Info PUSAKA

Info Pusaka: HIBAH BERSYARAT dalam TAKAFUL…

 


 

Ramai yang pernah mendengar perkataan HIBAH, namun ada juga yang tidak pernah tahu tentangnya. Dalam ramai yang pernah mendengarnya pula tidak ramai yang benar-benar faham apa yang dikatakan HIBAH.
 

HIBAH dari segi bahasa bermaksud pemberian (al-Atiyyah). Dari sudut syarak pula ia bermaksud pemindahan hak milik harta secara percuma semasa hidup/hayat orang yang berhak terhadap harta.

Perlu difahamkan bahawa HIBAH MESTI berlaku SEMASA HIDUP.
 
Namun masih ramai yang tersilap tentangnya. Masih ramai yang menyangkakan HIBAH boleh berlaku selepas meninggal dunia.
 
Sebagai makluman, rukun HIBAH terdiri dari empat perkara:
1.    Wujudnya pemberi HIBAH
2.    Wujudnya penerima HIBAH
3.    Aqad beri dan terima – Ijab dan Qabul
4.    Wujud harta/benda yang diHIBAHkan – mesti milik mutlak si Pemberi HIBAH.

Ketiadaan salah satu daripada rukun di atas menjadikan HIBAH itu sendiri tidak sah.

Pemberian Hibah adalah dikira ‘Absolute Assignment’ iaitu TIDAK BOLEH ditarik balik kecuali daripada ibubapa kepada anaknya.
 
Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.”
H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah
 
Lalu apa pula yang dimaksudkan dengan HIBAH BERSYARAT?
 
Adakah dikira HIBAH BERSYARAT sekiranya seseorang berkata begini: “Aku hibahkan duit ini kepada engkau selepas mati dengan syarat jangan guna untuk beli motorboat.”?
 
Atau adakah kata-kata begini dikatakan HIBAH BERSYARAT… “Aku hadiahkan tanah ini tetapi dengan syarat jangan dijual sampai kiamat…”?

Kalau HIBAH tidak boleh ditarik balik, kenapa dalam takaful, pemilik sijil boleh mengubah penama benefisiari di dalam Borang HIBAH?

Dalam konsep HIBAH BERSYARAT yang terdapat dalam takaful, kefahaman peserta/pemilik takaful sangat-sangat diperlukan bagi menentukan aqad HIBAH itu wujud.
 
Kebanyakan pemohon takaful yang mengisi Borang HIBAH menyangkakan merekalah yang mengHIBAHkan wang pampasan yang berhak diterimanya.
 
Seandainya dia merasakan bahawa DIA yang mengHIBAHkan wang pampasan itu selepas mati, maka HIBAH tidak berlaku kerana dia tidak diiktiraf sebagai pemberi HIBAH disebabkan dia telah meninggal dunia.
 
Sekiranya peserta/pemohon menyangkakan beliau mengHIBAHkan wang pampasan itu kepada warisnya SEKARANG (semasa hidup), tidakkah berlaku kekeliruan kerana wang pampasan tersebut bukanlah miliknya secara MUTLAK.
 
Perlu difahamkan bahawa wang pampasan adalah sebahagian daripada sumbangan para peserta yang di dermakan dan dikumpulkan di dalam tabungan Dana Tabarru’ dan pemiliknya yang mutlak adalah syarikat pengendali Takaful yang bertindah sebagai Pemegang Amanah.
 
Kalau begitu… pada masa mana HIBAH berlaku??? Apakah yang dimaksudkan HIBAH BERSYARAT dalam takaful?
 
Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) dikuatkuasakan, para pemohon Takaful IKHLAS perlu mengisi dua borang penamaan iaitu BORANG PENAMA dan BORANG CADANGAN HIBAH.
 
Bagi orang Islam yang dinamakan di dalam BORANG PENAMA, beliau bertanggungjawab menguruskan pampasan yang diterimanya untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Faraid atau apa-apa arahan dari mahkamah sepertimana yang dinyatakan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000:
 
 Penama di dalam dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan Kesatuan Kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat.  Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan.”

Manakala penama yang dinamakan di dalam BORANG CADANGAN HIBAH, adalah dikira benefisiari dan peratusan yang ditentukan untuknya adalah dikira miliknya.
 
Setelah IFSA 2013 dikuatkuasakan, Borang Cadangan Hibah ditukar kepada BORANG PENAMAAN HIBAH BERSYARAT.
 
Saya secara peribadi lebih bersetuju dengan nama yang lama kerana konsep hibah di dalam takaful adalah lebih jelas.
 
Peserta yang ingin mengHIBAHkan pampasan yang sepatutnya difaraidkan di kalangan waris-warisnya, mesti MENCADANGKAN kepada pemegang amanah Dana Tabarru’ (Takaful IKHLAS Sdn Bhd) untuk mengHIBAHkan wang tersebut kepada penama-penama yang diletakkan di dalam BORANG HIBAH BERSYARAT tersebut, sekiranya beliau ditimpa musibah kematian.
 
Dalam hal ini, selepas berlaku kematian pemilik takaful, pemberi HIBAH bukanlah beliau sendiri tetapi pihak syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd selaku pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap Dana Tabarru’ tadi.
 
Perlu diingatkan, wang yang boleh diHIBAHkan hanyalah jumlah wang pampasan yang berhak diterimanya, manakala wang yang terkumpul di dalam akaun pelaburan peribadinya (PIA) wajib dibahagikan mengikut faraid ataupun digunakan untuk membayar hutangnya.
 
Sebagai kesimpulannya, terdapat tiga kaedah perancangan pusaka di Takaful IKHLAS, iaitu:
a.    Perlantikan penama yang akan menguruskan pembayaran hutang dan pembahagian mengikut faraid;
b.    Perlantikan Takaful IKHLAS Sdn Bhd sebagai pemegang amanah;
c.    Perlantikan benefisiari HIBAH.

Saya sangat suka mencadangkan satu perkara… manfaatkan kemudahan HIBAH ini untuk PELABURAN AKHIRAT…
 
Sekadar itu penjelasan ringkas untuk kebaikan bersama, mudah-mudahan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat. Sekiranya terdapat kekurangan, berilah tunjuk ajar kepada saya.  
 
Wallahua’lam…

Untuk maklumat lanjut sila hubungi/sms/whatsapp: 019-472 6752
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Info Pusaka: BIAR MATI DI TANAH HARAM, JANGAN MATI DI ‘TANAH HARAM’…



 

Tentu ramai yang ter’confuse’ dengan tajuk di atas. Anak saya kata “Macam ayat Tamil…”


Tapi kalau tuan/puan fikirkan betul-betul, pasti tuan akan faham maksud saya.


BIAR MATI DI TANAH HARAM bermaksud, seandainya sampai ajal kita, adalah lebih baik kiranya pengakhiran yang baik kita adalah di Makkah al-Mukarramah.


Dalam satu hadis baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, yakni sempena pembukaan Kota Suci Makkah pada tahun 8 hijrah yang bermaksud: "Sesungguhnya negeri ini (Makkah), Allah telah menjadikannya Tanah Haram (bumi yang dimuliakan) pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Maka ia (Makkah) menjadi mulia dengan kehormatan Allah sehingga hari kiamat. Maka sesungguhnya tidak dibenarkan berperang di dalamnya kepada sesiapa sebelumku. Aku juga tidak dibenarkan menutup kepalaku melainkan dalam beberapa ketika sahaja pada siang hari (pada hari pembukaan Kota Makkah)".


"Dia (Makkah) menjadi Tanah Haram dengan kehormatan Allah sehingga hari kiamat. Tidak boleh memotong tumbuh-tumbuhan, tidak boleh menangkap binatang buruan, tidak boleh mengutip barang yang tercicir melainkan orang yang mahu mengisytiharkan kepada orang ramai dan tidak boleh mencabut rumputnya" (Daripada Ibn Abbas r.a. riwayat Muslim)


Tentunya sesiapa yang akhir hayatnya ketika sedang mengabdikan diri kepada Allah di Makkah kita boleh andaikan dia mati dalam keadaan Husnul Khatimah.

JANGAN MATI DI ‘TANAH HARAM’ yang saya maksudkan ialah janganlah mati di atas tanah yang sebenarnya milik orang lain. Hak faraid ibubapa arwah suami/isteri, hak faraid anak-anak kita, hak adik-beradik kandung mahupun hak adik-beradik tiri.

Jangan mati dalam keadaan menipu atau memalsukan dokumen semata-mata ingin membolot tanah dan harta, rasuah dan menyeleweng hak orang lain.

Janganlah juga mati dalam keadaan khianat dalam amanah, apatah lagi suatu tanah yang disandarkan kepada kita sebagai pemegang amanah sahaja, tapi kita mengaku tanah itu milik kita. Apabila kita tidak menjalankan amanah tersebut maka implikasinya sangat besar, kesan dosanya juga besar dan akan bertambah besar. Bimbang menjadi ‘dosa jariyah’ hingga hari kiamat.

Zaman sekarang, kebanyakan manusia sudah tidak peduli halal haram. Membeli kemewahan dunia dengan menipu, palsu dokumen, rasuah, makan hak pusaka orang lain, merompak dan mencuri. Dia tidak sedar dia sedang 'membeli parking lot neraka' di kuburnya.

Sekarang mungkin dia boleh hidup selesa tinggal di rumah banglow besar, berhawa dingin, lampu bertatah permata, tv 42 inci 'Flat screen' dan sebagainya... dibeli menggunakan wang hasil menipu, makan hak orang lain dan hak anak-anak yatim.

Tapi tidak tahu bila… entah esok entah lusa dia akan tinggal di satu liang yang sempit menghimpit sehingga berselisih tulang rusuk, panas dek bahang api neraka, gelap gelita, busuk pekung dan maha Suci Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa menayangkan 'TV' untuknya dan ditunjukkan bagaimana dia bakal diazab dan diseksa, dari alam barzakh ke Padang Mahsyar ke tempat bicara ke Titian Sirat sehinggalah dihumban ke neraka.

Na'uzubillah... minta berlindung dengan-Nya…


))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Kisah Said bin Zaid

     Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi kabar gembira akan masuk surga oleh Nabi saw.
     Beliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah, diriwayatkan bahwa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang saat itu menjabat sebagai gubernur Madinah, dan mengadukan permasalahannya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk menghadap kepadanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya," Said berkata,"Bagaimana mungkin saya menzalimi-nya sedangkan saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain walau sejengkal maka nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya”. Marwan berkata : “Jadi engkau harus bersumpah”, Said berkata : “Ya Allah jika wanita ini berdusta, maka janganlah engkau matikan dia kecuali matanya lebih dahulu buta, dan menjadikan kuburnya di sumur kemudian meninggalkan tanah yang diklaim sebagai miliknya kuburannya”. Setelah waktu berjalan, mata Arwa menjadi buta dan selalu dituntun oleh budaknya, dan pada suatu malam dia bangun dari tidurnya, sedangkan budaknya belum bangun lalu berjalan dan dirinya tercebur ke dalam sumur yang ada di dalam rumahnya lalu mati dan dijadikan sumur itu sebagai kuburnya.





XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


FOREX

Ramai yang bertanya saya tentang hukum FOREX. Saya bukanlah orang yang pakar tentangnya. Walaupun begitu persoalan tentang hukum bukanlah perkara yang remeh kerana setiap sen yang kita dapati di dunia pasti akan ditanya di mahkamah Allah di hari Akhirat kelak dan maklumat mengenainya perlulah dirujuk dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.



Ingat!!! Sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang dunia tidak semestinya dibenarkan oleh Syarak.

Namun begitu saya sertakan beberapa video utk tambahan maklumat tuan/puan.







Salam sejahtera...
Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa hukum bertransaksi di dalam Tukaran Wang Asing (FOREX) melalui atas talian adalah HARAM.
Banyak pihak yang tidak bersetuju (lebih2 lagi yang periuk nasi mereka adalah melalui FOREX) dengan memberikan pelbagai alasan dan hujah.
Pada pendapat saya, Majlis Fatwa Kebangsaan tentu telah mengadakan BANYAK perbincangan dan tentu sekali turut disertai dengan para ilmuan, pakar2, ulama2 dan wakil2 dari institusi kewangan. Jadi setiap penetapan fatwa bukanlah atas dasar kepentingan sesuatu pihak melainkan atas kepentingan ISLAM semata-mata.
Kepada yang 'terlebih pakar' tu, terpulanglah dengan hujah & alasan masing2. Cuma...
JANGANLAH KERANA HABUAN DUNIA YANG SEDIKIT DAN SEMENTARA, YANG BAKAL DITINGGALKAN INI, MENJADIKAN KITA LUPA BAHAWA KITA AKAN KE SATU ALAM YANG KEKAL ABADI DI AKHIRAT NANTI...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Merancang Harta Pusaka... Pilihan atau Tanggungjawab?"

Jangan biarkan pembaziran ini bertambah, jangan gelapkan masa depan waris-waris anda.

RANCANGLAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ANDA...

Sila hubungi 019 - 472 6752

Posted by Muzafar Ghazali at 07:48 0 comments

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, 27 March 2011
SALAH SATU DOSA BESAR - Makan Harta Anak Yatim



Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa' ayat 2, bermaksud

"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu hak mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar"

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000 menyatakan:

“Penama dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan kesatuan kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat. Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan”

Oleh yang demikian, wang pampasan insurans dan takaful yang diserahkan kepada penama di dalam borang penama seharusnya dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid (setelah ditolak hutang si mati) kerana penama yang dinamakan di dalam borang penama hanya bertindak sebagai Wasi (Executor) sahaja dan bukanlah benefisiari yang sah.

Disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan, maklumat dan kesedaran terhadap ilmu faraid, maka ramai individu yang sepatutnya hanya menjadi wasi insurans atau takaful, tidak membahagikan wang pampasan tersebut mengikut cara yang sepatutnya.

Amat mendukacitakan apabila seorang ibu atau bapa yang tanpa pengetahuannya telah memakan harta anak yatim walaupun anak itu adalah anaknya sendiri.

Semoga menjadi iktibar...

Sebarang kemusykilan sila hubungi MUZAFAR 019-4726752 atau e-mel ke muzafar@pintarpusaka.com

Posted by Muzafar Ghazali at 03:07 0 comments


~~~~~~~~~~~~~~{}~~~~~~~~~~~~~~~




Thursday, 31 March 2011
SEMAKIN BANYAK HARTA TERBAZIR

Utusan Malaysia pada 31 Mac 2011, melaporkan bahawa sebanyak RM42 billion harta dibeku.

Bayangkan berapa buah sekolah dapat dibina, berapa ramai orang miskin yang dapat dibantu, berapa batang jalan dapat dibuat, berapa banyak peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan yang dapat disediakan.


Anda tahu sebahagian besar dari harta tersebut adalah milik bangsa kita...
1) HARTA BANGSA BERNILAI BERBILLION RINGGIT TELAH DIBAZIRKAN...
2) ORANG ISLAM KEHILANGAN BANYAK PELUANG MEMAJUKAN AGAMA DAN BANGSA...
3) AKIBAT FAKTOR EKONOMI YANG TELAH TERBAZIR, WAJAR DIKATAKAN KERUNTUHAN AKHLAK ANAK-ANAK BANGSA KITA SEDIKIT SEBANYAK BERPUNCA DARIPADANYA...
4) BUKANKAH KITA PATUT BERTINDAK SEGERA??!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PAMPASAN KWSP - PERLU DIFARAID

Oleh Dr Hj Mat Saad Abdul Rahman
- Felo Kanan , Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik,
Institut Kefahaman Malaysia (IKIM).

Isteri kena tahu hak, beri perhatian serius kepada tuntutan harta semasa

APABILA bercakap mengenai hak wanita dalam pemilikan harta, biasanya tertumpu kepada pemilikan nafkah, pusaka, mutaah, mahar, harta hibah, hadiah dan sepencarian dalam ruang lingkup yang terbatas.

Dalam perkembangan kehidupan sekarang ini yang jauh berbeza daripada kehidupan zaman lampau, mahu tidak mahu, masyarakat akan bersua dengan kelompok harta baru atau semasa. Antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), harta ganjaran/pampasan, cukai pendapatan, hak dalam akaun bersama, harta sepencarian, wang pencen/ganjaran, insurans nyawa atau sekarang disebut harta takaful dan rumah kediaman.

Dalam beberapa kelompok harta semasa ini secara tidak disedari, wanita mempunyai hak walaupun pada kadar berbeza dalam tiap satunya.

Persoalan yang timbul sejauh manakah hak mereka di dalam harta disebutkan itu. Jika harta sepencarian, sudah ada peruntukan di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri dan mempunyai kaedah penyelesaian. Biarpun kadang-kala mungkin ada perbezaan di antara sesebuah negeri dengan yang lain terhadap kaedah pembahagian, namun kedudukan harta lain kurang diperhalusi dan dibincangkan dengan jelas oleh mana-mana institusi.

Kedudukan ini memerlukan kepada satu peruntukan jelas di dalam Undang-undang Keluarga Islam jika kita ingin hak pemilikan harta wanita ini terbela.

Wang KWSP misalnya, seseorang pencarum pada kebiasaan akan menamakan seorang penama dalam borang pencarum. Penama bukanlah mereka yang berhak terhadap harta itu apabila pencarum meninggal dunia.

Menurut Fatwa Negeri Kelantan (Kumpulan Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, 5 Julai 1973) penama tidak lebih daripada seorang pemegang amanah atau wasi kepada harta pencaruman si mati. Dia bertanggungjawab mengurus harta caruman itu untuk difaraidkan kepada ahli waris si pencarum yang berhak.

Seseorang suami yang meninggal dunia tanpa meninggalkan anak, maka isteri berhak mendapat sebanyak 1/4 daripada wang caruman, tetapi jika dia mempunyai anak, maka isteri akan mendapat 1/8 daripada jumlah caruman itu. Begitu juga jika si suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka peruntukan 1/8 itu akan dibahagikan sama rata di antara isteri-isterinya.

Wang pencen seseorang suami yang meninggal dunia, menurut Akta Pencen 1980, akan diberikan kepada isteri dan anak-anaknya secara saraan bulanan dan akan berkurangan sebanyak 70 peratus jika sudah melebihi 12 tahun dari tarikh kematian. Saraan untuk anak akan berterusan sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau sehingga mereka berkahwin atau (jika seorang pelajar) sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Hak seorang isteri akan berterusan sekalipun dia berkahwin lagi selepas itu.

Wang Ganjaran Kerja adalah milik suami ketika hayatnya dan ia tetap akan menjadi pusaka kepada ahli waris jika dia meninggal dunia kerana wang itu adalah sesuatu yang sudah tetap perkiraan di dalam perjanjian kerjanya.

Justeru, ia wajib difaraidkan kepada ahli warisnya. Isteri akan mendapat 1/4 daripada wang itu jika dia tidak mempunyai anak. Tetapi, dia hanya berhak mendapat 1/8 jika mempunyai anak. Jika si suami mempunyai ibu, maka ibu juga berhak mendapat habuannya.

Berkaitan dengan cukai pendapatan, seorang isteri yang diceraikan suami atau bercerai kerana kematian, berhak mendapat pelepasan pada kadar tertentu dalam pembayaran cukai pendapatan yang berkaitan dengan tanggungannya.

Apa yang perlu dilakukan sebagai tindakan awal ialah memohon taksiran cukai pendapatan secara berasingan jika sebelumnya dia membuat taksiran bersama dengan suaminya, mengemukakan bukti perceraian atau sijil kematian yang sah kepada Bahagian Cukai Pendapatan serta menjelaskan purata perbelanjaan setiap anak bagi tahun taksiran berkenaan.

Pelepasan untuk anak yang tidak belajar hanya kepada had umur 16 tahun, manakala anak sedang belajar akan diberi pelepasan sehingga dia menamatkan pengajian dan kadar pelepasan itu akan berbeza berdasarkan kepada tingkatan pengajiannya.

Akaun Bersama adalah perkara biasa pada masa ini di kalangan pasangan suami isteri atas persetujuan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan hak atau bahagian masing-masing tidak dapat dikenal pasti.

Dengan itu ia dianggap sebagai harta musya` dan pembahagian mengikut cara pembahagian harta musya`, iaitu diselesaikan menerusi sulh atau sumpah jika berlaku perselisihan. Tetapi, jika kedua-dua belah pihak bersetuju supaya wang simpanan itu dibahagi dua atau ada persetujuan lain, maka pembahagiannya mesti didasarkan kepada persetujuan itu.

Menurut ketetapan mahkamah, apabila salah seorang di antara mereka meninggal dunia, maka pihak yang hidup berhak mendapat semua baki simpanan yang ada melalui kaedah jus accrescendi. Kedudukan ini tidak selaras dengan kehendak syarak. Dengan itu, harus ada satu kaedah yang sesuai dibincangkan, sama ada merujuk kepada catitan simpanan masing-masing atau ia dibahagi dua, sama banyak, satu bahagian untuk pasangan yang masih hidup dan satu bahagian lagi akan menjadi harta pusaka yang difaraidkan di antara ahli waris.

Mengenai insurans nyawa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa insurans nyawa adalah haram. Bagaimanapun, masyarakat Islam pada masa ini sudah mempunyai pilihan menerusi Sistem Takaful yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Apabila berlaku kematian, ahli waris si mati boleh mengambil balik wang bayaran si mati kepada syarikat insurans pada kadar simpanannya saja. Fatwa Mesir menyatakan harus di sisi syarak kerana wang itu adalah wang yang dibayar oleh pemegang polisi dan ia adalah hartanya. Tetapi wang faedah insurans, masih dipertikaikan halal haram kerana sebahagian dihasilkan menerusi pelaburan yang tidak dibenarkan syarak.

Masalah penama, menurut fatwa Kelantan bahawa penama hanya pemegang amanah. Jumlah wang premium yang dibayar si mati hendaklah dijadikan pusaka yang difaraidkan. Manakala wang selebihnya, boleh diberikan kepada penama. Fatwa ini dipersetujui oleh fatwa Negeri Sembilan.

Kedua-dua fatwa itu memberi peruntukan kepada isteri sebagai ahli waris suami yang mempunyai hak terhadap wang premium/simpanan suami dalam sesebuah syarikat insuransnya.

Dalam hal rumah kediaman pula ia adalah tempat yang didiami bersama oleh kedua-dua pasangan suami isteri ketika berkahwin.

Kedudukan dapat dilihat daripada dua keadaan, pertama rumah sewaan, ini tidak berbangkit apa-apa masalah jika berlaku kematian.

Kedua, rumah yang didiami oleh kedua-dua mereka; ia bergantung kepada siapa pemilik sebenar rumah itu. Jika ia milik suami sepenuhnya kerana dia yang membayar harga atau pinjaman pembayaran, atau ia rumah pusaka atau hadiah yang diterima, dengan erti tiada sumbangan daripada isteri sama sekali, maka rumah itu adalah miliknya. Apabila dia meninggal dunia, ia menjadi pusaka. Jika ia milik isteri, begitulah juga kedudukan akan menjadi milik sepenuh kepada isteri yang wajib difaraidkan apabila dia meninggal dunia.

Jika suami menghibahkan rumah miliknya itu kepada isterinya, maka rumah itu akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Apabila isteri meninggal dunia, maka ia akan menjadi harta pusaka yang difaraidkan.

Tetapi jika rumah itu dibeli dengan pinjaman bersama atau hasil daripada wang simpanan bersama, sekiranya bahagian masing-masing boleh dikenal pasti, jika berlaku sebarang tuntutan, maka dibahagikan mengikut kadar bahagian masing-masing. Jika bahagian masing-masing tidak dapat dikenal pasti, maka ia hendaklah dibahagikan berdasarkan kepada pembahagian harta musya`.

Harta semasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak isteri kerana itu adalah hak mereka yang mesti dituntut. Pihak pentadbiran Mahkamah Syariah juga perlu memberikan perhatian yang saksama apabila kes seperti ini dibawa ke hadapan mereka.

Allah menegaskan bahawa setiap orang sama ada lelaki atau perempuan mempunyai bahagian masing-masing dalam usaha yang mereka lakukannya (maksud ayat 32, surah al-Nisa') dan Rasulullah SAW pula telah berpesan; hendaklah setiap orang diberikan haknya yang sebenar (al-Hadis).

INTI PATI
Fatwa Negeri Kelantan


# Penama KWSP tidak lebih daripada seorang pemegang amanah atau wasi kepada harta pencaruman si mati.

# Penama bertanggungjawab mengurus harta caruman untuk difaraidkan kepada ahli waris si pencarum yang berhak.

# Seseorang suami yang meninggal dunia tanpa meninggalkan anak, isteri berhak mendapat 1/4 daripada wang caruman, tetapi jika dia mempunyai anak, maka isteri mendapat 1/8 daripada jumlah caruman itu. Begitu juga jika si suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka peruntukan 1/8 itu akan dibahagikan sama rata.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, 15 November 2010
Pernahkah anda terfikir tentang... PUSAKA PERNIAGAAN?

Firman Allah S.W.T.: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180) Kita percaya bahawa sembilan dari sepuluh rezeki adalah dari perniagaan. Berdasarkan dari sunnah inilah ramai di kalangan kita yang menceburkan diri di dalam bidang tersebut. Sehinggakan ‘upline’ MLM dan skim cepat kaya pun menggunakan hujah ini untuk menarik minat orang ramai untuk menjadi ‘downline’ mereka. Dengan berbekalkan sedikit modal untuk memulakan perniagaan, kita mungkin bermula dari rumah ataupun membuka warung kecil di tepi jalan. Kepada yang mempunyai lebih wang, mungkin mampu menyewa sebuah lot niaga yang kecil di kompleks-kompleks perniagaan. Kemudian, apabila perniagaan sudah agak maju, kita mula mencari peluang-peluang baru sama ada dari segi bekalan bahan mentah, bantuan kewangan dan ilmu keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan kita. Sehingga kita mampu memiliki aset-aset syarikat (dan juga persendirian) seperti premis perniagaan, kenderaan, tunai (di tangan dan bank) serta stok jualan. Namun begitu… Bayangkan ketika kita sibuk berusaha memajukan perniagaan kita, malaikatul maut datang menjengah. Dengan tiba-tiba, segala yang menjadi ‘milik’ kita, mesti dikembalikan kepada Pemiliknya yang sebenar, dan pembahagiannya kepada waris juga WAJIB dibahagikan mengikut peraturan Pemiliknya yang sebenar. Sebagai Muslim, pembahagian pusaka yang wajib dilaksanakan itu ialah hukum FARAID. Persoalannya, adakah waris kita benar-benar layak untuk menguruskan perniagaan kita? Layakkah waris kita melaksanakan tanggungjawab menguruskan pusaka kita seperti berikut: 1) Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian; 2) Menyelesaikan hutang-piutang (dunia dan akhirat) 3) Melaksanakan Wasiat 4) Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian 5) Membahagikan harta yang tinggal kepada waris-waris mengikut Sistem Fara’id Tiga perkataan yang paling penting dari ayat di atas ialah “menurut peraturan ugama”, maksudnya sebarang pembahagian yang tidak menurut syarak akan mengakibatkan kita diazab setelah meninggal dunia kelak. Biasanya masalah perbelanjaan pengkebumian dapat diatasi dengan mudah. Namun bagaimana dengan hutang piutang perniagaan, perlaksanaan wasiat (jika ada) dan harta sepencarian yang dituntut pasangan? Yang paling kritikal, masalah waris yang selalunya (memang selalu!) bakal berselisih faham berebut harta kita. Oleh yang demikian, persediaan yang terbaik adalah merancang pembahagian harta sebelum kita dijemput mengadap-Nya. Instrumen kewangan seperti takaful, wasiat, hibah, surat ikatan amanah dan sebagainya adalah di antara kaedah yang membantu kita merancang pembahagian tersebut. Takaful Ikhlas Sdn Bhd misalnya menyediakan borang cadangan Hibah untuk membantu para peserta mengelakkan risiko terambil hak waris yang lain. As-Salihin Trustee Berhad pula menyediakan khidmat Pri-Hibah dan Pri-Perniagaan untuk mengelakkan perniagaan kita dari menjadi beban kepada waris yang kita tinggalkan. Lagipun, adakah perniagaan kita lebih penting dari keluarga? Satu-satunya yang paling penting ialah, segala di dunia ini adalah milik-Nya, termasuklah diri kita sendiri. Maka yang terbaik ialah merancang menurut kehendak-Nya agar kita dijauhkan dari azab siksanya, diberkati perniagaan kita dan dirahmati waris yang ‘bakal’ kita tinggalkan. Muzafar 019 - 472 - 6752


/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/

Monday, 28 June 2010
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ADALAH BERKENAAN HAK



Assalamualaikum...

PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM

Pengurusan harta pusaka secara teratur dan sah menurut undang-undang dan hukum syarak.

Firman Allah S.W.T.:
“kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)


Daripada Abdullah ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada orang lain, serta pelajarilah fara’id dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku seorang yang bakal meninggal, dan ilmu ini pun bakal sirna hingga akan muncul fitnah. Bahkan akan terjadi dua orang yang akan berselisih dalam hal pembahagian (hak yang mesti diterima), namun kedua-duanya tidak mendapati orang yang dapat menyelesaikan perselisihan tersebut.”
HADIS RIWAYAT DARUQUTHNI

PERSOALAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MERUPAKAN PERSOALAN MENGENAI… HAK
ANDA MERASA MARAH APABILA ORANG LAIN MENGAMBIL HAK ANDA,
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR...
BAGAIMANA KALAU SEKIRANYA ANDA ‘TERAMBIL’ HAK ORANG LAIN?


Firman Allah S.W.T.:
“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah DOSA YANG BESAR.”
Surah An-Nisa’ (Ayat 2)

Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
Surah An-Nisa’ (Ayat 10)

Sekiranya urusan HAK tidak diselesaikan di dunia, maka tunggulah ‘perbicaraan’ di akhirat...

1. Orang yang diambil haknya akan MENGAMBIL PAHALA dari orang yang mengambil haknya;
2. Sekiranya pahala orang yang mengambil haknya itu tidak mencukupi, maka orang yang diambil haknya akan MENYERAHKAN DOSANYA kepada orang yang mengambil haknya itu.

FIKIRKANLAH...
BANYAK MANAKAH PAHALA ANDA UNTUK DISERAHKAN KEPADA ORANG LAIN???

FIKIR-FIKIRKANLAH...


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Sunday, 30 May 2010
PENDAPATAN YANG MERAGUKAN
Video/Audio



Artikel -

Sambung sikit sembang minggu lepas (24 Mei - 30 Mei 2010)...


Selama ini kita byk bertanya tentang sykt2 mlm yang meragukan, tapi kita terlupa rezeki yang kita dapat dari pekerjaan / perniagaan yang sedang kita lakukan ini, adakah betul2 halal?


Harap dapat layari http://www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575?v=wall#!/notes/zaharuddinnet/haram-syubhah-dalam-kerjaya-pengajian/434781491082 utk maklumat lanjut dengan hujah lebih ilmiah.


Sunday, 23 May 2010

YAKINKAH DENGAN HARTA YANG KITA TINGGALKAN?
Video / Audio




Artikel

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada sahabat handai sekelian...

Video di atas adalah hiburan santai, namun masih ada iktibar yang dapat diambil daripadanya. Di zaman yang maju sekarang ni, manusia dah semakin bijak membuat sesuatu, termasuklah mewujudkan pelan-pelan perniagaan yang sangat unik dan ‘halal’ dari sudut perundangan. Oleh yang demikian, era-era skim cepat kaya seperti suatu ketika dahulu, mungkin telah berlalu.

Saya bukanlah orang yang selayaknya mengajar sahabat sekelian tentang apa yang nak disembangkan, cuma sekadar berkongsi maklumat dan memenuhi saranan Nabi: “Sampaikanlah... walaupun satu ayat”.

Saya mulakan sembang info pusaka ni, tak spesifik kepada perancangan harta pusaka semata-mata, tetapi lebih umum kepada harta macam mana yang kita nak pusakakan kepada waris.

Jangan sempitkan fikiran kita, harta pusaka mesti ada berjuta RM dalam bank, ASB, unit amanah dan sebagainya, ataupun tanah beratus ekar ataupun rumah berpuluh biji. Walau sedikitpun tetap harta yang diamanahkan kepada kita oleh Allah untuk kita jaga sepanjang kita hidup di dunia ini.

Bayangkan senario ini...

Andaikan anda baru ambik gaji RM500 dari ATM, nak bayar hutang seorang sahabat yang menetap di Afrika. Masa buka pintu nak masuk kereta, tah macam mana ada kereta lain terbabas dan merempuh anda. Takdir Allah tiada siapa dapat melawannya... INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI’UN, anda kembali ke rahmatullah. Duit gaji RM500 tadi kira harta pusaka juga. Baki yang ada dalam bank, walaupun RM5, kira pusaka juga.
Duit KWSP, takaful/insurans, ASB, e-wallet mlm dan yang sewaktu dengannya, tetap dikira pusaka.

Maksudnya setiap harta yang seseorang tinggalkan, selagi semasa kematiannya, harta tersebut milik dia. Maka harta tersebut dikira harta pusaka.

Dari harta yang ditinggalkan tadi, perkara yang patut/wajib dilakukan oleh waris ialah:
1. Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian;
2. Menyelesaikan hutang-piutang (dunia dan akhirat)
3. Melaksanakan Wasiat
4. Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian
5. Membahagikan harta yang tinggal kepada waris-waris mengikut Sistem Fara’id

Nampak tak... bahagi harta ikut faraid adalah perkara yang TERAKHIR SEKALI yang mesti dilakukan. Kebanyakan dari kalangan kita, agak-agak berebut yang mana dulu?

Memetik suatu artikel yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (Majalah Solusi Isu 13), waris berpotensi membuat dosa akibat kurangnya pengetahuan tentang pembahagian harta pusaka.

Antara dosa-dosa tersebut ialah:
1) Dosa memakan hak si mati: hutang, sama ada hutang sesama manusia & hutang dengan Allah (haji, puasa dll), yang belum dilunaskan si mati;
2) Dosa memakan harta secara batil: serahan harta tidak benar-benar mengikut faraid, dikhuatiri termasuk ke dalam golongan yang disebut di dalam surah An-Nisaa (ayat 26).
3) Dosa memakan harta anak yatim: barangkali si mati meninggalkan anak-anak kecil, maka dikhuatiri si ibu termakan hak mereka, sepertimana arahan Allah di dalam surah An-Nisaa (ayat 2).

Kembali kepada senario tadi...

Katakan waris (selalunya pasangan) tak tau anda berhutang dengan sahabat yang menetap di Afrika tu, agaknya macam mana roh anda di alam barzakh tu ye?
Sudahlah begitu, bayangkan anak anda masih kecil, dan pasangan anda guna duit anda untuk tujuan menyara kehidupan tanpa mengambilkira hak anak-anak anda (dikira anak yatim le tu). Bukankah itu dikira makan harta anak yatim.
Walaupun tujuan penggunaan tu baik, namun telah melanggar arahan Allah di dalam Surah An-Nisaa (11&12). Kita sedia maklum, niat tidak menghalalkan cara. Bermakna, niat nak sedekah tapi guna duit rasuah tetap haram...


Di akhir zaman ini, ramai yang terlalu mengejar harta, hinggakan lupa cara mana mencari harta yang 100% berlandaskan syarak. Saya yakin ramai yang menafikannya, kerana sebahagian dari kita mengambil ‘kesempatan’ mendapatkan wang tanpa BENAR-BENAR mengetahui sumber wang itu diperolehi. Saya ‘highlight’kan perkataan benar-benar tu kerana terlalu ramai diantara kita suka membuat andaian sendiri tentang halal haram perniagaan/pekerjaan yang kita lakukan.

Pada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-16 di mana muzakarah telah mengambil keputusan bahawa:
“Insurans nyawa adalah haram kerana mengandungi perkara-perkara berikut:
GHARAR (ketidaktentuan), MAISIR (Unsur perjudian) & RIBA”

Adakah ketiga-tiga faktor tersebut hanya menjadikan insurans nyawa sahaja yang haram? Bagaimana dengan muamalat yang lain? Katalah suatu perniagaan yang tiada unsur RIBA, tetapi ada unsur GHARAR, contohnya: tak tau dari mana keuntungan diperolehi ataupun kita tak benar-benar pasti syarikat yang kita wakili itu tidak mencampurkan sumber yang halal dengan yang haram, adakah ia tidak dikira haram? Adakah mesti kena ada ketiga-tiga faktor tersebut, baru jatuh haram? Rasa-rasanya anda pun tau jawapannya kan???

Jadi, apa yang dapat saya cadangkan, berusahalah mencari sebanyak mungkin ilmu dan maklumat berkenaan muamalat supaya rezeki yang kita dapat benar-benar rezeki yang diredhai Allah dan bukannya ‘istidraj’.

Kita bersembang lagi, lain kali.

Wassalam...