WAKAF





Wakaf dari sudut bahasa: Penahanan

Wakaf dari sudut syara': Pemberian yang tidak boleh batalkan, ia dibuat secara nyata atau secara tersirat untuk tujuan kebajikan dan mendapatkan pahala daripada Allah

 

Perbezaan antara Wakaf dan sedekah

• Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.

• Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu harta apabila telah diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan campurtangan ke atas harta tersebut.

• Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.

 

Autoriti dalam membuat WAKAF

Diriwayatkan oleh Ibn Umar:

          “Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah “Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya.”

Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27)     

 

Rukun Wakaf:

1.    Pihak yang mewakafkan

2.    Pihak yang menerima wakaf

3.    Benda yang diwakafkan

4.    ‘Sighah’ iaitu ijab qabul.

PEMEGANG AMANAH BIASANYA MAJLIS AGAMA ISLAM DI SESEBUAH NEGERI.

 
Syarat Harta yang diwakafkan:

1.    Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.

2.    Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.

3.    Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah dan manfaat yang berpanjangan.

4.    Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

5.    Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.

6.    Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yang pewakaf.

 

Hikmah Wakaf:

1.    Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

2.    Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

3.    Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.

4.    Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.

5.    Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

 

Ciri-ciri Wakaf:

a.    Tidak boleh dibatalkan - Wakaf adalah kebajikan untuk kebaikan makhluk Allah, apabila wakaf telah dibuat, harta wakaf tersebut menjadi milik Allah.

b.    Boleh ditukarganti - Wakaf yang telah berkuatkuasa tidak boleh dijual atau dipindahmilik oleh pewakaf atau diwariskan kepada mana-mana orang. Akan tetapi, harta wakaf boleh diganti dengan harta lain atau dengan duit yang sama atau lebih tinggi nilainya daripada harta wakaf tersebut dan mestilah mengikut Hukum Syarak.

c.    Permulaan Wakaf - Sesuatu wakaf akan berkuatkuasa segera sekiranya semua kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh si pewakaf telah dipenuhi

d.    Wakaf bersyarat

         Wakaf bersyarat (Wakaf Taklik) hanya berkuatkuasa apabila kesemua syarat-syarat dipenuhi

         Wakaf bersyarat terbatal sekiranya pewakaf telah meninggal dunia sebelum syarat-syarat yang dikehendaki dipenuhi

e.    Larangan Wakaf -

Sesuatu wakaf dianggap BATAL jika:

          Ia dibuat untuk tujuan tidak bermoral

          Ia dibuat kepada seseorang untuk tujuan selain daripada untuk berbakti kepada Allah

          Ia dibuat untuk manfaat/kepentingan diri sendiri

          Ia tidak mematuhi Hukum Syarak

 

Wakaf yang dilaksanakan semasa hidup :

    Satu-satu harta yang diwakafkan semasa hdup si mati

    Pewakaf telah menandatangani atau memindahkan pegangan harta kepada pemegang amanah.

    Harta telah menjadi milik pemegang amanah serta merta selepas pemindahan di lakukan.

    Tidak tertakluk kepada 1/3 dan ia tidak terhad.

 

Wakaf yang dilaksanakan di dalam wasiat :

         Hanya berkuatkuasa selepas kematian si pewasiat.

         Pemindahan pemilikan kepada pemegang amanah akan di lakukan selepas pewakaf meninggal dunia.

         Pewakaf boleh membatalkan wasiat yang dibuatnya tetapi wakaf yg dibuat tidak akan terbatal oleh itu wakaf tetap berjalan.

         Waris tidak boleh menerima wakaf.

         Terhad kepada 1/3 dari harta pewakaf sahaja.

         Wakaf di buat semasa hayat pewakaf tetapi diletakkan di dalam wasiat.




PERKHIDMATAN WAKAF DI AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD:

         Memberi khidmat nasihat format membuat wakaf

         Menyediakan Dokumen Perjanjian Wakaf


 
PERKHIDMATAN WAKAF DI TAKAFUL IKHLAS BERHAD:
         Bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Negeri-negeri (buat masa ini dengan Perbadanan Wakaf Selangor sahaja dan akan diperluaskan dengan perbadanan Wakaf negeri lain)
         Berkaitan dengan manfaat kematian di Takaful IKHLAS sahaja
         Jumlah wakaf maksima 30% dengan bundaran 5%
* Tertakluk kepada terma & syarat
 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-4726752 atau e-mel ke pintarpusaka@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan