AMANAH HAYAT

AMANAH HAYAT

Secara Bahasa : Bermakna al-wafa’ (memenuhi) dan wadi’ah (titipan).
Secara Definisi : Seorang muslim memenuhi apa yg telah di amanahkan
kepadanya.

Hal ini didasarkan pd firman ALLAH SWT :
“Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
Amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
Menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
Dengan adil.” (Surah An-Nisa : 58)

Ciri-ciri Utama AMANAH:
• Setlor
• Pemegang Amanah
• Surat ikatan Amanah
• Benefisiari
• Harta Amanah

SETLOR
• Merujuk kepada Orang yang membuat amanah dengan memindahkan aset kepada pemegang amanah
• Setlor mestilah menyempurnakan amanah dan mesti melakukan apa-apa yang dia berkuasa lakukan untuk memindahkan aset amanah tersebut kepada pemegang amanah

PEMEGANG AMANAH
• Individu atau syarikat yang menerima aset daripada setlor yang bertanggungjawab mentadbir harta amanah untuk kepentingan benefisiari.
• Pemegang amanah menjadi pemilik aset yang sah tetapi dia tidak boleh menggunakannya untuk kepentingan dirinya.

SURAT IKATAN AMANAH
• Dokumen bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang menyatakan pemegang amanah memegang aset yang dibuat amanah.
• Dokumen yang ada peruntukkan luas untuk memastikan pemegang amanah mempunyai kuasa untuk menunaikan hasrat setlor dan untuk menjaga kepentingan benefisiari.
• Bersifat tidak boleh di batalkan.
* Terma dan syarat-syarat dalam Surat Ikatan Amanah mestilah tidak bertentangan dengan Syariah

BENEFISIARI
• Terdiri daripada individu (termasuk setlor), kumpulan perseorangan atau badan korporat yang akan dan boleh (layak) mendapat manfaat daripada amanah yang dilakukan.
• Mereka tidak perlu dinamakan tetapi mereka mestilah boleh dikenali dan boleh ditentukan

HARTA AMANAH
• Harta amanah mestilah bernilai di sisi syara’
• Settlor mempunyai kuasa yang sah untuk melupuskan harta
• Harta amanah mestilah harta milikan penuh.
• Harta amanah bukan lagi harta pusaka dan settlor tidak lagi mempunyai kuasa milikan ke atasnya.
• Akan di pindahkan kepada pemegang amanah semasa hidup.




CIRI-CIRI AMANAH HAYAT
Harta yang telah dibuat amanah akan menjadi milik pihak yg memegang harta amanah jadi ia bebas daripada kepentingan orang lain KECUALI orang yang mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut. (benefisiari)

KELEBIHAN MEMBUAT AMANAH HAYAT
• Harta amanah bukan harta pusaka setlor.
– Tidak terbeku selepas kematian setlor
– Tidak perlukan perintah mahkamah untuk mentadbir
– Ia berkuatkuasa segera mengikut terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah
• Terkecuali daripada tuntutan pemiutang
• Bebas daripada hukum faraid
• Tidak tertakluk kepada peraturan satu pertiga
• Hak benefisiari terselamat dan terpelihara
• Tenang fikiran

DALAM KEADAAN MANAKAH AMANAH HAYAT DIBUAT?
 Setlor yang mempunyai anak golongan istimewa.
 Ingin membuat pemberian atas tujuan tertentu.
 Inginkan supaya benefisiari mendapat harta tersebut selepas satu tempoh yang tertentu seperti yang telah di tetapkan di dalam surat ikatan amanah.
 Sesuai setlor yang mahu menyerahkan tanggungjawap kepada Pemegang amanah yang di lantik untuk menguruskan hartanya dan memastikan harta tersebut dapat di berikan kepada benefisiari yang dinamakan di dalam Amanah.

CONTOH-CONTOH AMANAH
1. Amanah Persaraan Emas
    - Amanah Persaraan Emas adalah amanah istimewa yang telah dibentuk untuk membantu orang ramai merancang persaraan mereka dengan teratur .
2. Amanah Saraan Hidup
    - Ia adalah suatu Amanah yang dibuat oleh setlor (Pembuat Amanah) untuk menyara kehidupan benefisiari (Penerima Amanah) yang tertentu.
3. Amanah Pendidikan
    - Suatu amanah yang bertujuan untuk menjaga pendidikan benefisiari yang di namakan di dalam surat ikatan Amanah (Trust Deed)
4. Amanah Pelaburan
    - Membenarkan benifisiari yang dinamakan di dalam Ikatan Amanah menerima wang pelaburan tanpa melalui proses undang-undang pentadbiran harta pusaka.
5. Amanah Insurans
    - Membenarkan benefisiari menerima wang polisi insurans secara serta merta tanpa memerlukan Probet untuk membantu mereka menyara hidup tanpa menghadapi masalah kewangan dan bertangguh.
Dua cara :
1. Penamaan AST sebagai penama
2. Penamaan as-Salihin Trustee Berhad sebagai penerima hak polisi di bawah Hibah (Absolute Assignment)

STRUKTUR BAYARAN AMANAH HAYAT
Fi Surat Ikatan Amanah dan Perlantikan as-Salihin sebagai Pemegang Amanah: RM 1000
Fi Penamaan as-Salihin sebagai Penama dalam Amanah Insuran: RM 100

CAJ-CAJ LAIN
Untuk Harta Tak Alih, masih melibatkan Duti Setem dan Fi Guaman untuk pertukaran hakmilik daripada Settlor kepada as-Salihin & as-salihin kepada benefisiari.