Amanah

Amanah adalah segala sesuatu yang dipertanggungjawabkan Allah kepada manusia untuk dilaksanakan. Amanah mempunyai kata dasar yang sama dengan perkataan iman dan aman, maka mu'min bererti yang beriman, yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah. Orang yang beriman disebut juga al-mu'min, kerana orang yang beriman menerima rasa aman, iman dan amanah. Apabila seseorang tidak menunaikan amanah bermakna ia tidak beriman dan tidak akan memberikan rasa aman, baik untuk dirinya dan sesama masyarakat sekelilingnya. Dalam sebuah hadis dinyatakan "Tidak ada iman bagi orang yang tidak berlaku amanah".

Dalam konteks hablun min allah (hubungan dengan Allah), amanah yang dibebankan Allah kepada manusia adalah Tauhid iaitu pengakuan bahwa hanya Allah yang harus disembah, hanya Allah yang berhak mengatur kehidupan manusia dan hanya Allah yang harus menjadi akhir tujuan hidup manusia, sehingga pelanggaran terhadap tauhid adalah syirik dan orang musyrik adalah orang khianat kepada Allah.

Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabi’at kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Penganpun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzaab : 72-73).

Maka dalam konteks ini ialah mengimani seluruh aspek yang termuat dalam Rukun Iman dan melaksanakan ubudiyah yang termaktub dalam Rukun Islam.

Manusia diperintah Allah untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya didasarkan kepada firman ALLAH SWT :
“Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah An-Nisa : 58).

Sifat dan sikap amanah harus dijadikan keperibadian setiap individu supaya hubungan sesama masyarakat dapat mencipta keharmonian hubungan dalam kehidupan. Dengan memiliki sikap yang amanah akan terjalin sikap saling percaya, berfikiran positif, jujur dan keterbukaan minda yang pada akhirnya akan terbentuk model masyarakat aman, damai dan sejahtera.

Dalam proses pembahagian harta pusaka, amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai setlor) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Para pemegang amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut. Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.

Sebagai sebuah syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin Trustee Berhad berusaha membangunkan perniagaan utamanya iaitu memberi Perkhidmatan Profesional mengikut prinsip Syari’ah melalui Perancang Harta Islam yang dilatih khas di dalam Perancangan Harta seperti perkhidmatan menulis Wasiat, Perkhidmatan Penyimpanan, Perlantikan Wasi, Pembahagian Harta Pusaka, disamping menyediakan khidmat amanah seperti Amanah Pendidikan, Amanah Nafkah, Amanah Korporat, Amanah Kebajikan, Amanah Insurans, Sijil Harta Sepencarian dan Dokumentasi Wakaf.

as-Salihin Trustee Berhad ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh mereka supaya orang-orang yang tersayang akan beroleh manfaat apabila mereka sudah tiada lagi, matlamat as-Salihin, adalah untuk menyediakan perkhidmatan, berkaitan perancang harta, yang berdasarkan prinsip Syari’ah.


Untuk lebih maklumat mengenai AS-SALIHIN TRUSREE BERHAD, sila layari http://www.as-salihin.com



PENGERUSITUN DATO’ DR. HAJI MOHAMED SALLEH ABAS
S.S.M, P.M.N, P.S.M, P.Y.G.P, S.P.M.T, D.P.M.T, J.M.N, S.M.T.
LLB(Hons)(Wales) of Middle Temple, Barrister.
Peguamcara Negara Malaysia 1969-1979
Hakim Mahkamah Persekutuan 1979-1984
Ketua Hakim 1984 – 1988
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Kelantan 1998 – 2000
Ahli Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia 2004– 2005

Kekuatan As-Salihin Trustee Berhad -


a) Kesemua perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan prinsip Syari’ah dan sentiasa dipantau oleh Ahli Lembaga Syari’ah yang berkaliber.

 b) Perkhidmatan kami yang disediakan adalah dengan kerjasama Rockwills International Group, iaitu syarikat penulisan Wasiat nombor 1 di Malaysia


d) Perkhidmatan sistem penulisan Wasiat yang lengkap dan pakar Perancang Harta Islam.


e) Perkhidmatan Penyimpanan Wasiat Profesional dan Sistem Perolehan Semula. Pewasiat akan diberikan CD Senarai Harta Peribadi dan Kad Identiti Penyimpanan untuk dirujuk kepada pihak syarikat sekiranya berlaku kematian atau urusan lain berkaitan dengannya.



f) Sokongan Pemasaran


g) Kesinambungan Penulisan Wasiat dan Penubuhan Kursus Amanah


h) Perancang Harta Islam yang profesional untuk membantu di dalam penulisan Wasiat dan proses penubuhan amanah dan boleh dilakukan mengikut keselesaan klien samada di pejabat dan rumah.



Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam berlandaskan Syar’iah yang disediakan ialah:

~  Perkhidmatan Menulis Wasiat

~  Perkhidmatan Penyimpanan Wasiat

~  Menjadi Wasi Dalam Wasiat

~  Pentadbiran Harta Pusaka

~  Pemegang Amanah

~  Deklerasi Harta Sepencarian

~  Penyediaan Dokumen Wakaf dan lain-lain