Takaful IKHLAS

IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.
Tel.: 03 – 2723 9999       Faks.: 03 – 2723 9998
Khidmat Pelanggan: 03 – 2723 9696
Laman web: www.takaful-ikhlas.com.my 
Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

 
PROFIL TAKAFUL IKHLAS BERHAD
Merupakan sebuah syarikat pengendali takaful yang mana operasi perniagaan kami adalah berlandaskan prinsip Syariah.
Kami mengguna - pakai kontrak Tabarru', di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain.
Model Wakalah (Model Takaful IKHLAS) membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum, la juga menyediakan peruntukan yang lebih kerap bagi pendapatan pelaburan dan lebihan kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula dengan segera bagi pendapatan pelaburan dan lebihan mampu menghasilkan Jumlah pulangan yang lebih baik kepada para peserta.


Syarikat Induk
Diperbadankan pada tahun 1972, MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan reinsurans dan retakaful. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM978.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.
  
Dana
pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM893.9 juta pada tempoh yang sama dengan jumlah aset bernilai lebih RM2.6 bilion. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Bumiputra di bawah naungan PNB merupakan pemegang saham terbesar MNRB

 


PENDEKATAN PERNIAGAAN

Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diktiraf dan profesional.

VISI

Takaful IKHLAS adalah penyedia Takaful pilihan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam.

MISI

Kami menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti.


Nilai Teras (IQRA)



Nilai IKHLAS (Fatanah, Amanah, Siddiq, Tabligh)
Standard etika dan moral tertinggi memerlukan kami menjadi ikhlas dan jujur dalam urusan kami. Ini bermakna menjadi telus dan mengambil tanggungjawab. Ia bererti mengotakan apa yang kami kata dan memenuhi tanggungjawab kami.

2. Kualiti (Warga, Sistem, Strategi, Jualan)
Kawalan kualiti menyeluruh bagi produk dan perkhidmatan kami selain pengurusan kualiti total memastikan kami memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

3. Dipacu Hasil (Jiwa dan Semangat)
Kami cuba untuk melampaui jangkaan pelanggan, bukan sekadar memenuhi standard ataupun sasaran.

4. Sikap (Penetapan Minda yang Betul)
Kami mengekalkan penetapan minda yang betul bagi mencapai kejayaan dalam memberikan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah kepada para pelanggan kami.


KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Manfaat yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd

~  Manfaat Harta Pusaka

~  Manfaat Pelaburan berlandaskan syara

~  Manfaat Kad Bantuan Perubatan Eksklusif

~  Manfaat Hilang Upaya Kekal

~  Manfaat Kemalangan Diri

~  Manfaat Penyakit Kritikal

~  Manfaat Elaun Harian Wad Hospital

~  Manfaat Saraan Tahunan

~  Manfaat Dana Pendidikan

~  Manfaat Dana Pengurusan Jenazah

~  Manfaat Pengecualian Sumbangan

~  Manfaat Musibah Pembayar

~  Perancangan Hibah Manfaat

~  Perancangan Badal Haji

~  Perlindungan Takaful Perniagaan

~  Perlindungan Takaful Kenderaan & Bangunan

~  Takaful Tanggungan Awam &  Pampasan Pekerja

Takaful IKHLAS sebagai sebuah pengendali takaful yang dibarisi oleh barisan PENGARAH 100% BUMIPUTERA MUSLIM, serta diawasi oleh barisan PANEL PEMATUHAN SYARIAH yang berkaliber amat mengambil berat tentang hal perwarisan dalam memberikan manfaat kematian yang disediakan.

Bagi memenuhi misinya untuk menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti, Takaful IKHLAS telah menawarkan dua khidmat tambahan yang berkaitan dengan perancangan pusaka iaitu BORANG CADANGAN HIBAH dan PERANCANGAN BADAL HAJI.

Khidmat TAKAFUL IKHLAS dalam Perancangan Harta Pusaka Islam

1. Mencipta Harta Pusaka

TAKAFUL IKHLAS menyediakan perkhidmatan menguruskan DANA TABARRU’ sebagai suatu tabung khairat bagi manfaat kematian peserta untuk digunakan oleh penama (Wasi) dalam pengurusan pusaka peserta dan seterusnya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid untuk meneruskan kehidupan.

Kelebihan manfaat penciptaan harta pusaka ialah:
i. Menyediakan harta pusaka dalam bentuk tunai kepada waris.
ii. Harta tidak dibekukan seperti simpanan di bank kerana penama sudah dilantik.
iii. Dapat mengelakkan harta tak alih seperti tanah dan rumah dari terjual (dilupuskan untuk mendapat tunai).


2. Borang Penamaan HIBAH Bersyarat



TAKAFUL IKHLAS menyediakan BORANG CADANGAN HIBAH di mana peserta mencadangkan Pemegang Amanah (Pengurusan TAP) untuk menyerahkan HAK manfaat kematian peserta kepada benefisiari-benefisiari tertentu mengikut peratusan yang ditetapkan, selepas kematian peserta.

“Manfaat Takaful BOLEH dihibahkan kerana tujuan takaful adalah memberi perlindungan kepada peserta. Memandangkan manfaat takaful adalah HAK peserta, peserta sepatutnya diberi kebebasan untuk menggunakan hak mengikut pilihannya selagi ianya tidak bercanggah dengan Syara”.
(Keputusan Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful kali ke-34 pada 21 April 2003)

Kebanyakan peserta bahkan wakil syarikat takaful dan insurans, tidak menitikberatkan hukum faraid pada penama yang dinamakan di dalam borang penama.

Allah amat menitikberatkan hak waris & anak yatim sepertimana beberapa firman-Nya di dalam Al-Quran (contoh: rujuk Surah An-Nisa’ : Ayat 2, 10, 11 & 12)

Borang cadangan hibah adalah perkhidmatan yang disediakan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap waris akibat kurangnya pengetahuan tentang ilmu faraid.

Namun begitu Takaful Ikhlas menetapkan beberapa syarat untuk menghibahkan manfaat kematiannya kepada waris.

Kelebihan Borang Penamaan Hibah Bersyarat:
i. Sebahagian besar atau kesemua HAK mendapat wang pampasan boleh diserahkan terus kepada penanggung keluarga selepas peserta meninggal dunia.
ii. Tidak tertakluk kepada hukum faraid.
iii. Dapat mengurangkan risiko waris berdosa mengambil hak waris yang lain.

3. Perancangan Badal Haji

TAKAFUL IKHLAS turut menyediakan khidmat BADAL HAJI sekiranya peserta meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah tersebut, sepanjang polisi masih berkuatkuasa.

Kelebihan Perancangan Badal Haji:
i. Waris tidak perlu bersusah payah mencari dana dan perkhidmatan mengerjakan badal haji.
ii. Waris boleh terus menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian.
iii. Dapat mengelakkan dari waris terlupa menunaikan urusan (hutang) si mati dengan Allah.

Sila hubungi 019 472 6752 untuk maklumat lanjut berkenaan Borang Cadangan Hibah dan Perancangan Badal Haji yang disediakan oleh Takaful IKHLAS Sdn Bhd.

KELEBIHAN TAKAFUL IKHLAS

1. Muamalat yang berlandaskan Syarak - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersetuju dengan pandangan ulama seluruh dunia dengan memutuskan bahawa insurans konvensional adalah HARAM. Oleh yang demikian khidmat yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS adalah 100% patuh syariah dan harus di sisi syarak.



2. Berikut pula adalah sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor, yang menjelaskan bahawa modal Takaful IKHLAS adalah dari sumber yang HALAL.



3. Panel Pengawasan Syariah yang diiktiraf, barisan panel yang memastikan keseluruhan operasi syarikat, etika berpakaian, akhlak wakil dan pekerja sehingga kepada pengurusan acara, berjalan mengikut nilai-nilai Islam berlandaskan syarak.



Barisan Pengarah 100% Bumiputera bagi menjadi pemangkin kejayaan dan kemajuan bumiputera.


 3. IKHLAS Point, sebuah bangunan komersial di ibukota di mana ibu pejabat Takaful Ikhlas Sdn Bhd ditempatkan. Lokasi sektor hartanah yang sangat strategik di Bangsar South, bertujuan untuk meningkatkan pelaburan para peserta;

4. Pelan yang Jelas dan SELARI DENGAN SYARIAH, Model Wakalah Takaful IKHLAS yang menerapkan konsep tabarru’ dan wakalah, serta caj pengurusan yang rendah untuk manfaat pelaburan yang lebih baik kepada peserta;


 5. Dianugerahkan Pelbagai Anugerah Terbaik di dalam beberapa kategori pada usia operasi yang masih muda;

Sila layari http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/award_01.html untuk mengetahui anugerah-anugerah yang diperolehi Takaful IKHLAS.

Takaful IKHLAS Menang Penyedia Takaful Terbaik Euromoney Buat Kali Ke-3




Kuala Lumpur, 28 Februari 2013 –Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), mengukuhkan lagi kedudukan pada tahun ke -10 penubuhannya di dalam industri takaful dengan memenangi Anugerah Penyedia Takaful Terbaik buat kali ke -3. Majlis yang berprestij ini diadakan di Landmark Hotel, London, baru-baru ini.



“Kami berbangga menerima anugerah dan pengiktirafan yang diberikan oleh Euromoney buat kali ke-3. Penerimaan ini membuktikan komitmen Takaful IKHLAS yang berterusan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan. Penghargaan ini juga telah membuktikan kualiti produk dan perkhidmatan kami," ujar Encik Ab Latiff Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS.



“Sejak 10 tahun lepas,Takaful IKHLAS telah berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Pada hari ini, reputasi kami dalam pasaran di Malaysia telah diiktiraf sebagai satu "jenama" dinamik yang dikenali ramai,” menurut Ab Latiff.



“Dalam menguruskan perniagaan syarikat,Takaful IKHLAS menekankan kepada komitmen dan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam serta digabungkan dengan aplikasi berteknologi tinggi telah meningkatkan reputasi syarikat dari segi pendekatan yang beretika dan perkhidmatan yang cemerlang,” kata Ab Latiff.


”Kami akan berusaha lebih gigih dalam menawarkan produk yang inovatif, relevan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan. Ini bertepatan dengan matlamat Takaful IKHLAS untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan pada masa yang sama berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak para pelanggan kami,” tambah Ab Latiff lagi.

Anugerah Kewangan Islam Euromoney diberikan bagi mengiktiraf pencapaian dalam sektor kewangan Islam global. Pengiktirafan tahunan ini melambangkan prestasi dan pencapaian yang membanggakan berdasarkan perkhidmatan, kualiti dan inovasi dalam sektor kewangan.

Takaful IKHLAS juga telah memenangi Anugerah Kewangan Islam Euromoney pada tahun 2010 dan 2012.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad.
 
Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu dan Putrajaya.
 
Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 1.8 juta pemegang sijil berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.



6. Sentiasa bergerak proaktif, mencipta produk-produk yang inovatif dan sedang berkembang untuk menjadi pengendali Takaful No. 1 di Malaysia dan di dunia.



Sila hubungi 019 - 472 6752 atau e-mel ke muzafar@pintarpusaka.com

Maklumat terperinci tentang Takaful IKHLAS, sila layari http://www.takaful-ikhlas.com.my/



 ~ ~ ~  BERITA TAKAFUL IKHLAS  ~ ~ ~


TAKAFUL IKHLAS BERHAD TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ DARIPADA GLOBAL BANKING & FINANCE REVIEW BUAT KALI KEDUA

25 May 2015
Kuala Lumpur, 25 Mei 2015 – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang  usianya mencecah 13 tahun, mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.
“Kami amat berbesar hati  menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini  membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif. Anugerah ini dapat  mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap kami.”, kata Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad.
“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia telah diiktiraf sebagai satu "jenama" dinamik dan terbaik yang dikenali ramai”, jelas Ab Latiff.
''Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful IKHLAS untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Ab Latiff.
“Anugerah ini menguatkan lagi azam dan komitmen Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan. Kami sentiasa menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami”, ujar Ab Latiff.
“Takaful IKHLAS sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara ini khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Ab Latiff lagi.
Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh  200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam komuniti kewangan global. Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global. Ia melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.
Mengenai Takaful Ikhlas Berhad
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.
Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.


(Artikel dipetik dari laman web Takaful IKHLAS Berhad)




MNRB is top takaful operator again
26 May 2015
Takaful Ikhlas Berhad's unit, MNRB Holdings Berhad, has bagged the Best Takaful Operator Malaysia 2015 Award for the second time from Global Banking & Finance Review. Its president and chief executive
officer Ab Latiff Abu Bakar said tie award proves that Takaful IKHLAS products are comparable, with those of leading and active takaful providers in the country.
He said Takaful IKHLAS has strengthened its foothold in the Islamic financial protection services front over the last 13 years, which emphasises mutual cooperation and responsibility among its members.
"The award also boosts our customers' confidence in us. Our reputation in the Malaysian market has been recognised as a dynamic and bestknown brand," Ab Latiff said in a statement yesterday.
"I am certain that this award will motivate more than 400 staff and 5,000 agents of Takaful IKHLAS to provide better services to our customers," he added. Ab Latiff said the accolade enhances Takaful Ikhlas' determination and commitment to providing the best services to fulfil its customers' requirements as well as continuously offering innovative products to build reputation.
He added that Takaful IKHLAS continues to design various business plans to support its main role and responsibility in spreading Islamic business transactions, locally and globally.
Global Banking & Finance Review is an online portal in more than 200 different countries, while the awards are to recognise companies of all sizes that are prominent in particular areas of expertise and excellence within the financial world. The awards reflect the innovation, achievement, strategy, progressive and inspirational changes taking place within the financial sector.
Takaful IKHLAS has 13 regional offices in Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Malacca, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya and Negri Sembilan. It has more than two million
registered certificate policyholders and over 5,000 agents.

(Artikel bertarikh: 14 Jun 2015)