Permasalahan Riba

 
 
 


(Ringkasan petikan dari buku Keingkaran Menempah Ancaman: RIBA dan Isu Kewangan Semasa tulisan Ust Zaharuddin Abd Rahman. Untuk lebih maklumat sila dapatkan buku ini di mana-mana toko buku ataupun di perpustakaan-perpustakaan)

Imam Al-Nawawi r.a. (wafat pada 676H) berkata: "Ijma' (disepakati semua sahabat dan ulama) tentang pengharaman riba dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Ada pendapat menyatakan riba juga diharamkan oleh semua agama, ini disebutkan oleh antaranya Imam Al-Mawardi."

1.  Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah SWT dan Rasulullah SAW

Firman Allah SWT:
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya" (al-Baqarah 2: 278-279)

2.  Kehilangan berkat harta dan kehidupan

Firman Allah SWT:
"Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah. Dan Allah tidak suka kepada orang kafir lagi berdosa." (al-Baqarah 2: 276)

3.  Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri

Sabda Rasulullah SAW:
"Riba mempunyai 73 pintu, riba yangt paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (Ibn Majah; al-Hakim; sahih al-Bukhari dan Muslim)

4.  Lebih berat atau sama dengan 36 kali perzinaan

Sabda Rasulullah SAW:
"Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya, lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali." (Ahmad; al-Daruqutni; al-Abani)

5.  Salah satu daripada tujuh dosa besar

Hadis Rasulullah SAW:
"Jauhilah tujuh dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)." (al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, memberi riba, juru tulisnya dan dua saksinya. Baginda mengatakan: ‘Mereka itu sama’.”

Riwayatkan oleh Al-Imam Muslim


Sudahkah anda memeriksa

1.Adakah gaji, duit pencen, keuntungan perniagaan atau bonus pelaburan anda masih di dalam akaun bank konvensional  atau sudahkah ditukar ke perbankan berlandaskan syariah?

2.Adakah perlindungan harta/hayat anda masih lagi insurans konvensional atau sudahkah bertukar kepada takaful?

3.Adakah pinjaman perumahan/peribadi/kenderaan anda mempunyai unsur riba atau sudahkah ditukar kepada pembiayaan berlandaskan syara’?

4.Adakah anda masih terlibat secara langsung dalam urusan riba seperti pertukaran barangan ribawi, transaksi bank riba, mempromosi insurans yang mempunyai riba dan sebagainya?

5.Adakah anda masih mengamalkan ‘trade-in’ dalam urusan membeli emas dan perak?

6.Adakah anda mengambil apa-apa manfaat daripada harta yang anda pinjamkan kepada orang lain?


Sebagai peringatan kepada tuan /puan yang masih terlibat dengan transaksi riba. Mulut kita boleh memberi pelbagai alasan di dunia, tetapi INGAT... MAUT BISA DATANG BILA-BILA MASA DAN DI MAHKAMAH ALLAH KELAK TIADA ALASAN LAGI YG MAMPU TUAN/PUAN BERIKAN.

Pastikah anda, harta yang bakal anda pusakakan kepada waris anda nanti bebas dari DOSA riba???


Perkongsian ilmu oleh Ustaz Abdul Aziz dalam Ceramah Lari Dari Riba (LARIBA) yang diadakan di Masjid at-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 02 April 2016 dipetik dari Youtube Zon Kuliah.




Mudah-mudahan memberi manfaat dan keinsafan...


















 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan