WASIAT

Sunday, 3 October 2010
WASIAT MENURUT ISLAM







WASIAT

WASIAT merupakan satu pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak, yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.

Firman Allah S.W.T.:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”
-Riwayat Ibnu Majah-

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
PETIKAN DARI SAHIH AL-BUKHARI (VOL IV P.1)

Para alim ulama’ telah sependapat bahawa hukum menulis SURAT wasiat adalah sunat muakkad (digalakkan) dan ia boleh menjadi WAJIB sekiranya kita mempunyai hutang. Bermakna WAJIB kita mengamanahkan WASI untuk melunaskan hutang-hutang kita serta memastikan kebajikan anak-anak (waris) kita.
Ustaz. Md. Ghazali Ibrahim
-Kenapa Mesti Merancang Pusaka-

APA ITU WASIAT?
 Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.
 Surat Perlantikan wasi untuk memudahkan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka.
 Hanya berkuatkuasa selepas kematian jadi, segala transaksi yang dilakukan semasa hidup si pewasiat tidak akan menjejaskan wasiat walaupun melibatkan harta yang disebut di dalam wasiat. Oleh itu, wasiat boleh di ubah seberapa banyak kali yang dikehendaki oleh si pewasiat selagi mana dia masih hidup.
 Wasiat akan memberi kuasa kepada wasi ke atas harta yang ada atas milikan si pewasiat pada masa kematiannya.
 Wasi yang di lantik akan mentadbir harta pusaka untuk mendapatkan surat probate, mendapatkan harta, mengumpul harta, membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat.


PERATURAN ASAS WASIAT.
1. Wasiat bukan untuk waris. “tidak harus wasiat kepada waris… kecuali, diizinkan oleh waris yang lain” (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a)
2. Pemberian kepada waris yang tidak mengikut faraidh adalah tertakluk kepada persetujuan waris-waris lain selepas pewasiat meninggal dunia.
3. Hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Jadi ia boleh di pinda seberapa kali yang boleh.
4. Tidak mempunyai peraturan yang ketat.
5. Peraturan 1/3 adalah khas untuk golongan bukan waris yang mana pemberian ini tidak boleh di tentang oleh waris2 lain melainkan ia melebihi dari 1/3.


FORMALITI:
• Bertulis
• Ditandatangani dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang lelaki Islam ketika wasiat ditandatangani
* Benefisiari tidak boleh menjadi saksi.




KANDUNGAN DALAM WASIAT :
 Pendahuluan / mukaddimah
 Perlantikan wasi dan Kuasa Wasi
 Perlantikan penjaga
 Hutang & Perbelanjaan
 Klausa Pemberian
 Pembahagian Baki Harta
 Persetujuan
 Perkara-Perkara lain
 Kebolehasingan


SIAPA YANG BOLEH BERWASIAT?
 Dewasa (Umur 18 tahun ke atas)
 Waras
 Tanpa paksaan @ desakan oleh sesiapa
 Tidak dilarang untuk mentadbir harta (cth:kanak-kanak, gila atau bankrap)


PELAKSANA WASIAT – WASI
Wasi boleh dilantik dari kalangan:
Individu
Syarikat Pemegang Amanah - cth: as-Salihin Trustee Berhad
Jika wasi adalah individu, dia mestilah:
• Islam
• Dewasa (18 tahun ke atas)
• Waras
• Berkelakuan baik
• Orang yang berupaya melakukan tugas yang diberikan
• Sekiranya pewasiat mempunyai anak yang berusia 18 tahun ke bawah dan melantik wasi individu, maka pewasiat perlu menamakan dua orang wasi individu sebagai wasi bersama.
Jumlah Wasi yang boleh dilantik tidak boleh melebihi empat (4) orang. Perlantikan dua (2) orang Wasi amatlah digalakkan kerana sekiranya Wasi pertama tidak berkeupayaan melaksanakan tugasnya, maka Wasi kedua boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut. Namun begitu, sekiranya Syarikat Pemegang Amanah ie: as-Salihin, dilantik sebagai Wasi, 1 sahaja sudah mencukupi.


TUGAS-TUGAS WASI:
1. Mengenalpasti wasiat;
2. Mendapatkan probet;
3. Menghimpun semua harta peninggalan Pewasiat;
4. Membayar semua hutang Pewasiat;
5. Menyediakan penyata akaun;
6. Membahagikan semua harta Pewasiat mengikut wasiat;
7. Membahagikan baki harta Pewasiat mengikut hokum Faraid.


PENJAGAAN (GUARDIAN):
Hadhanah –
 Maksud : asuhan kanak2 kecil
 Tempoh hadhanah : 7 tahun untuk Lelaki & 9 tahun untuk Perempuan; Atau atas arahan mahkamah 9 tahun untuk Lelaki & 11 tahun untuk perempuan
 Selepas umur ini hak penjagaan adalah kepada belah bapa.
Wilayah (WALI) : Penjagaan diri –
 Tidak boleh di lantik.
 bertanggungjawab atas pendidikan, kesihatan dan mengakad nikahkan perkahwinan.
 Tempoh – Sehingga Baligh bg lelaki & Sehingga Berkahwin bg perempuan.
Wilayah (WALI) : Penjagaan diri –
 Boleh dilantik.
 Hanya suami yg boleh melantik penjaga harta kerana suami ada penjaga utama bagi harta.
 sekiranya tidak di lantik penjaga harta adalah waris atau wasi dari pihak lelaki.


PEMBAYARAN HUTANG:
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.


YANG PERLU DIKETAHUI DALAM PEMBERIAN WASIAT:
 Tidak semestinya semua waris FARAIDH di sebut di dalam wasiat.
 Hanya orang yang ingin diberikan harta tertentu atau menerima pemberian tertentu sahaja yang perlu di sebut.
 Wasiat tidak mempunyai peraturan yang ketat dalam aspek pemberian. Cthnya, harta milikan mutlak – semua harta boleh di masukkan di dalam wasiat samada harta milikan mutlak atau tidak.
 Harta-harta yang disebut pula tidak lah perlu sehingga menyebut tentang sekecil-kecil harta, cukup harta yang ingin di buat perancangan sahaja.
 Jangan sampai pemberian itu menafikan hak waris lain.


PERKARA YANG BOLEH DIWASIATKAN:
 Boleh diwarisi atau satu kontrak yang sah ketika pewasiat masih hidup
 Mempunyai nilai disisi syariah
 Yang boleh dipindah milik selepas pewasiat meninggal
 Jika ditentukan, barang mestilah wujud ketika wasiat dibuat,
*Jika tidak ditentukan barang hendaklah wujud semasa kematian pewasiat.

HARTA RIZAB MELAYU HANYA BOLEH DIWASIATKAN KEPADA ORANG MELAYU


SIAPA YANG BOLEH MENJADI BENEFISIARI?
• Benefisiari wasiat hendaklah seseorang yang:
 Diketahui;
 Benefisiari terdiri daripada golongan waris dan bukan waris.
 Mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan;
 Jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat; atau boleh Dinyatakan secara umum “saya memberikan kepada semua waris saya….”
 Jika pemberian kepada bukan waris, benefisiari hendaklah wujud dan disyaratkan wujud samada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati.


PEMBERIAN WASIAT KEPADA BUKAN WARIS:
Antara yang diiktiraf sebagai Bukan Waris
• Cucu (dengan kewujudan anak lelaki)
• Anak Angkat
• Kawan Karib
• Ibubapa bukan Islam
• Keluaga bukan Islam
• Anak bukan Islam dari perkahwinan dulu
• Masjid
• Organisasi @ Pertubuhan
• Hospital
• Wakaf

Hanya 1/3 daripada nilai keseluruhan harta boleh diwasiatkan kepada yang bukan waris KECUALI dengan persetujuan kesemua waris selepas kematian pewasiat

Secara praktikalnya…
• Semasa penulisan Wasiat, Pewasiat boleh menyatakan hasrat dan kehendaknya dalam pembahagian harta pusaka
• Tetapi selepas kematiannya, waris-waris mempunyai hak mereka terhadap harta pusaka Pewasiat mengikut Faraid
– Sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan harta pusaka mengikut kehendak Pewasiat, maka pembahagian akan dijalankan mengikut Wasiat (Persetujuan Waris).
– Sekiranya ada di kalangan waris yang tidak bersetuju dengan pemberian yang dibuat dalam Wasiat, mereka berhak mendapat hak mereka mengikut Faraid.
*Wasi yang dilantik akan membacakan wasiat yang ditulis oleh si pewasiat.


AMANAH WASIAT:
• Amanah wasiat boleh dibuat untuk seseorang yang bukan dikalangan waris dan hanya terhad setakat satu-pertiga daripada keseluruhan harta tanpa perlu persetujuan waris-waris
• Seorang waris tidak boleh mendapat manfaat daripada amanah tersebut tanpa persetujuan daripada waris-waris lain.

Amanah Wasiat wajar dilakukan sekiranya…
sekiranya pewasiat bercadang/berniat agar benefisiari menikmati pemberian tersebut pada masa akan datang;
Atau
Digunakan untuk tujuan yang ditetapkan;
Atau
Hanya akan menikmatinya bila berlakunya sesuatu perkara yang ditetapkan.

KELEBIHAN MENULIS WASIAT:
1) Pentadbiran Harta Pusaka Si Mati
2) Mengeluarkan resit dan mengesahkan bukti pelepasan ke atas urusan harta simati
3) Terkecuali daripada Bon Pentadbiran
4) Perlantikan Penjaga
5) Hak untuk mewasiatkan 1/3 harta simati
6) Mengelakkan Pertelingkahan keluarga
7) Jimat Kos dan Masa
8) Membina Amanah Wasiat


KELEBIHAN MEMPUNYAI WASIAT
~ Melantik Pelaksana Harta (WASI);
~ Melantik Penjaga Harta (bagi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun);
~ Mempercepatkan proses perundangan (Probet & Sijil Fara’id);
~ Memberi 1/3 daripada harta kepada bukan waris;
~ Menyampaikan Pesanan Terakhir Pewasiat.

Perbezaan berwasiat dan tanpa wasiat



Dari perbezaan prosedur dan masa yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat kelebihan yang diperolehi dengan membuat wasiat, di antaranya:

i) Dapat mengelakkan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan pertikaian keluarga dalam mencari pentadbir harta dan mencapai persetujuan bersama dalam pembahagian harta;

ii) Menjimatkan masa - semakin lama masa yang diambil, semakin tinggi risiko waris yang ada meninggal dunia, semakin rumit masalah yang bakal dihadapi.

KELEBIHAN MERANCANG:
 Perancangan boleh di buat dengan teliti.
 Memastikan apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan.
 Melindungi kebajikan masa depan waris/orang tersayang.
 memastikan harta kita dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita.
 Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan dan kerenah birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya kita tidak membuat surat wasiat.
 Kita boleh menamakan penjaga untuk waris yang di bawah umur.
 Kita boleh memastikan hutang kita dunia dan akhirat dibayar oleh waris2 kita melalui harta pusaka yang kita tinggalkan.


SIMPANAN WASIAT PROFESSIONAL
Ø  Simpanan Tahunan
Ø  Simpanan Seumur Hidup
Ø  Simpanan Seumur Hidup Premier


KELEBIHAN SIMPANAN WASIAT PROFESSIONAL DI AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
1. Mudah diperolehi apabila diperlukan oleh Wasi Anda.
2. Terhindar dari cubaan untuk merosakkan Wasiat
3. Pengawalan akses Wasiat yang Sulit
4. Selamat dari segala bentuk bencana
5. Kemudahan simpanan selamat pada harga yang berpatutan
6. Diskaun untuk Penulisan Semula Simpanan Selamat Seumur Hidup


KEUNIKAN SIMPANAN WASIAT PROFESSIONAL DI AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
1. 2 Kad Simpanan dengan Bar Kod (dua untuk pewasiat)

2. Buku Senarai Harta Peribadi (membantu anda untuk memeriksa urusan kewangan peribadi anda)

3. Semua Dokumen akan disimpan di Ibu Pejabat as-Salihin.
          as-Salihin Trustee Berhad
          101 & 201, Block A, Glomac Business Centre
          No. 10 Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
          47301 Petaling Jaya, Selangor
          03-7880 9595 (Tel) 03-7784 8190 (Fax)


:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}:}

Sebarang pertanyaa sila hubungi 019 - 472 6752


SOALAN DAN JAWAPAN BERKENAAN WASIAT

FAQ BM2