FARAID

 
FARAID - Pelan 'perniagaan' yang dilupakan...


Sebagai tambahan kepada pengetahuan tentang pembahagian harta pusaka Islam.





***********************************************************************




Apa Itu FARAID?

• Pembahagian yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu.
• Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam Surah an-Nisa ayat 11-12.
• Satu tatacara pembahagian yang telah di tetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta umat Islam.
• Mereka yang di sebut di dalam al-Quran di namakan sebagai golongan Ashabul Furud (waris al-Quran)


Syarat mewarisi:
  • Kematian pewasiat (simati)
  • Waris hidup pada masa kematian pewasiat.
  • Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.

Faktor penting Faraid:
  • Siapa mewarisi?
  • Berapa bahagian pewarisan?

Kadar Asas Pembahagian Faraid:
  • Suami – ½: Jika simati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; ¼: Jika simati (isteri) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Isteri – ¼: Jika simati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/8: Jika simati (suami) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah
  • Bapa – 1/6: Jika simati mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah; 1/6 + asobah: Jika simati tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan)
  • Ibu – 1/6: Jika simati mempunyai anak, @ cucu perempuan daripada anak lelaki ke bawah @ mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan); 1/3 dari keseluruhan harta: Jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak ke bawah; 1/3 dari baki harta: Jika simati meninggalkan salah seorang suami @ isteri dan bapa tanpa waris lain
  • Anak Perempuan – 1/2: Jika seorang; 2/3: Jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1
  • Anak Lelaki – 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang; Dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang; Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/pempuan) 2:1


Baitul Mal:
• Terjemahan secara bahasanya ialah Rumah Harta
• Suatu badan yang memegang dan menguruskan harta bagi orang-orang Islam setiap negeri
• Sumber pendapatan adalah daripada pungutan zakat, cukai, pewarisan harta dsb.
• Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka
• Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan tiada ada waris asabah (baki).
• Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.

Peraturan Pembahagian Harta Pusaka:
  1. Pertama, waris Ashabul Furud (Quranic Heirs) akan mendapat bahagian mereka yang ditetapkan oleh Al-Quran.
  2. Kemudian, waris Asabah (Residue Heirs) akan mendapat baki harta yang tinggal setelah waris Ashabul Furud mengambil bahagian mereka.
  3. Waris Asabah Lelaki akan mendapat semua bahagian/harta si mati sekiranya mereka bersendirian(tiada waris lain).


Peraturan Terdinding Daripada Mewarisi:
  1. Taraf pertalian yang hampir menghalang pertalian yang jauh (cth: anak lelaki MENGHALANG anak lelaki kepada anak lelaki)
  2. Orang yang terkemudian terhalang dengan kewujudan orang yang lebih awal (cth: bapa MENGHALANG abang) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu Ibu tidak menghalang saudara lelaki dan saudara perempuan.
  3. Pertalian darah penuh menghalang pertalian darah separa (cth: saudara perempuan seibu sebapa MENGHALANG saudara sebapa) terdapat pengecualian bagi peraturan ini iaitu saudara seibu tidak terhalang sama sekali)
Hilang Hak Mewarisi:
  • BERLAINAN AGAMA. Menurut Syari’ah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
  • Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.

Harta Yang Dikira Sebagai Harta Pusaka:
  • Semua barang atau benda yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara halal melalui proses jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah, atau sedekah dan sebagainya.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati.
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
  • Dividen/faedah yang diterbitkan daripada harta simati.
  • KWSP
  • Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh simati semasa hayatnya.
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya seperti perniagaan,saham,takaful dll.

Harta Yang TIDAK Dikira Sebagai Harta Pusaka:
  • Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
  • Harta yang telah dijual oleh simati.
  • Harta yang telah diwakafkan,
  • Harta yang dipegang amanah,
  • Khairat kematian,
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian,
  • Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP
  • Imbuhan,pampasan & saguhati,
  • Pencen terbitan,
  • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Thursday, 10 March 2011
USTAZ GHAZALI IBRAHIM - HARTA PUSAKA JANGAN REMEHKAN

Sedikit maklumat berkenaan FARAID

Video 1


Video 2


TAKAFUL IKHLAS MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENCIPTAAN HARTA PUSAKA YANG YANG DISEIMBANGKAN DENGAN PERANCANG HARTA PUSAKA ISLAM (HIBAH) BAGI MENGELAKKAN WARIS BERDOSA MEMAKAN HAK WARIS YANG LAIN.

AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MERANCANG PUSAKA SEPERTI PENYEDIAAN WASIAT, DEKLERASI HARTA SEPENCARIAN, PRI-HIBAH, PEMEGANH AMANAH DAN SEBAGAINYA.
Diharap video di atas dapat memberi sedikit ilmu & pengajaran. Untuk maklumat lanjut mengenai Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian dan Takaful, sila hubungi saya MUZAFAR di talian 019 - 472 6752.

atau email kepada muzafar@pintarpusaka.com

Posted by Muzafar Ghazali at 22:44 0 comments


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~