6) Jika Nabi berdoa memohon supaya Allah alihkan semula qiblat ke Masjidil Haram, pastilah Allah akan memakbulkannya. Tetapi baginda tidak berdoa, kerana berasa malu kepada Allah disebabkan baginda jugalah yang berdoa meminta dialihkan qiblat ke Masjidil Aqsa.
7) Setelah sekian lama berhari-hari menanti, akhirnya turunlah wahyu kepada baginda, surah al-Baqarah ayat 144:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit" (Yakni dengan melihat ke langit).
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ
"maka sungguh Kami akan memalingkan kamu" (Yakni Kami akan menghadapkanmu ke kiblat yang engkau sukai.)
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ
"Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (Yakni menghadaplah dalam sholatmu ke arah Ka’bah.)
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
"Dan dimana saja kamu berada, paingkanlah muka ke arahnya" (Yakni dimanapun kalian berada menghadaplah kalian ke arah Ka’bah.)
8 ) Maka sejak peristiwa beralihnya kiblat ke Masjidil Haram semula, qiblat umat Islam adalah Masjidil Haram sehingga hari ini. Manakala umat Yahudi still tidak berubah, menerukan penentangan demi penentangan, pengkhianatan-demi pengkhianatan terhadap rasulullah dan dakwah baginda.
9) Apa yang kita dapat ambil iktibar daripada kisah ini? Ya bersikap lunak itu boleh untuk melebarkan dakwah.Tetapi tidak semua sikap-sikap lunak kita akan diterima oleh golongan yang memusuhi kita. Habis kita bergadai hak-hak kita semata-mata untuk tujuan dakwah, tetapi jika mereka tetap berkeras, tidak wajar untuk kita terus berlunak menggadai prinsip kita lagi.
10) Kita berlembut menggadaikan hak-hak kita atas nama dakwah. Tetapi mereka merebut hak-hak yang kita gadaikan itu atas nama peluang. Kita berkawan dengan mereka atas prinsip rahmatan lil 'alamin, tetapi apa sebenarnya pula prinsip mereka berkawan dengan kita? Ia tidak lebih daripada peluang-peluang yang ada untuk mereka.
11) Sedar atau tidak, kita terbuai dengan prinsip-prinsip 'baik' dan 'cantik' yang mereka perjuangkan. Sedangkan kita lupa atau sengaja tutup sebelah mata akan agenda sebenar mereka yang berjalan secara halus. Prinsip-prinsip baik dan cantik itu hanyalah alat untuk mengasyikkan kita.
12) Jika kita rasa sesak di dada, gundah gulana, malu untuk meluahkan rasa, usahlah membuang masa menanti. Palingkanlah wajah anda daripada mereka. We don't need to entertain such peoples. Wake up and face the reality.
Sekian

############################################
Artikel di atas adalah tulisan Dr Tanaka Mustafa, seorang penulis bebas di media sosial.
SEKADAR MENGAMBIL MAKLUMAT DAN PENGAJARAN DARI ISI TULISANNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan