Aktiviti dan Berita

Image may contain: one or more people and indoor
Perkongsian petang Ahad, 10 Dis 2017. Program Penutup Kursus Haji Masjid An- Nur, Kg Titi Teras, Balik Pulau. - Ramai yang tak tau beli emas secara trade-in (tukar emas lama dgn yg baru, yang tak sama timbangan) adalah riba.
 - Ramai yg tak tau penama dalam kwsp, tabung haji dsb adalah sebagai wasi (pentadbir) saja dan wajib membahagikan wang dr sumber tersebut menurut faraid.
 - Ramai yg tak tau anak angkat tiada hak faraid dlm pusaka ibubapa angkatnya dan sebaliknya.


 Cerita pagi Ahad, 26 Nov 2017… Masjid an-Nur, Kg Titi Teras, Balik Pulau. - Merancang pusaka: untuk kebahagian waris yang masih hidup di dunia dan untuk kesejahteraan kita ‘selepas mati’.
- Faraid sebagai panduan menentukan kaedah merancang pusaka.
- Wasiat dan Hibah, jangan sampai ada pihak yang terguris hati.
- Takaful bukan semata-mata pampasan.
 
#####################
 


Satu lagi pencapaian Takaful IKHLAS Berhad...

Artikel dipetik dari http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1176158

++++++++++++++++++++++++++

Promosi Perancangan Pusaka Islam

Program Kemerdekaan 2015
Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang
8 September 2015






 
><><><><><><><><><><><><><><><

Sesi Perkongsian Ilmu: Merancang Pusaka - Apa Yang Selama Ini Anda Terlepas Pandang?

Jumaat, 24 Julai 2015
         
Pejabat KWSP Seberang Jaya, Pulau Pinang.





# # # # # # # # # # # # # # # # # #
 

Perkongsian Ilmu: INTEGRITI: Kaitannya dengan Perancangan Pusaka Islam.

Khamis, 9 April 2015 di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, Pulau Pinang.





 

******************************************************

Perkongsian Ilmu: Wasiat - Salah satu kaedah Perancangan Pusaka Islam.


 
Kem Rejiman Perhubungan Strategik, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
16 Mei 2014.
 
Terima kasih kepada warga tentera kem yang hadir dan yang berusaha menjayakannya.
 

#####################################################

Perkongsian Ilmu: Perancangan Pusaka Islam, kenapa penting?

Tempat   : Auditorium A, KOMTAR
Tarikh    : Jumaat, 1 Nov 2013
Penganjur : Persatuan Islam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Alhamdulillah... Sesi perkongsian ilmu berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Antara yang dikongsikan ialah:
a) Kepentingan merancang pusaka & masalah yang kemungkinan besar bakal dihadapi sekiranya tidak merancang;
b) Asas FARAID;
c) Sedikit maklumat berkenaan RIBA;
d) Kaedah pencegahan masalah & instrument perancangan pusaka Islam iaitu WASIAT, PEMEGANG AMANAH, HIBAH dan TAKAFUL.

Kebanyakan maklumbalas memberi komen masa yang diperuntukan iaitu 2 jam tidak mencukupi kerana masih banyak maklumat berkenaan perancangan pusaka Islam tidak dapat difahami.

 






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Takaful IKHLAS berlandaskan syariah sepenuhnya


by Agnes Tugong. Posted on October 4, 2013, Friday


SUMBANGAN: Abang Johari (lima kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama wakil penerima sumbangan daripada Takaful IKHLAS sempena perasmian premis baharu pejabat wilayah di Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostapa

KUCHING: Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) berjaya mengikis kesangsian masyarakat khasnya umat Islam terhadap polisi perlindungan insurans yang 100 peratus berlandaskan syariah.
Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Takaful IKHLAS menawarkan produk takaful yang baik dari sudut menguruskan kewangan.
Contohnya, takaful pendidikan serta perubatan dan kesihatan yang mana dua perkara ini merupakan aspek penting kepada masa depan setiap individu tanpa mengira latar belakang dan usia.
“Sebagai sebuah syarikat perlindungan yang menawarkan produk 100 peratus berlandaskan syariah yang baharu berusia 10 tahun, saya berbangga melihat pencapaian syarikat mencatat perolehan yang amat baik pada tahun kewangan berakhir Mac 2013 lalu.
“Namun masih ramai lagi rakyat di negeri ini yang belum terdedah secara langsung dengan produk-produk yang 100 peratus berlandaskan syariah.
“Sehubungan itu langkah yang diambil oleh Takaful IKHLAS dengan perpindahan ke tapak perniagaan sendiri menunjukkan komitmen tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat terhadap produk takaful,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perasmian Premis Baharu Pejabat Takaful IKHLAS Wilayah Sarawak di Jalan Kulas, di Satok di sini semalam.
Mengulas mengenai pemilihan Satok sebagai lokasi bagi syarikat menempatkan pejabat baharunya, Abang Johari berkata pembangunan pesat Satok sebagai lokasi institusi kewangan sudah pasti menjadi kriteria dalam pembukaan pejabat baharu itu.
Bermula dengan Bank Negara serta pelbagai jenis institusi perbankan yang lain serta insurans takaful, Satok katanya sudah pasti menjadi lokasi tumpuan kepada kewujudan pelbagai bentuk syarikat termasuk perlindungan takaful.
Malah katanya, beberapa kawasan berdekatan seperti Matang, Batu Kawa, Stutong, Tabuan Jaya, Batu 10 sehingga ke Kota Samarahan dan Serian dijangka akan terus berkembang dengan populasi penduduk sekitar 800,000 orang menjelang tahun 2020.
Pertumbuhan pesat ini katanya, sudah pasti akan memberi impak positif kepada penyedia takaful seperti Takaful IKHLAS dalam menampung permintaan yang tinggi daripada pelanggan termasuk dalam bidang perkhidmatan, pelancongan, pembuatan dan sebagainya.
Dalam pada itu premis baharu yang terletak di Jalan Kulas, Satok itu merupakan cawangan keempat Takaful IKHLAS yang dibuka pada 2007 bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada setiap kakitangan dan pelanggannya.
Takaful IKHLAS mempunyai 1.8 juta pemegang polisi berdaftar yang diselenggarakan oleh lebih 5,000 ejen dari seluruh Malaysia  yang memasarkan lebih 80 produk terdiri daripada pelbagai jenis produk takaful am dan takaful keluarga.
Mula beroperasi pada Julai 2003, Takaful IKHLAS merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB.
Syarikat turut mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Artikel dipetik dari: http://www.theborneopost.com/2013/10/04/takaful-ikhlas-berlandaskan-syariah-sepenuhnya/
 

#####################################################

Perkongsian Ilmu:

Membongkar RAHSIA Perancangan Kewangan yang BIJAKSANA dengan Takaful IKHLAS

 


Sesi Perkongsian Ilmu bersama-sama warga kerja LHDN Pulau Pinang di Hotel Cititel, Pulau Pinang pada Selasa & Rabu, 24 & 25 September 2013.

Pengisian taklimat:
1) Mengenalpasti ASAS PERANCANGAN KEWANGAN YANG LENGKAP.
2) HUTANG menurut perspektif Islam.
3) Merancang Kewangan dengan Takaful IKHLAS.
4) Mengenalpasti suatu KAEDAH ‘ALTERNATIF’ untuk mencapai matlamat berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat yang diajar kepada orang lain, dan anak soleh yang mendoakannya.''
 Hadith riwayat Muslim



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekolah Kebangsaan Pulau Betong,
Balik Pulau, Pulau Pinang

Sesi Perkongsian Ilmu "Faraid - Masalah & Penyelesaian" di SK P. Betong, Balik Pulau pada 23hb Ogos 2013, 3pm - 5++pm.
 






Antara yang dikongsi:
1) Faraid sebagai panduan Merancang Pusaka
2) Kepentingan & Masalah yg berkaitan dgn Faraid
3) Penama dalam KWSP, Tabung haji, Takaful dll HANYA berfungsi sbg pentadbir harta & bukannya pemilik harta......

4) Kaedah Perancangan Pusaka spt Wasiat, Pemegang Amanah, Harta Sepencarian & Hibah
5) Sedikit berkenaan RIBA - dlm urusniaga emas (baru depa tau selama ni depa terilibat dgn riba secara tak sengaja...)
6) Kelebihan HIBAH di Takaful IKHLAS.

Sangat berharap dapat berkongsi dgn cikgu2 & warga kerja di sekolah2 lain.

#######################################################

PERKONGSIAN ILMU:
'FARAID - MASALAH DAN PENYELESAIAN'
DI PEJABAT
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
WILAYAH UTARA


Perkongsian Ilmu: 'FARAID - MASALAH DAN PENYELESAIAN' di Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia Wilayah Utara pada 21hb Jun 2013.

Suatu pencerahan tentang cara melihat FARAID dalam satu perspektif yang lebih luas, sebagai satu kaedah merancang pusaka supaya harta yang kita cari boleh memanfaatkan kita sebelum dan selepas mati.

Syukur Alhamdulillah sesi perkongsian ilmu berjalan lancer. Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia Wilayah Utara kerana memberi keizinan kepada saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang dikurniakan Allah.
 

Warga kerja LLM Wilayah Utara berpeluang menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu pada 21hb Jun 2013 (Jumaat) jam 4:00 petang. Semoga sesi tersebut membuka minda tentang pentingnya Faraid dan Perancangan Pusaka Islam.

Sekiranya ada Jabatan atau Organisasi di bahagian utara Malaysia yang berminat untuk menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Perancangan Pembahagian Harta Pusaka Islam (FARAID, WASIAT, HIBAH, AMANAH dan SEUMPAMANYA), sila hubungi 019-472 6752.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 
Taklimat Perancangan Harta Pusaka Islam di
Wisma TNB Jalan Anson George Town Pulau Pinang
pada 13 Oktober 2011

Alhamdulillah... 'Feedback' dari para peserta amat memberangsangkan. Program yang sepatutnya berlangsung selama sejam bermula jam 3:30 petang, berakhir pada hampir-hampir jam 6:30 petang.
Kebanyakan para peserta memberi komen program seumpama ini patut diteruskan di masa-masa akan datang kerana ramai di kalangan masyarakat yang masih tidak jelas berkenaan perancangan harta pusaka Islam (Faraid, Wasiat, Harta Sepencarian dll).

Kepada sebarang kumpulan, pertubuhan, persatuan, jabatan ataupun perseorangan yang ingin menganjurkan
sesi Taklimat Perkongsian Ilmu berkaitan Perancangan Harta Pusaka Islam di sekitar wilayah Utara diharap dapat menghubungi saya di talian 019-472 6752 atau e-mel
muzafar@pintarpusaka.com

~~~~~~~~~~~~~~~~{}~~~~~~~~~~~~~~~~


SEMINAR PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM anjuran AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD


Ringkasan Ceramah Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd. Majid, Timbalan Dekan di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa merangkap salah seorang dari Lembaga Pengawasan Syariah As-Salihin Trustee Berhad, di SEMINAR PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM yang telah diadakan di Hotel Sunway Seberang Jaya, pada 18 Jun 2011 yang lalu.


Erti sebuah kematian:
 Kematian sebenarnya hanyalah sempadan di antara hidup di dunia dan hidup di akhirat
 Jangan takut kepada mati, tetapi takutlah kepada apa yang munkin berlaku selepas mati
 Bila kematian berlaku semua riwayat hidup di dunia berakhir, dan riwayat hidup di akhirat pun bermula
 Segala urusan dunia perlu diselsaikan kerana hidup di akhirat akan bermula

Dalam kesibukan hidup, ramai orang terlupa untuk merancang untuk mati:
 Kerana lalai dan benar-benar terlupa
 Kerana sangat mengharapkan untuk terus hidup
 Kerana tidak berminat untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak disukai

Keperluan kepada Wawasan Dunia dan Wawasan Akhirat
 Wawasan dunia untuk kaum keluarga yang akan ditinggalkan
 Wawasan akhirat untuk diri sendiri

Berdasarkan kepada hadis Rasulullah, mati memutuskan semua hubungan dunia, tiada apa yang boleh dibawa dari dunia ke akhirat kecuali tiga perkara:
 Ganjaran khidmat bakti
 Keilmuan yang menghasilkan kebaikan
 Keturunan yang baik-baik yang akan terus berdoa untuk nya

Harta tidak akan dibawa ke akhirat
 Sakit tenat melucutkan kuasa mengurus terhadap 2/3 harta
 Mati melucutkan semua sekali kuasa pengurusan terhadap harta

Maksud harta peninggalan ialah harta yang tidak ada kaitan dengan apa-apa hak tuntutan keatas nya
 Setelah ditolak keperluan keagamaan
 Setelah diselesaikan komitmen sebelum mati
 Secara otomatis menjadi milik keluarga (setelah difaraidkan)

Faraid adalah kaedah pengagihan harta peninggalan (pusaka)
 Satu skim yang sendat
 Berasaskan realiti yang ideal

Tiada paksaan dalam melaksanakan faraid:
 Apabila berhadapan dengan realiti yang kurang ideal
 Apabila mempunyai keperluan khusus untuk dipenuhi
 Apabila mempunyai sikap tertentu terhadap pengagihan
 Apabila mempunyai selera tertentu untuk dilayani
 Apabila mempunyai masalah tertentu untuk diatasi

Islam menawarkan alternatif sebelum kaedah faraid terpaksa dilaksanakan
- Harta itu boleh dihibahkan (perlaksanaan sebelum mati)
- Harta itu boleh diwasiatkan (perlaksanaan selepas mati)

Semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau memberi manfaat kepada kita. Jutaan terima kasih Prof...

Rancanglah pembahagian harta pusaka anda sekarang, sila hubungi 019 - 472 6752.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PROMOSI PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM
di
KARNIVAL KELUARGA SIHAT KELUARGA BAHAGIA
anjuran
Y.B. TUAN HAJI ABDUL MALIK KASSIM
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (N37 Kawasan Batu Maung)
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
pada 17 Mei 2011 (Selasa), 8:30 pagi - 2:00 petang
bertempat di Padang Bola Seri Delima, Sungai Ara, Pulau Pinang

 Menerangkan sesuatu berkenaan harta pusaka Islam kepada Y.B. Dato Mansor bin Hj Othman

Taklimat Perancangan Pembahagian Harta Pusaka Islam

Ketahui kepentingan FARAID di dalam perancangan pembahagian harta pusaka dan kaitannya dengan Dana KWSP, ASB, TAKAFUL dan lain-lain. Adakah dengan meninggalkan wang di sumber-sumber tersebut akan melepaskan kita dari tanggungjawab terhadap keluarga?
Ketahui kesan dan akibatnya terhadap institusi keluarga jika sistem ini diabaikan. Adakah kita bebas dari azab siksa akibat kelemahan kita merancang pembahagian pusaka?
Ketahui kaedah-kaedah perancangan harta pusaka Islam yang boleh digunakan bagi mengelakkan waris menanggung dosa memakan hak waris yang lain. Apakah tindakan anda?
 
 

Sila hubungi 019 - 472 6752 untuk maklumat lanjut.


#####################################

SERTAI TAKAFUL UNTUK FAEDAH BERSAMA
Hashim Abdullah ; Harakahdaily.net

TEMERLOH, 7 Julai: PAS Pahang hari ini telah membuat perjanjian persefahaman (MoU) dengan Takaful Ikhlas bagi menarik penyertaan ahlinya dalam skim yang disediakan bagi faedah bersama.

Perjanjian tersebut telah dibuat di pejabat PAS negeri di sini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bendahari, Musanif Abdul Rahman bertindak mewakili PAS negeri sementara pihak Takaful Ikhlas pula diwakili ejen dan pengurus unitnya, Abdul Majid Hassan dan Abdul Rahim Sulaiman.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya berharap skim yang ditawarkan dapat menarik minat penyertaan ahli dan penyokong PAS kerana ia boleh mendatangkan faedah bersama.

“MoU yang kita adakan hari ini diharapkan dapat memberikan manfaat bersama dan saya harapkan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Abdul Rahim pula berkata, tawaran yang diberikan pihaknya akan dapat melahirkan situasi menang-menang supaya kedua-dua belah pihak dapat faedah daripada penyertaan ahli di dalam skim yang ditawarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan